Sorry lambat...raya la katakan :P
********************
"Mark wait!" jerit Qidran apabila dia ternampak kelibat Mark yang ingin melangkah masuk ke dalam salah sebuah bilik wad yang terdapat di tingkat 4 hospital tersebut. Langkah kakinya dihayun laju menuju ke arah lelaki itu.
"Qidran...apa kau buat dekat sini?" soal Mark apabila Qidran sudah berdiri di hadapannya.
Dalam keadaan sedikit tercungap-cungap, Qidran membalas "Aku dengar Airis masuk hospital. Tu yang aku bergegas datang sini. Ni wad dia kan?" soal Qidran meminta kepastian.
"Err...haah. Macam mana kau tau Airis warded?"
"Aku pergi tempat kerja Airis tadi, ingat nak ajak dia lunch sama-sama. Kawan dia yang bagitau aku Airis warded" terang Qidran.
Mark terangguk-angguk mendengar penjelasan Qidran.
"What happened? Is she sick? How is she doing?" soal Qidran bertalu-talu. Riak wajahnya jelas kerisauan.
"Relax bro. She's okay now. Jomlah masuk dulu, takkan nak sembang dekat depan pintu ni pulak kan..." ujar Mark lantas membuka pintu wad tersebut dan melangkah masuk ke dalam. Qidran mengekori Mark tanpa bantahan.
Masuk sahaja ke dalam wad, mata Mark dan Airis bertembung. Wajah Airis masih kelihatan gusar. Mark pantas menghampiri gadis tersebut.
"It's okay...nothing to worry about. Maybe he just bluffing, saja nak takutkan awak" ucap Mark perlahan, memujuk Airis supaya bertenang.
Perlahan-lahan, Airis menarik nafas lega walaupun di dalam hatinya masih rasa sedikit gusar. Tak semena-mena matanya menangkap susuk tubuh seseorang di belakang Mark. "Qidran?!" soalnya sedikit terkejut.
Qidran tersenyum memandang Airis. Mark melangkah ke belakang bagi memberi ruang kepada Qidran untuk berbicara dengan Airis.
"Macam mana awak tau saya ada dekat sini?"
"Saya pergi kedai buku tadi...kawan awak yang bagitau saya awak warded. Saya risau gila tadi bila dapat tahu awak masuk hospital. Awak okay tak ni? What happened? Kenapa sampai berbalut kepala awak ni?" soal Qidran bertalu-talu. Tangannya cuba menyentuh kepala Airis namun pantas gadis itu mengelak.
"Opss...sorry. Can't control myself" Qidran meminta maaf.
"Takpe..." balas Airis tenang. "Awak janganlah risau, saya okay. Kepala saya ni sikit je, esok lusa eloklah ni" sambungnya lagi.
Mark yang melihat hanya mendiamkan diri. Andai tangan Qidran menyentuh Airis tadi, dia takkan teragak-agak untuk mematahkan tangan lelaki itu. What? Dia pun manusia biasa. Tipulah kalau dia kata dia tak cemburu tapi dia percayakan Airis. Dia tahu Airis seorang gadis yang pandai menjaga maruah diri.
"Macam mana sampai boleh cedera ni?" soal Qidran curiga.
Mark dan Airis saling berpandangan.
"Err...haritu, ada perompak pecah masuk rumah saya. Saya tercedera masa tengah pertahankan diri" bersahaja Airis menjawab. Dia terpaksa berbohong, arahan dari pihak polis menengah dia dari menceritakan perkara sebenar kepada orang awam. Dengan Yvonne pun dia beritahu yang rumahnya dirompak dan dia cedera kerana cuba mempertahankan diri.
Qidran tidak bertanya lebih lanjut. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi plastik yang diduduki oleh Mark tadi. Dia terlihat sebuah bekas berisi bihun sup di hadapan Airis. "Saya ganggu awak makan ke?" soalnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
PERTEMUAN ✅
Roman d'amourAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...