BAB 8

9.2K 458 5
                                        

Keesokan harinya, sedang Airis bersiap-siap, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Saya dah sampai depan rumah awak - Mark

Tanpa membuang masa, Airis pantas memasukkan dompet dan telefon ke dalam sling bag. Penampilannya dirapikan buat kali terakhir. Hari ini dia mengenakan sehelai t-shirt labuh lengan panjang berwarna hitam dengan jeans biru tua, dipadankan dengan tudung yang juga berwarna biru tua. Hanya baju ini sahaja yang dia rasa sesuai untuk dipakai. Maklumlah, dia jarang bershopping. Lagipun gajinya cuma cukup-cukup untuk perbelanjaan hariannya sahaja.

Selesai menyarung kasut kanvas lusuhnya, dia terus mengunci pintu rumah. Ketika dia membuka pintu pagar, kelihatan Mark sedang santai bersandar pada keretanya dengan telefon bimbit di tangan. Menyedari kehadirannya, Mark melemparkan senyuman manis. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar.

Hari ini penampilan Mark nampak santai. Dia hanya mengenakan sehelai t-shirt putih bersama kemeja kotak-kotak berwarna merah, dipadankan dengan jeans berwarna hitam. Dia juga mengenakan sepasang kasut kanvas.

"Assalamualaikum, selamat pagi" ucap Mark. Senyumannya tidak lekang dari bibir.

"Waalaikumussalam...selamat pagi" balas Airis sambil membalas senyuman Mark. Perasaannya ketika ini hanya Allah je yang tahu. Entah kenapa jantungnya tidak berhenti berdegup kencang sejak tadi. 

Airis...behave, monolognya dalam hati.

Didalam kereta, Mark memulakan perbualan.

"Sebenarnya saya nak jumpa awak ni sebab nak bincang pasal kes haritu..."

Airis hanya mendiamkan diri dan menoleh ke arah Mark, menanti bicara seterusnya.

"Farah ada beritahu awak apa-apa tak?"

Airis hanya menggeleng. "Takde pulak...kitorang cuma borak-borak biasa je"

Mark menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Mungkin Farah tak nak Airis takut. At least kalau aku bagitau depan-depan takdelah dia takut sangat, fikirnya.

"Kenapa Mark? Ada dapat apa-apa maklumat ke pasal pembunuh tu?" tanya Airis bertubi-tubi. Ketenangannya sedikit tergugat.

Mark menoleh sekilas ke arahnya.

"Nanti saya cerita" balas Mark tenang. Dia tidak mahu Airis cemas.

Mereka memilih untuk makan di Subway. Sambil sembang sambil isi perut. Selesai memilih menu pilihan, mereka duduk di meja yag terletak sedikit tersorok dari orang ramai. Senang sikit nak bercakap mengenai perkara yang ingin mereka bincangkan ini.

Mark mula bercerita apa yang diberitahu oleh Thaqeef kepadanya semalam. Sepanjang dia bercerita, Airis hanya tekun mendengar. Tak sedikit pun dia mencelah. Wajahnya juga kelihatan tenang. Mark tidak dapat menebak apa yang difikirkan oleh gadis di hadapannya ini.

Sudah hampir lima minit sejak dia selesai bercerita, namun Airis masih diam tanpa bicara. Kebabnya juga tidak habis dimakan. Menyesal pula dia rasa kerana bercerita ketika mereka sedang makan. Nafasnya dihembus perlahan.

"You okay?" soalnya prihatin.

Airis hanya menganggukkan kepalanya. Senyuman cuba dilemparkan tetapi jelas kelihatan hambar. Sedaya-upaya dia cuba menutup rasa hatinya yang sebenar. Sejujurnya, dia takut dan gementar. Dia rasa nak menangis. Jiwanya berkecamuk. Dia tak pernah terfikir akan terjebak dengan benda-benda sebegini. Normal la...siapa je yang pernah terfikir bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi buruan kumpulan mafia yang mahukan nyawanya!

Dalam Airis cuba mengawal emosi, air matanya jatuh jua. Mark yang sedar akan perubahan emosi Airis terus mengajaknya beredar dari situ. Di dalam kereta, Mark membiarkan Airis menangis semahunya, meluahkan segala rasa yang terbuku. Dia lihat badan Airis sedikit menggigil. Jiwanya meruntun melihat keadaan Airis. Walaupun mereka baru kenal, entah kenapa nalurinya begitu kuat untuk melindungi gadis ini.

Setelah lebih kurang 10 minit, tangisan Airis mulai reda, cuma esakan kecilnya sahaja yang masih kedengaran. Tisu dihulurkan dan Airis menyambut lemah.

"Maaf...awak terpaksa pulak tengok saya menangis" ucap Airis perlahan.

"It's okay...saya faham" Mark membalas lembut.

"Boleh awak hantar saya balik?" pinta Airis. Suaranya lemah, tidak seperti selalu.

"Okay" balas Mark. Keretanya dipandu membelah jalan raya.

Sampai sahaja di hadapan rumah sewanya, Airis bersedia untuk melangkah keluar setelah mengucapkan terima kasih kepada Mark. Namun langkahnya terhalang dek suara Mark yang menyapa gegendang telinga.

"Airis, I just want you to know...apapun yang terjadi, awak masih ada saya. Saya tahu kita baru kenal but...you can always count on me. Saya akan pastikan diorang tak dapat apa-apakan awak. I really mean it. Tapi awak kena janji dengan saya, awak kena kuat. Jangan sesekali biarkan diorang rampas hidup awak. You have to fight for your life dan buktikan pada diorang awak bukan perempuan lemah" Mark berhenti sejenak sebelum menyambung "Ingat Airis...bukan manusia yang pegang nyawa kita, tapi Dia" lembut bicaranya.

Mata Airis kembali bergenang. Dia terharu. Tak sangka dalam kepayahannya menghadapi dugaan terbesar dalam hidup, Allah kirimkan Mark untuk menjadi pemangkin semangatnya yang hampir-hampir luntur tadi.

Dia mengangkat  wajah memandang Mark di sebelah. Lelaki itu sedang tersenyum memandangnya. Dia nampak keikhlasan melalui renungan sepasang mata hazel itu. Perlahan-lahan dia membalas senyuman Mark.

"Terima kasih..." ucap Airis. Hanya itu yang mampu dia katakan saat ini.

"Kasih diterima..." Airis tergelak kecil mendengar balasan Mark. Lega sedikit hati Mark melihatnya.

"Dah...now awak masuk dalam, rehat. Petang nanti nak kena pergi kerja pulak"

"Okay...saya masuk dulu, assalamualaikum"

"Waalaikumussalam...jangan lupa kunci pintu" pesan Mark prihatin.

Airis menganggukkan kepala sambil membuat isyarat 'ok' menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. 

Seperti biasa, setelah memastikan Airis selamat masuk ke dalam rumah, barulah Mark bergerak pulang.

Tanpa Mark dan Airis sedari...ada yang memerhati gerak-geri mereka dari jauh.

PERTEMUAN ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang