HYE GUYS, I'M BACK!!
"Airis" Mark bersuara apabila dia terdengar jeritan seorang perempuan dari dalam rumah banglo di hadapannya. Dia baru sahaja ingin berlari ke arah suara tersebut sebelum lengannya ditarik kuat oleh seseorang. Mark pantas menoleh. Kelihatan Thaqeef menggelengkan kepala kepadanya.
"Mark, sabar. Jangan bertindak terburu-buru" Thaqeef bersuara sambil tangannya sempat memberi isyarat kepada pasukannya untuk mara ke hadapan, mengepung kawasan rumah banglo di dalam hutan itu.
"Tu suara Airis Qeef, she's in danger!" Mark membalas dengan suara yang tertahan-tahan. Dia cuma melepaskan cengkaman Thaqeef pada lengannya namun sahabatnya itu makin mengetatkan pegangan.
"Mark, we will sort this out together, I promise. But first, we need to stick to our plan. Kalau kau masih berdegil, aku terpaksa keluarkan kau dari sini" tekan Thaqeef sedikit tegas.
Mark terdiam. Otaknya cuba untuk berfikir secara rasional semula.
"Please bro?" Thaqeef bersuara lagi. Kali ini nadanya separuh merayu.
Mark menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Lambat-lambat, dia mengangguk.
"Okay. I'm sorry...aku terlalu mengikut perasaan tadi" Mark bersuara perlahan. Wajahnya diraup kasar. Dia kembali mengambil posisi di sebelah Thaqeef.
Thaqeef tersenyum nipis. "It's okay, aku faham"
Tiba-tiba, kedengaran suara salah seorang anak buah Thaqeef melalui earpiece yang mereka pakai. "Alpha team here. Kawasan sekeliling banglo secured, tuan. Menunggu arahan untuk bergerak masuk ke dalam, over"
"Semua bersiap sedia di posisi masing-masing. Jangan bertindak lagi, tunggu arahan dari saya" Thaqeef membalas.
"Baik, tuan"
Thaqeef kembali memandang Mark di sebelah. "Aku dengan pasukan aku akan bergerak masuk ke dalam. Aku nak kau awasi pergerakan di luar kawasan rumah ni dengan Sarjan Linda dan Korperal Dinesh. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan, kau tau apa nak buat kan?"
Mark mengangguk.
Thaqeef menepuk perlahan bahu Mark. "Aku akan pastikan Airis balik kepada kau dengan selamat"
Mark tersenyum nipis. "Thanks bro"
Thaqeef tersenyum. Dia meghulurkan buku limanya pada Mark. "How about a fist bump as a good luck charm for both of us?"
Tawa kecil meletus dari bibir Mark. Tanpa berlengah, terus dia melagakan buku limanya dengan buku lima Thaqeef.
Thaqeef tersengih sebelum dia mula bergerak pergi dari situ.
Mark hanya memandang susuk tubuh Thaqeef yang semakin hilang disebalik semak-samun yang terdapat di situ. Walaupun dia agak terkilan tidak dapat masuk sendiri ke dalam rumah tersebut untuk menyelamatkan Airis, dia pasrah. Dia tahu pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan orang awam terlibat dalam operasi mereka. Ini pun puas dia dan Thaqeef memujuk Superintendent Roziana agar membenarkan dia menyertai mereka di sini. Dia teringat kembali perbualan mereka dengan Superintendent Roziana.
Beberapa jam yang lepas.
"Tak boleh! Saya tak boleh benarkan orang awam terlibat dalam operasi ni. Awak tahukan operasi ni berbahaya? Luqman Qidran bukan calang-calang orang. Dia penjenayah yang paling dikehendaki sejak tiga tahun yang lepas. Saya rasa awak orang yang paling tahu tentang semua ini kan, Thaqeef?" Superintendent Roziana menyoal tegas.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...