Lebih kurang jam 6 pagi, Airis terjaga. Kejadian yang menimpanya semalam menyebabkan tidurnya tak lena. Jauh di sudut hati dia mengharapkan apa yang dilaluinya semalam hanyalah sekadar mimpi ngeri. Namun melihatkan bilik tidur asing yang sedang dihuninya sekarang menyebabkan dia akur bahawa semua ini bukan sekadar mimpi ngeri tetapi sebuah realiti yang harus dia tempuhi.
Setelah terkebil-kebil hampir 5 minit di atas katil, dia memutuskan untuk bangun dari perbaringan. Lebih baik aku mandi pastu solat, daripada aku buang masa terkebil-kebil atas katil ni. Subuh pun dah masuk waktu, fikir Airis. Dia lantas bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi.
Setelah selesai mandi dan solat, Airis memutuskan untuk keluar dari bilik. Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul 7.15 pagi. Dia berjalan perlahan menuju ke ruang tamu. Sunyi. Tiada sesiapa di situ. Kelibat Mark tidak kelihatan di mana-mana begitu juga Thaqeef dan Farah.
"Tak bangun lagi kot..." monolog Airis sendiri.
Dalam keadaan buntu memikirkan apa yang harus dia lakukan, Airis terdengar bunyi kuali berlaga dengan sudip di dapur. Tanpa berfikir panjang dia terus menapak ke dapur. Setibanya di dapur, kelihatan Farah sedang menggoreng nasi. Farah yang perasan akan kehadirannya lantas melemparkan senyuman mesra.
"Selamat pagi Airis" Farah menegur.
"Selamat pagi Farah" balas Airis sambil tersenyum.
"Erm...ada apa-apa yang saya boleh tolong?" Airis menyoal. Terasa segan pulak menumpang rumah orang tak buat apa-apa.
"Kalau macam tu Airis boleh tolong buatkan air?"
"Boleh je..." balas Airis sambil tersenyum. Teko yang sudah tersedia di atas table top terus dicapai.
"Kopi ada dekat kabinet atas", beritahu Farah sambil menyenduk nasi goreng yang sudah siap dimasak ke dalam mangkuk.
Sambil menyediakan sarapan, Farah dan Airis rancak berbual sesama mereka. Sikap Farah yang peramah membuatkan Airis selesa berbual dengannya. Dalam pada mereka berbual, terdengar suara orang memberi salam dari muka pintu.
" Hah...tu mesti Mark dengan Thaqeef dah balik", ujar Farah.
"Balik? Balik dari mana? Saya ingat diorang tidur lagi", kata Airis sedikit terkejut.
"Diorang tu lepas-lepas subuh tadi terus keluar pergi jogging. Memang rutin diorang berdua sejak dulu...nak jaga badan katanya" balas Farah sambil ketawa kecil.
"Wah...rajin betul diorang" kata Airis sedikit kagum. "Kalau saya jangan harap nak jogging...baru lari 2 minit dah semput" sempat dia menyambung kata. Farah hanya ketawa mendengar celoteh Airis.
"Haa... apa yang seronok sangat gelak tu sayang, sampai luar boleh dengar" tiba-tiba Thaqeef menegur. Dia masuk ke ruang dapur diikuti Mark di belakang.
"Takde apelah...mana boleh bagitau, ni girls talk okay" balas Farah sambil menjeling manja ke arah suaminya.
Thaqeef hanya ketawa sambil mengangkat kedua-dua tangan tanda mengalah. Dia lantas bersandar di kabinet bersebelahan isterinya. Farah lantas menghulurkan segelas air sejuk kepada Thaqeef. Mereka saling berbalas senyum.
Airis suka melihat telatah mereka suami isteri. Terpancar kebahagiaan pada wajah mereka berdua. Matanya beralih pula kepada Mark yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia sedang bersandar pada table top berhadapan dengan peti sejuk sambil meneguk segelas air sejuk. Mata hazel Mark juga sedang merenungnya. Mereka berbalas senyuman. Sempat Airis meneliti penampilan Mark pagi itu.
Mark mengenakan t-shirt lengan pendek berwarna hitam berbelang putih di bahagian lengan dipadankan dengan seluar trek berwarna hitam. Rambutnya yang berwarna coklat kelihatan sedikit basah di bahagian dahi. Terdapat sehelai tuala kecil yang tersangkut pada lehernya. Sejujurnya, penampilan Mark agak menarik bagi Airis.
Pap! Wake up Airis!! Jaga sikit mata tu boleh tak? Tak semena-mena satu suara dalam fikiran Airis menyentak renungannya. Mata Airis terkelip-kelip. Cuba menyedarkan diri sendiri. Melihatkan sengihan Mark, Airis jadi malu sendiri. Dia rasa mukanya mula berbahang.
Lama ke aku tenung dia? Dia perasan ke aku tenung dia? Arghh!! Malu giler...rasa nak sorok muka bawah meja. Suara hati Airis saling berbicara. Demi melarikan diri dari situ, Airis terus menawarkan diri untuk membawa mangkuk nasi goreng ke ruang makan.
Mark sedaya-upaya menahan tawanya daripada terlepas. Muka Airis yang memerah membuatkan dia rasa nak tergelak. Bukannya dia tak nampak yang Airis merenungnya tak berkelip. Obvious sangat Airis oi...bicara Mark dalam hati. Telatah Airis sedikit mencuit hatinya. Dia terus menuju ke arah sinki. Gelas ditangan dibasuh. Dia ingin mandi sebelum bersarapan, terasa melekit seluruh badan.
Setelah Airis meletakkan mangkuk nasi goreng di meja makan, Farah muncul dengan menatang sepinggan ayam goreng diikuti Thaqeef dengan seteko air kopi. Mark menyusul di belakang Thaqeef. Mereka berdua meminta diri untuk mandi dan menukar pakaian. Farah dan Airis berbual sementara menunggu Mark dan Thaqeef untuk sarapan bersama.
"Lepas ni kita terus pergi balai...okay ke Airis?" Farah tiba-tiba menyoal.
Airis menelan air liur. Kejadian semalam menjelma kembali di ruang ingatan. Melihatkan kegusaran di wajah Airis, Farah pantas menggenggam tangan Airis.
"Jangan risau...everything gonna be okay. Pihak polis takkan biarkan diorang apa-apakan Airis, so don't worry too much alright?" Farah cuba menenangkan.
Melihatkan keyakinan Farah ketika berkata-kata, hati Airis sedikit lega. Dia tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda bersetuju untuk memberi keterangan. Farah mengucap syukur dalam hati.
Selesai bersarapan, mereka bergerak menuju ke Balai Polis Damansara. Proses memberi keterangan tidaklah begitu lama, hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Airis diberitahu sepanjang tempoh siasatan dijalankan, akan ada 2 orang pegawai polis bertugas yang akan mengawasi rumahnya. Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatannya terjamin kerana si penjenayah tahu akan kewujudan Airis di tempat kejadian semalam.
Sepanjang berada di balai, Mark banyak membantu Airis. Thaqeef dan Farah perlu kembali bertugas kerana masih ada kes yang perlu mereka selesaikan. Apabila selesai segala urusan, mereka berdua pun bergerak pulang.
Suasana di dalam kereta sedikit janggal. Mark mahupun Airis hanya membisu. Masing-masing tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbualan. Hanya alunan lagu dari radio yang mengisi suasana.
Setelah hampir 10 minit perjalanan, Mark memutuskan untuk bersuara. Dia berdeham, cuba menarik perhatian Airis yang kelihatan ralit merenung pemandangan di luar tingkap. Airis pantas menoleh ke arah Mark.
"Err...sekarang dah pukul 12 lebih. Apa kata kita pergi lunch dulu...nak?" Mark menyoal sambil mengerling ke arah Airis sekilas.
"Err...takpe ke? Tak menyusahkan awak?" Airis menyoal kembali. Dia segan sebenarnya ingin berlama-lama dengan Mark. Kalau boleh dia nak terus balik ke rumah. Tak mahu terus menjadi beban kepada lelaki ini.
"Taklah...tak susah pun, lagipun bukan saya yang nak kena masak" Mark membalas selamba sambil cuba sembunyi senyum. Dia sebenarnya belum mahu menghantar gadis ini pulang. Dia masih ingin mengenali gadis yang baru muncul dalam hidupnya kurang 24 jam yang lepas.
Tahu loyar buruk jugak rupanya mamat ni. Semalam first time jumpa serius semacam je muka, monolog Airis dalam hati sambil cuba mengawal riak wajahnya yang ingin ketawa. Dia tidak membalas kata-kata Mark.
"Awak jangan risau, lepas je kita makan, saya terus hantar awak balik rumah...okay?", Mark meneruskan kata apabila melihat Airis hanya membisu.
Please say yes...hati Mark berbicara, sedikit mengharap. Berdebar pulak jantung dia menanti persetujuan Airis.
Setelah berfikir beberapa saat, Airis membalas.
"Erm...okaylah kalau macam tu, saya ikut je..." Dia tersenyum memandang Mark. Melihatkan kesungguhan Mark, tak sampai hati pulak dia nak menolak.
Yes! Jerit Mark dalam hati. Senyuman cuba disembunyikan. Riak wajahnya dikawal agar kelihatan biasa. Tidak mahu rasa hatinya terpamer pada wajah.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...