"Hurm...yelah, yelah. Bagi aku fikir dulu" putus Mark malas-malas.
Airis hanya mengerling sekilas ke arah Mark sebelum matanya kembali fokus pada siaran di televisyen.
Selepas beberapa minit berbual di telefon, Mark akhirnya menamatkan perbualan. Butang end call ditekan sebelum telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kopi di hadapan. Dia mengeluh perlahan.
"Kenapa awak? Ada masalah ke?" soal Airis prihatin setelah mendengar keluhan Mark itu.
Mark menoleh memandang Airis. Tanpa kata, dia menarik tubuh Airis agar rapat dengannya. Lengannya diletakkan di atas bahu Airis. Airis tidak membantah. Dia masih sabar menunggu Mark menjawab soalannya.
Mark berdeham sebelum dia mula bersuara. "Err...macam ni, Khai yang called tadi, dia cakap ada satu company offer job. Ambil gambar untuk majalah tahunan company tu. Diorang nak buat photo shoot dekat Terengganu, tiga hari. Masalahnya sekarang ni, saya tak tahu nak terima ke tak job tu..." jelas Mark panjang lebar. Dia merenung wajah Airis, menanti reaksi isterinya itu.
"Ohh...saya ingatkan apa la tadi. Awak pergi je la...tu kan memang kerja awak. Lagipun tu kira rezeki tu, rugilah kalau awak tolak" balas Airis tenang. Dia turut menoleh memandang wajah Mark di sisi.
"Kalau saya pergi...jom ikut sekali nak?" pelawa Mark.
"Saya kerja la awak...kalau nak ambil cuti kena mohon awal-awal" beritahu Airis lembut.
Mark mengeluh. Betul jugak, Airis bukannya bekerja sendiri macam dia, boleh sesuka hati nak ambil cuti.
Mendengar keluhan Mark, Airis pantas mengenggam jemari lelaki itu. "Lain kali kita pergi bercuti sama-sama ye" pujuknya.
"Yelah...tapi awak okay ke ni duduk sorang-sorang? Saya risau la nak tinggalkan awak sorang-sorang, dengan keadaan sekarang ni" ujar Mark sedikit gusar.
Airis terdiam. Dia faham apa yang Mark maksudkan dengan 'keadaan sekarang'. Dengan kejadian yang berlaku di hari pernikahan mereka seminggu yang lepas, tentu sekali Mark berat hati ingin meninggalkannya seorang diri disini. Tambahan pula mama, papa dan ahli keluarga mereka yang lain sudah pulang ke England dua hari lepas.
"Awak jangan la risau...saya boleh jaga diri" tenang Airis berkata, cuba meyakinkan suaminya itu.
Namun riak wajah Mark masih jelas kerisauan. Mark memusingkan badannya, menghadap Airis. Airis turut melakukan perkara yang sama. Kini mereka berdua duduk bersila di atas sofa, menghadap satu sama lain.
"You know right, that guy is a psycho. He's insane. Saya tak tahu benda gila apa lagi yang dia boleh buat dekat kita, terutama sekali dekat awak. Takkan saya nak tinggalkan awak bila saya tahu yang ada bahaya tengah menanti sekarang ni. Bila-bila masa je lelaki tu boleh bertindak Airis..." luah Mark panjang lebar.
Sekali lagi Airis terdiam. Dia meneliti wajah Mark dihadapannya. Dahi lelaki itu kelihatan berkerut. Airis melekapkan tangannya pada kedua-dua belah pipi Mark. Mark kelihatan terpinga-pinga. Airis masih diam membisu, cuma bibirnya sahaja yang terukir dengan senyum manis. Tanpa sebarang kata, wajah Mark ditarik dekat dengannya dan spontan dahi lelaki itu dikucup lembut.
Terbuntang mata Mark dengan perbuatan Airis itu. Tanpa sedar, tangan kanannya naik menyentuh dahi sendiri.
Airis yang melihat reaksi Mark terus ketawa kecil. "Dahi awak tu, asyik berkerut je...nanti cepat tua baru tau" usik Airis.
Perlahan-lahan, tawa kecil meletus dari bibir Mark. "You are so unpredictable..." ujar Mark sambil tersenyum.
"Well, I take that as a compliment, thank you" balas Airis selamba.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
Roman d'amourAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...