Hey! hey! hey!
I'm back ~
**********************************
Han sedang sibuk memberi arahan kepada orang-orang bawahannya apabila tiba-tiba pintu bilik bawah tanah itu dikuak kasar dari luar.
"What the-" makian Han terhenti apabila dia melihat jasad Luqman yang muncul di sebalik pintu tersebut.
"Bos! Kenap-"
Belum sempat dia meneruskan ayat, satu tumbukan padu hinggap pada wajahnya menyebabkan dia terdorong ke belakang sekaligus jatuh terduduk di atas lantai.
Han tergamam. Orang-orang bawahan Luqman yang lain hanya berdiri kaku pada tempat masing-masing, tidak berani untuk masuk campur.
Han mengelap bibirnya yang terasa basah. Dia lihat tangannya terpalit dengan cecair merah pekat. Bibirnya pecah. Wajahnya diangkat memandang Luqman. Mata hitam pekat milik Luqman tajam menikam wajahnya. Rahang lelaki itu kelihatan bergerak-gerak. Tahulah dia bahawa bosnya itu sedang menahan marah.
Air liur ditelan. Kelat. Tekaknya juga terasa perit. Dia seolah-olah dapat mengagak sebab Luqman mengamuk namun dia masih lagi ingin bertanya. Perlahan-lahan dia bangun dan cuba untuk berdiri.
"Bos-"
"Apasal kau kacau dia?" sekali lagi kata-kata Han dipotong oleh Luqman. Suaranya cukup dingin dan beku. Rasa pedih yang mencucuk pada tangan kanannya tidak dihiraukan.
"Bos...saya...saya buat semua ni demi bos dan kumpulan kita" Han cuba mempertahankan kewajaran akan tindakannya.
Tidak semena-mena, Luqman ketawa. Sinis sekali bunyinya. Beberapa saat kemudian, tawanya mati. Matanya mencerlung memandang Han. Dek kerana rasa marah yang memuncak, dia terus menendang kuat perut Han menyebabkan lelaki itu tersungkur buat kali kedua.
Dengan pantas juga Luqman memijak badan Han. Tangannya dengan tangkas mengeluarkan pistol Glock 17 Gen 4 9mm Luger dari poket kot. Muncung pistol tersebut ditekan pada kepala Han.
"Bos..." sedikit gagap Han cuba menutur kata. Air liurnya ditelan berkali-kali. Dia tidak menyangka bosnya akan jadi begitu marah. Nampaknya dia sudah tersilap langkah.
"Kau dengar sini Han. Tugas kau cuma ikut arahan aku. Ikut. Arahan. Aku. Kau jangan ingat kau orang kanan aku, kau boleh buat sesuka hati kau!" tengking Luqman.
Kecut semua yang berada di situ mendengar suara lantang bos mereka.
"Huh! Kau cakap apa? Kau buat demi aku dan FrygtlØs? Bullshit! Ada ke aku suruh? Hah?! Ada ke?!" soal Luqman kasar. Muncung pistolnya ditekan lebih kuat pada kepala Han.
"Sor...sorry bos. Saya salah, saya salah bos. Maafkan saya bos. Saya janji benda ni takkan berulang" Han mula merayu-rayu.
Buat beberapa saat, Luqman hanya merenung kosong wajah Han. Wajahnya langsung tidak berperasaan.
Tidak semena-mena, Luqman mencengkam kolar baju Han kasar. Wajahnya didekatkan ke wajah Han. Han hanya terkulat-kulat, cuba menentang renungan tajam bosnya itu.
"Kau dengar sini baik-baik. Kali ni aku lepaskan kau, sebab kau dah lama kerja dengan aku...tapi ingat! Lagi sekali kau buat hal, aku akan pastikan peluru pistol aku ni tembus kepala otak kau" dingin suara Luqman menutur amaran.
Han menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda mengerti.
Puas hati dengan tindak balas Han, Luqman melepaskan cengkamannya pada kolar baju lelaki itu. Dia kembali berdiri tegak. Pistolnya disimpan semula ke dalam poket kot. Matanya masih tak lepas merenung Han yang masih terduduk di atas lantai. Tangan kanannya diseluk ke dalam poket seluar. Lagaknya nampak bersahaja, seolah-olah perkara yang berlaku beberapa minit yang lepas tidak terjadi.
"Jangan kacau Airis lagi. Aku yang akan tentukan bila aku nak hapuskan dia. But for now...I want her and nobody can touch her...including you, understand?" soal Luqman tegas.
"Fa...faham bos. I won't touch her..." perlahan Han menjawab. Dia akur dengan arahan Luqman. Dia tidak mahu dibuang kumpulan, dan yang paling penting, dia tidak mahu mati di tangan Luqman.
"Good" ujar Luqman pendek sebelum dia memusing tubuh dan mengatur langkah beredar dari situ.
**********
Qidran melangkah keluar dari bangunan pejabatnya lalu menuju ke arah tempat letak kereta yang terletak di luar bangunan.
Puas hatinya.
Enjin kereta dihidupkan. Beberapa saat kemudian, kereta miliknya meluncur laju membelah jalan raya yang sudah pun mula sesak.
Sampai sahaja di rumah agam miliknya, Qidran terus masuk ke dalam bilik tidur. Kot yang dipakai dibuka dan dilempar ke atas sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut. Badannya direbahkan di atas katil. Tali leher ditanggal dan dicampak ke tepi. Tiga butang teratas pada kemeja yang dipakai dibuka. Panas. Lengan kemeja pula disinsing hingga paras siku.
Dia menilik tangan kanannya yang berdarah. Walaupun darah sudah mula kering, rasa sakit dan pedih masih lagi terasa. Dia tersenyum mengenangkan reaksi Airis yang jelas kerisauan apabila melihat luka di tangannya tadi. Tawa kecil terlepas dari bibirnya.
Airis, Airis...kau terlalu naif.
Tiba-tiba dia terkenang masa lalu, sewaktu dia masih lagi seorang anak kecil yang naif...seperti Airis.
Sejak kecil, dia tidak pernah merasa disayangi. Apa-apa yang berlaku kepada dirinya, tiada siapa pun yang ambil peduli. Setiap hari, dia akan dijadikan tempat ayahnya melepas geram. Badannya diperlakukan tidak ubah seperti punching bag.
Mengenangkan itu, rasa marahnya mula memuncak. Hilang terus senyuman dari bibirnya. Masih terbayang-bayang di ruang mata wajah bengis ayah, masih terdengar-dengar lagi raungan dirinya yang ketika itu masih kecil, merayu supaya ayahnya berhenti memukul.
Mata dipejam rapat. Memori-memori lama bertubi-tubi menyusup masuk ke ruang ingatan. Tanpa sedar, ada air jernih mengalir pada kedua-dua belah pipinya.
Dia sedang diamuk emosi.
Beberapa saat kemudian, bibirnya perlahan-lahan mengorak sengih. Lama kelamaan, dia mula ketawa. Mula-mula perlahan...namun semakin lama semakin kuat dia ketawa. Bergema bilik tidur itu dengan bunyi tawanya.
"Dasar lelaki tua tak guna! Memang patut pun kau mati! Lembap! Bodoh!" laung Qidran diselang-seli dengan gelak tawanya yang semakin kuat.
Setelah beberapa minit, gelak tawanya mula beransur-ansur menjadi perlahan.
Matanya merenung kosong ke arah siling bilik. Bibirnya mengukir senyum puas. Sekarang, hidup dia aman. Dia telah menjadi seseorang yang digeruni oleh anak-anak buahnya.Dia kini sudah menjadi lebih berjaya daripada ayahnya yang tidak berguna itu. Yang paling penting, dia masih hidup sedangkan lelaki itu sudah terbenam tujuh kaki di bawah tanah, menjadi rangka yang tiada nilai.
Dan tak lama lagi...dia akan ada Airis, yang bakal menemani dia untuk seumur hidup.
Hidup dia akan jadi lengkap.
*****************************
So, chapter kali ni sentuh serba sedikit pasal sisi gelap hidup Qidran..? or Luqman..? or both??
Haaa, sapa pandai mungkin dh boleh tangkap kot siapa Qidran yg sebenarnya ^.^
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomansaAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...