BAB 23

6.2K 368 1
                                    

Terima kasih sudi baca :>

Korang memang awesome!!


"Airis! Ada orang cari kau" Yvonne, rakan sekerja Airis berkata kepadanya yang sedang sibuk menyusun stok buku-buku baru. Dahinya berkerut. Siapa pulak cari aku ni...sempat dia menyoal dalam hati.

"Siapa wei?" dia menyoal Yvonne.

"Tak tau. Lelaki. Handsome pulak tu" Yvonne menjawab sambil tersengih nakal. Dia menyiku lengan Airis. "Kau tak bagitau aku pun kau ada pakwe"

"Hish. Aku mana ada pakwe" ujar Airis sambil ketawa. Dia mula melangkah ke bahagian hadapan kedai.

"Eleh...tak nak mengaku pulak" ujar Yvonne bersama senyuman nakal di bibir. Dia mengekori langkah Airis. "Tu...yang pakai baju kemeja biru gelap dengan topi hitam tu" dia menunjuk ke arah lelaki yang dia maksudkan tadi.

Airis tersenyum melihat lelaki tersebut. Hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Mereka hanya sempat berbual di dalam telefon. Dalam diam, ada rindu datang bertamu.

Yvonne yang perasan akan senyuman Airis pantas menyoal "Haa...nampak terus senyum...memang sah pakwe kau kan?" dia menyakat.

"Bukan la...dia kawan baik aku" Airis menafi. "Okay-lah, aku pergi jumpa dia jap" kata Airis sambil menepuk bahu Yvonne.

"Dah alang-alang tu pergi lunch terus la...sekarang dah masuk waktu rehat kau pun. Nanti aku tolong inform dekat Puan Zaiton yang kau pergi lunch" ujar Yvonne.

"Thanks beb" ucap Airis sambil tersenyum.

"Small matter" ujar Yvonne turut tersenyum.

Airis terus melangkah ke arah lelaki yang sedang leka membelek buku di rak yang menempatkan novel-novel thriller berbahasa Inggeris. Sampai sahaja di sebelah lelaki itu, dia berdeham. Lelaki tersebut pantas menoleh.

"Lama tunggu?" Airis menyoal sambil tersenyum. "Sorry, saya ada kerja sikit dekat belakang tadi" dia menyambung kata.

"It's okay. Salah saya sebab tak bagitau nak datang. Lagipun dapat jugak saya belek dua tiga buku buat tambah collection dekat rumah" balas Mark turut tersenyum.

"Saya datang ni nak ajak awak lunch. Awak free tak sekarang?" dia menyambung kata.

"Boleh je...kebetulan sekarang memang waktu rehat saya" balas Airis.

"Kalau macam tu jom, saya nak bawak awak pergi makan dekat restoran kegemaran saya" ujar Mark sedikit teruja. Dia main datang je tadi. Hampir dua minggu tidak menatap wajah gadis ini, hatinya jadi rindu. Disebabkan itu dia main redah saja datang ke tempat kerja Airis. Kalau ada rezeki dia untuk bertemu Airis di sini, dia bersyukur. Tak sangka pula Allah memakbulkan keinginannya itu.

Hampir 10 minit perjalanan, mereka sampai di sebuah restoran melayu yang menyediakan menu masakan kampung. Suasana di restoran tersebut agak sesak dengan pelanggan. Menurut Mark, restoran ini memang terkenal dengan menu gulai ikan patin masak tempoyak. Nasib mereka baik hari ini kerana masih terdapat meja kosong di dalam restoran tersebut.

Selesai membuat pesanan, Mark memulakan perbualan.

"Dah lama kita tak jumpakan? Maaf sebab tak datang jenguk awak lepas kejadian dekat Genting tu..." perlahan dia bersuara, rasa bersalah.

Airis tersenyum.

"Saya baik-baik je. Awak jangan la rasa bersalah pulak...saya tau awak sibuk dengan urusan dekat galerikan. Lagipun saya bukan budak kecil lagi, pandai-pandailah saya jaga diri. Awak pun nampakkan saya okay" bersahaja Airis membalas. Dia sedar dia bukan siapa-siapa untuk mengharapkan perhatian lebih dari Mark.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now