Just a filler chapter. Enjoy ~
**********************
Dua minggu kemudian...
Airis dan Mark sama-sama menunggu ketibaan Qidran di sebuah restoran makanan Barat. Mereka mengajak Qidran untuk makan malam bersama sebagai tanda terima kasih kerana telah menyelamatkan Airis dua minggu lepas.
Selepas lebih kurang 5 minit menunggu, kelihatan susuk tubuh Qidran berjalan masuk ke dalam restoran. Mata lelaki itu terus tertancap ke arah meja yang diduduki oleh Mark dan Airis. Airis melambai kearahnya bersama senyuman lebar.
Qidran turut mengukir senyum namun hatinya berasa sedikit tidak senang melihat gadis itu bersama Mark. Walaupun begitu, rasa itu hanya disimpan di dalam hati, langsung tidak dizahirkan melalui raut wajahnya.
"Lama ke tunggu? Sorry, jalan jam tadi" Qidran bersuara lantas menarik kerusi dan melabuhkan duduk di hadapan Mark dan Airis. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Mark.
"It's okay...kitorang pun baru je sampai" balas Airis sambil tersenyum.
"Awak sihat Airis? Orang tu ada kacau awak lagi tak?" Qidran menyoal seolah-olah mengambil berat.
"Saya sihat...alhamdulillah dia tak datang lagi lepas kejadian tu" ujar Airis tenang. Qidran terangguk-angguk mengerti.
"Kitorang ajak kau keluar makan ni sebagai tanda terima kasih sebab selamatkan Airis haritu. I really appreciate that bro" Mark pula bersuara. Riak wajahnya menunjukkan dia betul-betul menghargai tindakan Qidran itu.
"Takde hal la" balas Qidran bersahaja. Wajahnya tak lekang dengan senyuman.
Senyuman plastik.
Ya, selama ini senyuman dia semuanya plastik. Tidak pernah dia mengukir senyum ikhlas. Itu semua lakonan untuk mengaburi mata orang lain. Hah! Manusia bodoh! Asal tunjuk muka baik dan bagi sedikit senyuman manis, mereka terus meletakkan kepercayaan yang orang itu baik.
Stupid!
Qidran mengerling sekilas ke arah Airis. Entah kenapa dia rasa sakit hati melihat cara Airis memandang Mark. Dia rasa ingin disiat-siat muka lelaki itu sekarang juga, biar Airis hanya memandang ke wajahnya seorang, dan bukannya lelaki itu.
"Oh ya...dah alang-alang kita jumpa ni, kami nak jemput awak datang" ujar Airis sambil mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna putih dari beg tangannya. Sampul tersebut dihulurkan kepada Qidran.
Qidran sedikit terpinga-pinga. Sampul tersebut dicapai dan dibuka. Kelihatan sekeping kad undangan perkahwinan berwarna hijau cair di dalamnya. Nama pasangan di dalam kad tersebut dibaca. Tangannya sedikit menggeletar menahan rasa apabila tertera nama Airis dan Mark disitu.
"Jemput la datang hujung minggu ni, kami buat kecil-kecilan je. Majlis nikah dengan kenduri doa selamat. Lepastu ada makan-makan sikit" ajak Airis ceria. Dia langsung tidak menyedari riak wajah Qidran yang sedikit berubah.
Sedaya-upaya Qidran cuba mengawal diri. Dia mengukir senyuman manis ke arah pasangan di hadapannya ini. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin.
"Wow. I'm...I'm speechless. Aku tak tau pulak korang bercinta" katanya kepada Mark sambil ketawa kecil, cuba menyembunyikan rasa marahnya yang semakin memuncak.
Mark turut tertawa. " Kitorang tak bercinta sangat pun Qid, aku terus ajak dia kahwin je, tak nak tunggu lama-lama, nanti melepas" balas Mark berseloroh. Airis menyiku lengan Mark sambil menjengilkan mata. Malu la dia bila Mark cakap macam tu depan Qidran tetapi Mark hanya beriak selamba, siap gelak-gelak lagi. Geram pulak dia rasa.
Qidran mula rasa sakit hati. Entah kenapa dia rasa kata-kata Mark tadi seolah-olah memerli dirinya. Tangannya di bawah meja digenggam erat. Renyuk sedikit kad undangan yang dipegangnya. Setelah memastikan segala kemarahannya dapat dikawal, dia kembali bersuara.
"Tahniah Airis, Mark. Kalau aku tak busy aku datang. Nanti aku sediakan hadiah terbaik untuk korang" ujarnya sambil tersenyum. Senyuman yang penuh dengan muslihat. Wajahnya sengaja diceriakan.
"Eh, tak payah susah-susah bawak hadiah. Awak dapat datang majlis kami nanti pun dah cukup" balas Airis sambil tersenyum manis.
Saat itu Qidran nekad. Walau apapun yang berlaku, Airis tetap akan menjadi milik dia. Titik.
Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa makanan yang dipesan tadi. Mereka terus menjamu selera sambil berbual-bual kosong. Tanpa Mark dan Airis sedari, lelaki di hadapan mereka ini akan membuatkan majlis mereka penuh dengan kejutan.
**********
Qidran masuk ke dalam kereta miliknya. Dari kejauhan, dia dapat melihat kemesraan antara Mark dan Airis. Tanpa dapat ditahan, dia menghentak kuat stereng kereta dengan tangannya, melepaskan amarah yang sedari tadi merajai hati.
"Lepas aku selamatkan kau, kau masih pilih lelaki tak guna tu berbanding aku? Damn you Airis! Damn you!" amuk Qidran.
Berkali-kali stereng keretanya dihentak. Ikutkan hati, ketika itu juga dia ingin menembak kepala Mark, biar berkecai. Namun dia masih rasional. Dia takkan sekali-kali bertindak melulu. Dia takkan biarkan dirinya menjadi tumpuan umum. Itu bukan sikapnya. Dia akan pastikan segalanya tersusun rapi sebelum dia bertindak.
Perlahan-lahan, bibir Qidran mengukir senyum senget. Mata hitam pekatnya mula berubah dingin.
Aku akan pastikan aku dapat apa yang aku nak, bisik hatinya sinis.
**********
"Yvonne, balik kerja ni kau teman aku pergi ambil baju dekat butik, boleh?" Airis berkata sambil tangannya ligat menyusun stok buku-buku baru di rak.
"Of course la boleh...aku pun tak sabar nak tengok baju nikah kau. Mesti cantikkan. Ish, tak sabarnyaa" balas Yvonne teruja.
Airis tergelak melihat reaksi sahabatnya itu.
"Ehh...kau pulak yang tak sabar-sabar. Siapa yang nak kahwin sebenarnya ni, aku ke kau?" sengaja Airis mengusik.
Yvonne tersengih. "Aku bukan apa, teruja la sebab kawan baik aku ni dah nak jadi isteri orang. Aku saja la nak menumpang sikit kebahagiaan kau tu" selamba Yvonne membalas. Airis hanya mampu menggeleng. Tawa kecil terlepas dari bibirnya. Terhibur dia dengan sikap sahabatnya itu.
"Nanti masa akad nikah kau datang tau. Teman aku. Jangan masa nak makan barulah nampak batang hidung kau tu" ujar Airis berseloroh.
"Hish, mestilah aku datang. Kau ingat aku ni apa, kerja nak melahap je ke" balas Yvonne sedikit tidak puas hati. Mulutnya mula memuncung.
Airis ketawa. "Ala...gurau je beb. Janganlah marah. Nanti aku belanja kau Subway" pujuk Airis bersama tawa yang masih tersisa.
"Okay, apology accepted" balas Yvonne pendek. Airis tersenyum. Tahu sangat dengan perangai sahabatnya itu, rajuknya cepat surut. Dia meneruskan kerjanya yang tinggal sedikit sahaja lagi.
"Tapi kan beb, aku serius tak sabar nak pergi majlis kau tu" ujar Yvonne kembali memecah sunyi.
"Apasal?" soal Airis. Dia hanya melayan.
"Yelah, saudara-mara Mark tu kan kebanyakannya dari England. Manalah tau, aku dapat jumpa Liam Hermsworth pujaan hati aku tu dekat majlis kau nanti" jawab Yvonne sambil ketawa.
Airis turut menghambur tawa mendengar kata-kata Yvonne itu.
"Amboi...gatal kau kan"
"Ala...tak salah pun kan. Mana la tau hari dimana kau bersatu dengan jodoh kau, hari tu jugak aku bertemu dengan jodoh aku" selamba Yvonne membalas.
"Wow, boleh buat tajuk drama dah tu" balas Airis disambut dengan gelak tawa Yvonne. Ruang belakang kedai buku tersebut kini dipenuhi dengan gelak tawa dua sahabat itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...