Suara itu.
Suara yang begitu dirinduinya. Suara yang sentiasa menenangkan jiwanya disaat dia celaru.
Tanpa disedari, air matanya kembali mengalir.
Perlahan-lahan, Airis cuba memfokuskan pandangannya ke hadapan. Kepada pemilik suara yang didengarinya sebentar tadi. Badannya yang sudah lesu dan kelopak matanya yang mula memberat digagahkan juga untuk dibuka agar dia dapat meneliti seraut wajah yang amat dirinduinya itu. Saat retina matanya mula fokus, wajah itu mula jelas pada penglihatannya.
"...Mark?"
Airis menyeru perlahan dengan suaranya yang serak.
Mata hazel Mark terus jatuh pada wajah isterinya yang kelihatan begitu lemah sekali. Hatinya tersiat melihat wajah Airis yang dipenuhi lebam dan luka. Pistol di tangan digenggam erat. Diikutkan hati, saat itu juga dia ingin menembak kepala Luqman yang sedang erat mencengkam pergelangan tangan Airis, namun dia masih waras. Dia tahu perkara itu hanya akan membahayakan Airis, jadi dia tidak boleh bertindak terburu-buru. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Dia menatap dalam-dalam mata Airis. Bibirnya mengukir senyum manis buat isterinya itu.
"I'm here sayang...don't worry, okay"
Mark cuba menenangkan Airis. Luqman yang ada bersama di situ langsung tidak dihiraukan. Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Airis.
Perlahan-lahan, Airis mengorak senyum nipis walaupun air matanya masih deras mengalir di pipi. Kepalanya diangguk perlahan. Saat itu, dia teringin sekali untuk berlari mendapatkan Mark dan mendakap erat tubuh suaminya itu, namun cengkaman kuat Luqman pada pergelangan tangan menghalang niatnya. Tanpa sedar Airis berdesis perlahan menahan kesakitan akibat perbuatan Luqman.
Melihat riak wajah Airis yang berkerut menahan sakit, Mark cuba menghampiri, namun baru selangkah dia menapak ke hadapan, suara Luqman membantutkan niatnya.
"Whops! Stop right there. Don't you dare come near. Unless kau nak tengok kepala isteri kau ni pecah dekat sini jugak"
Luqman menekan pistol miliknya ke kepala Airis sambil tersenyum menyeringai. Mark mengetap bibir menahan amarah.
"Oh, one more thing. Your gun, throw it away. Itupun kalau kau sayang isteri kau ni" arah Luqman selamba. Keningnya diangkat seakan mencabar Mark.
Tiada pilihan, Mark menurut. Pistolnya dicampak ke arah semak-samun yang tumbuh meliar di situ.
"Good boy" ucap Luqman mengejek.
"Lepaskan isteri aku, Luqman. Dia tak buat salah apa-apa pun dekat kau" Mark cuba berunding.
Tak semena-mena, Luqman ketawa. Sinis sekali bunyinya.
"Tak buat salah kau cakap?" Luqman sambung ketawa sebelum perlahan-lahan tawanya mati. Wajahnya bertukar serius. Dingin tanpa riak.
"Kau nak tahu apa salah dia dekat aku?" Luqman menyoal.
Mark tidak menjawab. Matanya fokus memerhatikan setiap gerak-geri Luqman, cuba mencari ruang untuk menyerang. Selepas beberapa ketika, dia kembali merenung ke dalam anak mata hitam milik Luqman.
"Salah dia..." Luqman mengelus pipi Airis menggunakan muncung pistol miliknya "...bermula lepas dia pilih kau berbanding aku. You know what...aku dah cukup baik bila aku biarkan dia hidup asalkan dia pilih untuk bersama aku, tapi dia..." tanpa amaran, Luqman terus merengkuh kasar pipi Airis, memaksa gadis itu menatap wajahnya
"...you choose him over me!!" Luqman menengking.
Airis hanya mampu teresak perlahan. Dia tidak berdaya melawan kudrat Luqman. Dia sudah semakin lemah. Hanya air matanya sahaja yang tidak henti mengalir sejak dari tadi.

YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomantizmAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...