Hari ini genap dua minggu berlalu sejak Airis keluar dari hospital. Dia sudah sepenuhnya sembuh dari kecederaan yang dialaminya. Dan hari ini juga merupakan hari yang paling mendebarkan buat dirinya.
Airis meneliti sekali lagi penampilan di hadapan cermin. Baju kurung yang tersarung di tubuhnya dirapikan. "Okay ke ni..." dia mengomel sendiri. Jam dinding dipandang. Pukul 10.20 minit pagi. Sekejap lagi mesti Mark sampai. Lelaki itu berjanji akan datang menjemputnya pada pukul 10.30 pagi.
Tanpa membuang masa, Airis pantas memasukkan barang-barang peribadinya ke dalam beg tangan. Setelah selesai, dia melangkah keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke ruang tamu rumah. Airis sudah pulang ke rumah sendiri semalam selepas hampir dua minggu menumpang di rumah Yvonne.
Airis melabuhkan duduk di sofa sementara menunggu ketibaan Mark. Jari-jemarinya diramas bagi menghilangkan rasa gemuruh. Jantung dia berdebar-debar semacam. Maklumlah, nak pergi jumpa bakal mertua. Dua hari lepas, Mark telefon. Mengatakan yang mama dan papa lelaki itu berada di Malaysia dan berhajat ingin bertemu dengannya. Dan kurang dari sejam lagi, dia akan bertentang mata dengan insan-insan penting dalam hidup Mark itu.
Beberapa saat sebelum jarum menunjukkan pukul 10.30 minit pagi, kelihatan kereta milik Mark berhenti betul-betul di hadapan rumah Airis. Punctual betul Mark ni, sempat dia memuji dalam hati.
Tanpa membuang masa, Airis terus mengunci pintu rumah dan grill dimangga. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali, dia tak sanggup. Masih terasa-rasa lagi sakit akibat dibelasah oleh lelaki gila itu.
Setelah memastikan semua pintu berkunci, barulah dia melangkah menghampiri Mark yang sudah sedia menunggu. Lelaki itu santai bersandar pada kereta miliknya sambil sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar. Mark mengenakan T-shirt polo berwarna putih dipadankan dengan jeans hitam. Ringkas tapi menarik pada pandangan mata Airis. Mark tersenyum memandangnya.
"Assalamualaikum, morning. How are you today?" sapa Mark santai.
"Waalaikumussalam, I'm good...I guess" balas Airis tidak pasti. Dia tengah berdebar-debar sebenarnya sekarang ni, lagi-lagi bila berhadapan dengan Mark. Walaupun sudah hampir setengah tahun dia mengenali lelaki ini, rasa segan masih menebal dalam diri.
"Kenapa ni? Nervous?" soal Mark tenang. Matanya memandang lunak ke wajah Airis. Gadis itu nampak cantik berbaju kurung. Sesuatu yang jarang dia lihat sebelum ini.
Airis mengangguk. Wajahnya jelas gelisah.
Mark tersenyum. "Jangan la risau...mama dengan papa tak makan orang" seloroh Mark cuba mententeramkan hati Airis.
"Awak ni, saya serius la... awak main-main pulak" balas Airis geram.
Mark ketawa. "Saya serius la ni..." ujar Mark bersama tawa yang masih tersisa. Setelah tawanya reda, dia menyambung kata. "Okay, cuba awak cakap dengan saya...awak risau pasal apa?" lembut dia menyoal.
Airis bermain-main dengan jari-jemarinya.
"Saya risau...macam mana kalau mama dan papa awak tak suka saya?" perlahan dia bersuara.
Tersungging senyuman nakal dari bibir Mark.
"Ohhh, awak takut awak tak dapat kahwin dengan saya eh?" soal Mark mengusik.
"Awak!" Airis rasa wajahnya sudah mula berbahang.
Mark ketawa besar melihat reaksi Airis yang jelas kegeraman. Seronok dapat menyakat gadis kesayangannya itu.
Wajah Airis memuncung. Segala rasa resah dan gementar yang dirasainya sebentar tadi sudah menghilang entah ke mana. Mark berjaya mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan perkara-perkara negatif. Airis memandang Mark. Lelaki itu masih lagi ketawa, sampai tekan-tekan perut. Over betul. Namun lama-kelamaan, bibirnya mengukir senyum melihat gelagat lelaki itu.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...