Buat yang setia menanti, this is for you
Enjoy~
********************
Buat beberapa saat, Mark hanya mendiamkan diri.
"Kalau saya cakap saya nak jaga awak untuk seumur hidup...awak sudi tak?" dia menyoal lagi. "Saya nak jaga awak, lindungi awak, dan yang paling penting saya nak bahagiakan awak Airis...saya nak luangkan seumur hidup saya dengan awak" lembut dan tenang dia menutur kata. Matanya sejak tadi tidak lepas dari memandang wajah Airis. Dia ingin gadis itu tahu bahawa dia serius dengan apa yang dia katakan ini.
Airis terkelu. Sebak hatinya mendengar kata-kata yang meniti dari bibir Mark itu. Air matanya mula bergenang.
"La...kenapa menangis ni?" Mark mula kalut. "Saya tak paksa...kalau awak tak setuju pun takpe, saya faham..." ujarnya perlahan. Mungkinkah Airis sudah ada pilihan hati? Tiba-tiba hatinya jadi sakit memikirkan kemungkinan itu.
"Ni bukan mimpikan?" tiba-tiba Airis menyoal. Dia tenung mata hazel Mark dalam-dalam. Mark tersenyum mendengar soalannya.
"Tak sayang...ni bukan mimpi. Saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap tadi" balas Mark lembut. Dia tertawa kecil melihat wajah Airis yang sedikit memerah. Malu la tu orang panggil dia sayang, bisik hatinya. Sempat lagi tu.
Tipulah kalau Airis kata dia tak suka. Siapa je yang tak suka bila orang yang kita cinta melamar kita, ye tak? Kalau ikutkan hati, saat itu juga dia ingin berkata 'ya' tetapi timbul pula rasa was-was dalam hatinya. Yelah, dia dengan Mark bukannya bercinta pun...tapi Mark tiba-tiba melamar dia, membuatkan dia rasa sedikit ragu-ragu.
"Kenapa Airis...?" Mark yang perasan akan perubahan riak wajah Airis terus menyoal.
"Mark, boleh saya tanya kenapa tiba-tiba je? Kalau...kalau awak buat semua ni semata-mata sebab rasa simpati, saya tak nak..." perlahan dia bersuara. Air liur ditelan sebelum dia kembali menyambung. "Ini bukan perkara main-main awak. Ini melibatkan masa depan kita berdua. Saya tak rasa ia akan bertahan hanya dengan berbekalkan rasa simpati...saya-"
"Airis, pandang saya" potong Mark. Suaranya tenang namun terselit nada ketegasan dalam bicaranya.
Perlahan-lahan Airis mengangkat wajah. Mata mereka bertentang. Ada rasa debar yang terbit dalam hati masing-masing. Mark menghembus nafas perlahan sebelum dia mula berbicara.
"Saya ikhlas...saya tahu hati saya. Apa yang saya rasa bila saya ada dengan awak, saya tahu itu bukan rasa simpati. Awak nak tahu Airis, masa saya jumpa awak tak sedarkan diri tiga hari lepas, jantung saya rasa macam nak tercabut. Hati saya sakit tengok keadaan awak yang cedera parah masa tu. Saya ingat saya akan kehilangan awak untuk selama-lamanya..." Mark berhenti seketika, matanya lunak memandang Airis. "Awak tanya saya kenapa tiba-tiba? Jawapannya, sebab saya takut. Saya takut kalau saya terus pendam rasa ni, saya tak sempat nak bagitau awak. Tadi lepas doktor maklumkan yang awak dah sedar, saya nekad. Saya takkan sia-siakan peluang kedua yang Allah bagi pada saya. Saya yakin dengan keputusan saya, setiap detik waktu yang masih tersisa dalam hidup saya ni...saya nak luangkannya dengan awak Airis..."
Mark menarik nafas dalam-dalam. Tiba-tiba dadanya terasa sesak. Badan ditegakkan. Jantungnya yang berdebar-debar cuba dikawal sebaik mungkin. Mata hazelnya tidak lepas merenung mata hitam milik Airis.
"Demi Allah...saya sayang awak Airis Rawdha, dan saya ikhlas nak jadikan awak bidadari dalam hidup saya..." akhirnya terluah juga kata-kata keramat itu dari bibir Mark. Selesai berkata-kata, dadanya serta-merta terasa lapang.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomansaAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...