BAB 10

8.4K 425 2
                                    

Mark memecut laju keretanya membelah jalan raya selepas menerima panggilan dari Thaqeef mengenai Airis. Habis lampu isyarat dilanggarnya. Dia sudah tidak peduli lagi. Dalam fikirannya hanya memikirkan tentang Airis. Jantungnya tak berhenti berdegup kencang sejak dari tadi. Tak putus-putus dia berdoa agar gadis itu baik-baik sahaja.

Setelah hampir lapan minit memandu, dia sampai juga di hadapan rumah sewa Airis. Pihak polis masih belum tiba. Kelihatan Airis sedang duduk memeluk lutut di luar rumah. Mark pantas keluar dari kereta dan berlari anak ke arah Airis.

"Airis..."panggil Mark.

Airis mendongak apabila terdengar namanya dipanggil. Matanya berkaca. Melihatkan Mark sedang berdiri di hadapannya, serta-merta air matanya tumpah.

"Mark..." lemah dia bersuara. Air matanya semakin deras mengalir di pipi.

"Hey...it's okay, I'm here" ucap Mark lembut lantas duduk dihadapan Airis. Sweater-nya dibuka lalu disarungkan ke tubuh Airis yang menggeletar.

Kehadiran Mark sedikit sebanyak melegakan hati Airis. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi berseorangan di situ.

Seketika kemudian kelihatan beberapa buah kereta polis berhenti di hadapan rumah Airis. Thaqeef dan Farah keluar dari kereta dan terus menuju ke arah mereka berdua. Farah lantas memeluk Airis erat. Tersedu-sedu Airis dibahunya. Bahu gadis itu diusap lembut.

Melihatkan Thaqeef dan beberapa orang pegawai polis ingin melangkah masuk ke dalam rumah Airis, Mark pantas memegang bahu sahabatnya itu.

"Qeef, aku nak masuk tengok sekali boleh?" pintanya. Dia ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri bungkusan yang diterima oleh Airis tadi.

"Erm...aku boleh bagi kau masuk tapi...make sure kau tak sentuh apa-apa dalam tu, okay bro?" balas Thaqeef.

"Okay, aku tau tu" ucap Mark.

Thaqeef, Mark dan beberapa orang pegawai polis termasuklah unit forensik melangkah masuk ke dalam rumah Airis. Bau hanyir darah serta-merta menusuk rongga hidung. Mark tergamam melihat isi kotak yang berada di atas lantai di ruang tamu. This is crazy, fikirnya. Nota yang terdapat di dalam kotak tersebut menyebabkan Thaqeef dan Mark saling berpandangan.

"It's them" ucap Mark perlahan.

"Yea..." balas Thaqeef juga perlahan. Dia faham siapa yang Mark maksudkan.

Saat itu, mereka sedar satu perkara.

They're not dealing with a human, they're dealing with a devil.




Seminggu kemudian...


Telefon bimbitnya berdering. Dengan pantas Airis menyeluk poket seluar. Melihatkan nama yang tertera pada skrin, pantas butang hijau ditekan.

"Assalamualaikum..." sapa suara di hujung talian.

"Waalaikumussalam, Mark" jawab Airis.

"Harini awak habis kerja pukul berapa?" terus sahaja Mark menyoal.

"Pukul 6"

"Okay...nanti saya jemput awak tapi maybe lambat sikit sebab saya dekat PD sekarang, ada photo shoot. Awak tunggu je saya dekat kedai"

Airis mengeluh. Dia tidak suka menyusahkan Mark. Selepas kejadian dia menerima bangkai kucing berdarah itu, hampir setiap hari Mark datang menjemputnya pulang. Puas dia menghalang namun Mark masih berkeras mahu menjemputnya.

"Erm awak...tak payah la jemput, saya boleh je balik sendiri. Saya tak nak menyusahkan awak. Nanti awak terkejar-kejar pulak. Lagipun rumah saya dekat je"

"Nope. Petang ni awak balik dengan saya. No excuse" balas Mark sedikit tegas.

Airis hanya diam membisu. Bukan dia tak suka dengan keprihatinan yang Mark tunjukkan. Sejujurnya, dia bersyukur sangat-sangat kerana masih ada orang yang ambil berat tentang dirinya. Dia rasa dihargai. Cuma dia risau sekiranya Mark turut menjadi mangsa kumpulan mafia yang sedang memburunya ini. Dia tidak mahu Mark diapa-apakan. Dia takkan maafkan dirinya sekiranya sesuatu terjadi kepada Mark.

Mendengarkan Airis diam tanpa bicara, Mark mengeluh. Dia pun tak tau kenapa sejak kejadian tersebut, dia jadi begitu overprotective terhadap Airis. Dia sendiri tak faham dengan dirinya. Nafas dihembus perlahan sebelum dia bersuara.

"Saya jemput awak ye? Awak tak menyusahkan saya pun Airis. Please...stop fikir macam tu. Kalau awak balik dengan saya, at least I know you're home, save and sound. Baru tenang hati saya ni..." lembut dia bersuara. Seakan memujuk.

Airis tersenyum kecil mendengar kata-kata Mark. Mulalah jantung dia nak berdegup lain macam. Dia letakkan tangannya pada dada. Terasa dengupan jantungnya seperti baru lepas lari 100 meter. Dia rasa dia kena jumpa doktor. Mungkin jantungnya ada masalah. Mungkin.

Setelah berfikir beberapa saat, Airis pun bersuara.

"Okaylah...saya tunggu awak petang ni" putus Airis. "Tapi janji...bawak kereta tu elok-elok. Jangan nak main pecut sampai 140 kilometer sejam pulak. Lambat pun takpe. Saya tunggu sampai awak datang, jangan risau...okay?"

"Okay bos!" balas Mark sambil tersenyum ceria. Siap buat tabik hormat lagi, macamlah Airis ada depan mata dia. Pembantunya yang sedang membersihkan lensa kamera hanya tersenyum sambil menggeleng melihat gelagat Mark.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now