BAB 7

9K 489 1
                                    

Mark sedang mencuci gambar-gambar yang diambil siang tadi apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi. Lekas-lekas dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja. Perasaannya sedikit teruja. Namun melihatkan nama yang tertera pada skrin, rasa terujanya sedikit pudar.

"Hello..."

"Hello, Assalamualaikum Mark, aku ni" jawab si pemanggil di hujung talian.

"Waalaikumussalam...ha Qeef, apahal tetiba call ni?" soal Mark.

"Amboi garangnya...call pun tak boleh ke? Aku rindu kau ni" balas Thaqeef dalam nada bergurau sambil ketawa.

"Ish...geli la gila. Nak rindu-rindu pergi kat isteri kau la" balas Mark turut ketawa.

"Eleh...aku tau la kau tengah rindu dekat orang lain...kan? Aku suruh mintak nombor dekat Farah tak nak, jual mahal konon" soal Thaqeef masih ketawa. Suka dia menyakat sahabat baiknya ini.

"Diamlah kau. Hah, ni telefon aku ni kenapa?" balas Mark cuba untuk menukar topik.

"Pandai tukar topik..." Thaqeef berkata bersama tawa yang masih tersisa. Setelah tawanya reda, dia menyambung kata.

"Okay...actually aku call ni nak bagitau kau pasal progress kes haritu" suaranya mula bertukar serius "identiti mangsa yang kena tembak tu dah dapat dikenal pasti. Dia merupakan ahli kumpulan mafia yang menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia. Tiga hari sebelum dia mati ditembak, dia ada datang balai nak bagi keterangan tentang aktiviti kumpulan dia. Tapi tak banyak pun maklumat yang pihak polis dapat sebab dia sendiri tak tau siapa ketua dalam kumpulan tu. Dia cakap dia cuma berurusan dengan orang-orang kanan bos dia. Tapi dia ada bagitau dekat mana diorang selalu buat urusan jual-beli orang dari supplier and bila diorang punya next transaction akan dijalankan . Pihak polis ada serbu tempat yang dia cakapkan tu but...we got nothing. Diorang seolah-olah tau polis nak serbu malam tu. Then, pihak polis lost contact dengan mamat ni lepas serbuan tu. Rupanya-rupanya...you know the rest, he's dead" panjang lebar Thaqeef bercerita. 

Mark hanya tekun mendengar.

"Kitorang dah trace kumpulan mafia ni nak dekat tiga tahun Mark, but still, nothing came out. Ketua diorang bukan calang-calang orang. They have good strategy and planning. Diorang pandai berselindung, tutup jejak diorang daripada dapat dikesan. Yang aku risau sekarang, diorang mungkin akan jejak Airis sampai dapat. Airis memang kata dia tak nampak muka orang yang tembak tu, tapi aku tak rasa diorang akan fikir macam tu. Jujur cakap Mark...Airis mungkin dalam bahaya" 

Mark mendiamkan diri buat beberapa saat. Sejujurnya dia risau setelah mendengar segala penjelasan Thaqeef tadi. Dia tak sangka kes ini boleh jadi kes besar. Fikirannya melayang mengenangkan Airis.

"Hello...Mark, you still there? Soal Thaqeef setelah beberapa saat tidak mendapat respon dari Mark. Takkan tertidur kot...fikir Thaqeef.

"Ye...aku ada ni" balas Mark perlahan. Setelah berfikir panjang, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

"Qeef, boleh suruh Farah whatsapp aku nombor Airis?"




Sedang Airis sibuk memasak makan malam di dapur, telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja makan berdering. Dia pantas mematikan api dan bergerak ke meja makan untuk menjawab panggilan tersebut. 

Melihat sahaja nama yang tertera pada skrin telefon, jantungnya mula berdegup kencang. 

"Betul ke mata aku ni..." bisik Airis sambil mengosok-gosok matanya. Manalah tau dia dah rabun ke, ataupun dia tengah mamai. Melihatkan memang nama itu yang tertera, dia jadi kalut.

Dengan lafaz bismillah, panggilan itu dijawab.

"Hello..." kata Airis perlahan.

"Hello, Assalamualaikum Airis...ni saya, Mark" balas suara di hujung talian.

"Waalaikumussalam Mark...ye saya tau. Saya ada save nombor awak" balas Airis.

"Ohh...ada save rupanya, ingatkan awak dah buang nombor saya" balas Mark. Nadanya seperti orang berjauh hati.

Airis menelan air liur.

"Sorry sangat kalau awak terasa bila saya tak call awak. Saya...saya takut kalau-kalau saya menganggu..." ucap Airis. Tiba-tiba dia rasa serba-salah.

Suasana sepi buat seketika. Tiada balasan yang diterima dari Mark. 

"Hello Mark...awak marah ke?" Masih tiada balasan. Airis mula buntu. Takkan terputus kot, monolog dia dalam hati. Dia lihat panggilan masih bersambung. Pelik.

Airis berdeham. "Mark? Awak dah letak ke? Saya baru nak borak-borak dengan awak. Sampai hati awak letak hanya sebab saya tak call awak. Saya kan dah minta maaf...tak baik tau kalau tak maafkan orang yang ikhlas minta maaf dekat awak...macam saya ni" Airis mula membebel. Sekadar menutup kegusaran di hati.

Tak semena-mena, kedengaran tawa halus Mark di hujung talian. "Airis...Airis..." hanya itu yang mampu dia balas.

"Awak dah tak marah ke?" soal Airis perlahan.

"Saya tak marah pun la...saje nak buat awak rasa serba-salah" balas Mark.

"Ish...buat orang cuak je" rungut Airis separuh berbisik. Mark hanya ketawa mendengarnya.

"Erm...saya call ni sebenarnya nak ajak awak jumpa esok, boleh? Awak free tak esok?" Mark bersuara. Straight to the point.

"Jumpa?" Jantung Airis kembali berdegup kencang. "Erm...esok saya kerja shift malam, so kalau siang saya free" balas Airis setelah beberapa saat berfikir.

"Alright. Kalau macam tu kita jumpa pukul 10 pagi. Okay ke?" Mark bertanya.

"Erm...inshaAllah boleh. Nak jumpa dekat mana?" soal Airis pula.

"Esok saya jemput awak dekat rumah, kita pergi sama-sama...boleh?"

"Okay...saya ikut je. Tapi tak menyusahkan awak ke?" tanya Airis.

"Tak la...lagipun bukannya saya jalan kaki" balas Mark selamba.

"Loyar buruk" balas Airis sedikit geram. Mark hanya ketawa membalas kata-kata Airis itu. Airis yang mendengar tawa Mark turut tersenyum.

"Alright, jumpa esok. Assalamualaikum" ucap Mark.

"Okay...Waalaikumussalam" balas Airis sebelum memutuskan talian.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now