Thaqeef sedang sibuk menaip laporan kes apabila pintu pejabatnya tiba-tiba diketuk.
"Masuk" laung Thaqeef.
Terdengar bunyi tombol pintu dipulas dan pintu terbuka. Tersembul susuk tubuh Sarjan Fahmi dari sebalik pintu.
"Sarjan, masuklah" pelawa Thaqeef ramah.
"Maaf tuan, saya mengganggu ke?" soal Sarjan Fahmi sambil melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Thaqeef.
"Tak, duduklah" balas Thaqeef tenang.
"Terima kasih tuan" ucap Sarjan Fahmi lantas melabuhkan duduknya di atas kerusi yang tersedia di hadapan Thaqeef. Fail yang dibawa bersama diletakkan di atas meja.
"Dalam tu ada maklumat mengenai LQ Architecture Sdn. Bhd. yang tuan suruh saya cari haritu" terang Sarjan Fahmi.
Pantas Thaqeef mencapai fail itu. Dibuka dan diteliti isi kandungan fail tersebut. Selepas beberapa minit membaca, dia memandang semula wajah Sarjan Fahmi yang masih setia duduk di hadapannya.
"Ini je ke?" soal Thaqeef sedikit tidak puas hati.
"Maaf tuan, setakat tu je yang saya dapat. Saya dah check background syarikat ni dan seperti yang Tuan baca, syarikat ni 'bersih'. Semua projek yang mereka kendalikan, segala tender yang mereka dapat, semuanya diperolehi dengan cara yang betul. Pendek kata, syarikat ni tak makan rasuah. Feedback dari pelabur-pelabur mereka juga semuanya baik-baik belaka. Tiada bukti yang menunjukkan syarikat ini melakukan penyelewengan ataupun apa-apa jenayah yang selalunya melibatkan syarikat-syarikat besar macam ni" panjang lebar Sarjan Fahmi menerangkan.
Thaqeef terdiam. Memang betul tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai syarikat ini. Dia bingung. Matanya menatap kembali fail di tangan. Terdapat sekeping gambar yang dikepil di dalam fail tersebut.
Gambar tersebut diambil. Gambar seorang lelaki dalam lingkungan umur lewat 20-an dengan pakaian korporat. "Siapa ni?" soalnya sambil menunjukkan gambar tersebut kepada Sarjan Fahmi.
"Oh, tu Encik Luqman. Owner LQ Architecture Sdn. Bhd."
"Ada check background dia?" soal Thaqeef lagi.
"Ada tuan tapi sama macam syarikat dia, he's clean. No criminal record or whatsoever. Tak pernah kena blacklist dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun agensi luar negara" ujar Sarjan Fahmi.
Thaqeef terdiam lagi. Entah kenapa dia rasa tidak puas hati.
"Tuan? Tuan okay?" soal Sarjan Fahmi setelah agak lama Thaqeef mendiamkan diri.
"I'm fine" balas Thaqeef perlahan. "Anyway, good job Sarjan" puji Thaqeef. Sarjan Fahmi hanya tersengih-sengih mendengar pujian itu.
"Lepas lunch tengah hari ni awak ikut saya" tiba-tiba Thaqeef memberi arahan.
"Err...nak pergi mana tuan?" soal Sarjan Fahmi sedikit terpinga-pinga.
"LQ Architecture" balas Thaqeef ringkas sambil matanya tak lepas merenung gambar Luqman di tangannya.
**********
Luqman melangkah keluar dari bilik mesyuarat yang terletak di tingkat lima bangunan pejabatnya. Dia baru sahaja selesai menandatangani satu tender projek pembinaan sebuah kompleks membeli-belah di Kajang.
"Ada apa-apa appointment penting ke petang ni?" soal Luqman kepada setiausahanya sambil melangkah masuk ke dalam ruang pejabatnya yang terletak di tingkat tujuh. Dia membuka butang blazer lalu melabuhkan duduk di atas kerusi empuk miliknya. Tali leher yang dipakai dilonggarkan sedikit.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomansaAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...