Baru beberapa hari dia bercuti di rumah, Mark sudah mula berasa bosan. Disebabkan itu, dia kini sedang memandu keretanya menuju ke galeri. Masuk sahaja ke dalam galeri, dia lihat Khai sedang sibuk menulis sesuatu pada fail yang terbuka di hadapannya. Sempat Mark meneliti ruang di dalam galeri, sudah kembali teratur dan tersusun rapi. Dia tersenyum puas.
Pantas langkah kaki dibawa menuju ke arah Khai. Lelaki itu masih sibuk menulis, langsung tidak menyedari kehadirannya.
"Hoi!" sergah Mark sambil menepuk kuat meja yang diduduki oleh Khai. Terpelanting pen yang dipegang oleh lelaki itu. Mukanya pucat akibat terkejut. Terbahak-bahak Mark ketawa melihat reaksi rakannya itu.
"Siot ah kau Mark. Tak reti bagi salam ke?" marah Khai. Mark masih tak berhenti ketawa. Sedaya-upaya dia cuba mengawal tawanya sebelum kembali bersuara.
"Yelah...assalamualaikum Encik Khairul Amri, apa khabar, sihat?" ucap Mark lalu menyambung kembali tawanya. Geli hatinya mengingat kembali raut wajah Khai yang terkejut tadi.
Khai mendengus. "Gelak la...gelak puas-puas. Kang terbukak balik jahitan dekat perut tu baru padan muka" ujarnya geram.
Setelah tawanya reda, Mark kembali bersuara. "Tak boleh blah muka kau tadi. Tu la...haritu kau sedap je kenakan aku dekat hospital kan...ha sekarang rasakan" ujar Mark sambil tersengih.
"Ohh...ni kira kes balas dendam la ni? Takpe, takpe...harini hari kau. Kau tunggu pembalasan terindah dari aku" balas Khai. Mark hanya ketawa. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Khai itu.
"Dah dah la tu gelakkan aku...ni kau datang sini buat apa? Bukan kau sepatutnya rehat kat rumah ke?" soal Khai pelik.
"La...nak datang galeri sendiri pun kena minta izin dulu ke?"
"Takde la, kau kan baru sembuh. Larat pulak kau drive datang sini eh"
"Aku dah okay la...setakat nak drive tu takde hal. Lagipun aku bosan duduk kat rumah tu" ujar Mark sambil menarik kerusi lalu duduk di hadapan Khai. Khai hanya menggeleng mendengar jawapan Mark. Dia faham sangat dengan perangai workaholic si Mark ni.
"Bagus kerja kau Khai. Dah normal balik aku tengok galeri ni" puji Mark sambil matanya melilau memerhati setiap ruang dalam galerinya. Khai tersengih mendengar pujian Mark.
"Well, tengok kaki la bro" ujar Khai sambil tersenyum bangga. Mark hanya ketawa kecil melihat reaksi Khai. Mamat ni bukan boleh kena puji, memang kembang semangkuk la dia.
"So, payment ganti rugi untuk customer dah settle?" soal Mark. Walaupun dia masih ada soft copy gambar-gambar pelanggannya yang rosak haritu, namun dia tetap akan membayar ganti rugi kerana ada pelanggannya yang tidak dapat mengambil gambar mereka pada waktu yang telah dijanjikan. Ini memang prinsip perniagaannya sejak dari dulu lagi. Pelanggan akan dapat ganti rugi kalau dia tak berjaya siapkan pesanan on time.
"Hah, pasal tu. Hampir semua dah dapat bayaran, cuma ada dua orang customer yang tak nak ambil ganti rugi. Diorang kata diorang boleh tunggu kita cuci lagi sekali gambar diorang tu" balas Khai sambil menghulurkan sebuah fail nipis kepada Mark.
Mark menyambut fail tersebut. Isi kandungannya diteliti. Encik Lim dan Puan Salmi. Dua orang pelanggan yang diberitahu oleh Khai tadi. Dia tersenyum sendiri. Dua orang ini memang pelanggan tetap galerinya. Dalam hati dia bersyukur. Masih ada pelanggan yang menaruh kepercayaan kepadanya. Fail ditangan ditutup. Dia lantas berdiri dan berjalan ke sisi Khai.
"Khai, kau tolong siapkan penyata perbelanjaan yang dah dikeluarkan untuk baiki galeri, ganti rugi customer dan hal-hal yang berkaitan. Lepas dah siap kau tunjuk dekat aku...boleh? Aku nak settle-kan gambar-gambar pelanggan yang belum siap lagi tu"
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...