Now, now...sediakan kompang guys ~
*****************************
"Aku terima nikahnya Airis Rawdha binti Muhd Kamal dengan mas kahwinnya seribu seratus sebelas ringgit tunai..."
Dengan sekali lafaz, Airis Rawdha sah bergelar isteri kepada Mark Aidan Wilson. Tiada kata yang mampu diungkapkan melainkan rasa syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan mereka berdua.
Mama memeluk erat tubuh Airis. Air matanya jatuh berlinangan. Impian dia untuk melihat anak terunanya mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai. Dia bersyukur masih diberi peluang melihat anaknya mengecapi bahagia. Dan kini, dia menerima pula kehadiran seorang anak perempuan dalam keluarganya.
Airis membalas pelukan ibu mertuanya itu. Terasa seperti ibunya ada di sisi di saat ini, di hari bahagianya. Air matanya turut menitik. Tidak henti-henti dia mengucap syukur.
"Airis jaga anak mama baik-baik ye...mama doakan kamu berdua bahagia dunia akhirat" ucap mama penuh syahdu.
"InshaAllah ma...terima kasih sebab sudi terima Airis jadi menantu mama" ucap Airis pula. Dia sebak.
"Sama-sama sayang" balas mama. Pipi menantunya itu dikucup penuh kasih.
Selepas mama, Farah pula datang memeluk dirinya.
"Tahniah Airis, I'm happy for you" ucap Farah ikhlas. Airis tersenyum.
"Terima kasih Farah, sudi datang" balas Airis.
Kini tubuh Airis dipeluk pula oleh sahabat baiknya, Yvonne. Gadis itu turut mengalirkan air mata menyaksikan hari bersejarah sahabatnya itu.
"Tahniah beb. Aku bangga dengan kau, berjaya dapat suami handsome" sempat Yvonne berseloroh. Kuat pulak tu dia bersuara. Semua tetamu yang berada di situ tergelak mendengar kata-katanya itu.
Airis memukul perlahan lengan sahabatnya. Wajahnya sedikit memerah. "Kau ni, ke situ pulak" marah Airis sedikit berbisik. Yvonne hanya ketawa. Geram pulak Airis melihatnya.
"Gurau je la...saja nak menyakat pengantin baru" Yvonne mengenyit nakal ke arahnya. Airis menjulingkan matanya ke atas. Seketika kemudian mereka sama-sama ketawa kecil.
"Aku doakan kau bahagia selamanya. You deserved it, really" sambung Yvonne sambil tersenyum memandang Airis.
"Thank you beb" balas Airis terharu. Mereka saling berbalas senyuman.
"Dah. Tak nak sedih-sedih. Your husband is coming" bisik Yvonne nakal sambil matanya memandang belakang Airis.
Dengan debaran yang kuat memalu dada, Airis menoleh ke belakang.
Serta-merta matanya menangkap sepasang mata hazel milik Mark. Rupa-rupanya lelaki itu memang sedang memerhatikannya. Mereka saling berbalas renungan.
Ya Allah, segaknya suami aku. Suami aku ke tu? Ehh...macam tak percaya la pulak.
Airis sedikit kalut melihat Mark melangkah menuju ke arahnya. Terus lengan Yvonne digenggam kuat. Terdengar tawa halus keluar dari bibir Yvonne namun dia tidak menghiraukannya. Orang tengah nervous ni.
Dengan baju melayu putih dan bersampin, Mark kelihatan begitu segak sekali. Dah la mamat tu memang handsome. Songkok di kepala melengkapkan lagi penampilannya.
Mark juga sedikit terpegun melihat Airis. Gadis itu kelihatan lain. Dengan busana jubah putih bersulam dipadankan dengan selendang labuh yang juga berwarna putih, isterinya itu kelihatan cantik. Solekan nipis pada wajah Airis menaikkan lagi seri wajah gadis itu.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...