BAB 26

6.1K 419 10
                                    

Dah lebih 200 votes!!!

Terima kasih!!  :D


Mark melangkah menuju ke bilik wad yang menempatkan Airis. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Asar dan solat hajat di surau hospital. Begitulah rutin dia setiap hari semenjak Airis dimasukkan ke hospital. Dia tidak pernah berhenti berdoa agar Airis sembuh seperti sediakala.

Masih tergiang-ngiang difikirannya kata-kata doktor yang merawat Airis tiga hari yang lepas.

"Pesakit mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala, kesan dihentak dengan objek yang keras berulang-ulang kali. Tulang rusuk kiri pesakit juga retak. Dan terdapat banyak kesan lebam pada badan pesakit, yang menurut pemerhatian saya adalah akibat dipukul" ujar Doktor Khadijah.

Mark beristighfar panjang mendengarnya. Ya Allah...siapa yang sanggup buat awak macam ni, bisik hati Mark sayu. Wajahnya diraup perlahan. Thaqeef yang berada di sisi mengusap perlahan bahunya.

"Kami ada melakukan CT scan ke atas cik Airis bagi mengesan sekiranya ada pendarahan dalaman, dan alhamdulillah seperti yang dilihat, no internal bleeding in the brain" ujar Doktor Khadijah lagi sambil menunjukkan gambar CT scan kepala Airis. 

"Cuma...kita tidak menolak kemungkinan berlaku sedikit gegaran kepada otak pesakit disebabkan oleh hentakan yang kuat" sambung Doktor Khadijah.

"Maksud doktor...?" soal Mark sedikit berdebar.

Doktor Khadijah menghembus nafas perlahan sebelum menjawab "There is possibility for the patient to undergo memory loss..."

Mark dan Thaqeef tergamam. Memory loss? Mark beristighfar panjang. Matanya mula memerah menahan air mata yang ingin gugur.

"Tapi encik jangan risau, ini cuma jangkaan. Apa-apa pun kita kena tunggu pesakit sedar dahulu...sekarang kita cuma boleh berdoa supaya perkara itu tidak terjadi" lembut Doktor Khadijah menutur kata.

Bunyi derap tapak kaki berlari menyentak lamunan Mark. Dia lihat kelibat Doktor Khadijah dan beberapa orang jururawat melangkah laju masuk ke dalam salah satu bilik wad.

Mark tersentak.

Tu wad Airis.

Dadanya mula berdebar-debar. Apa dah jadi? Tanpa membuang masa dia pantas berlari ke bilik tersebut. Ya Allah...tolong jangan terjadi apa-apa dekat Airis, rintihnya dalam hati.

Sampai sahaja di hadapan bilik itu, Mark pantas menyoal salah seorang jururawat yang kebetulan baru keluar dari situ.

"Nurse, kenapa dengan Airis?"

"Oh encik. Alhamdulillah cik Airis dah sedar, sekarang doktor tengah check condition dia" balas jururawat tersebut sambil tersenyum manis.

"Seriously?!" soal Mark teruja. Jururawat itu menganggukkan kepalanya tanda mengiakan.

"Ya Allah, alhamdulillah. Err...boleh, boleh saya masuk tengok dia?" tanya Mark.

Jururawat itu tersenyum melihat Mark. "Boleh...tapi encik tunggu sekejap ye, doktor tengah buat pemeriksaan"

Mark akur. Beberapa minit kemudian, Doktor Khadijah keluar dari bilik tersebut. Melihat sahaja kelibat Mark, dia terus melemparkan senyuman manis kepada lelaki itu.

"Macam mana doktor? Dia okay?" soal Mark tidak sabar.

"Alhamdulillah...keadaan cik Airis stabil. Encik boleh la masuk melawat dia" ujar Doktor Khadijah sambil tersenyum.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now