BAB 18

6.8K 353 0
                                        

Bilik mesyuarat di Balai Polis Damansara mula dipenuhi dengan pegawai-pegawai dari beberapa bahagian siasatan jenayah. Thaqeef, Farah dan Inspektor Kevin turut berada di dalam bilik tersebut, menunggu ketibaan ketua mereka.

Beberapa minit sebelum mesyuarat bermula, kelihatan ketua mereka, Superintendent Roziana melangkah masuk lalu duduk di kerusi yang terletak di kepala meja. Semua pegawai mula menumpukan perhatian kepada ketua mereka.

"Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Baiklah, mari kita mulakan mesyuarat kita pada hari ini. Saya harap semua dah siapkan laporan masing-masing" kedengaran suara tegas Superintendent Roziana memulakan mesyuarat.

Setelah beberapa orang pegawai membentangkan laporan kes yang mereka kendalikan, kini tiba giliran Thaqeef dan Kevin pula membentangkan laporan kes mereka. Mereka menerangkan serba-sedikit mengenai kumpulan FrygtlØs, aktiviti mereka dan beberapa kes yang mungkin melibatkan kumpulan tersebut.

"Jadi maksud awak, mereka mungkin dalang di sebalik kes-kes pembunuhan yang berlaku dalam tempoh tiga tahun ni?" tanya Superintendent Roziana kepada Thaqeef.

"Ya puan, menurut laporan post-mortem, terdapat persamaan yang ketara diantara kesemua mangsa" jawab Thaqeef sementara Kevin mengedarkan salinan laporan kepada semua pegawai yang berada di situ. Superintendent Roziana meneliti laporan itu. Kepalanya terangguk-angguk membaca laporan tersebut.

"Kaedah balas dendam mafia...bagus laporan kamu, tapi semua ni masih belum cukup untuk kita jejak kumpulan mafia ni. Saya nak kamu berdua teruskan siasatan sampai kita ada cukup bukti untuk jatuhkan mereka. Kita tak boleh biarkan mereka terus berleluasa di Malaysia ni"

"Baik puan!" serentak Thaqeef dan Kevin menyahut.

"Oh ya, baru-baru ni ada kejadian yang melibatkan kumpulan tu kan? Seorang lelaki ditikam di galerinya, betul?" Superintendent Roziana menyoal. Mereka hanya mengangguk. "Siapa yang handle kes ni, Inspektor Farahkan?" dia meminta kepastian.

" Ya puan, saya yang handle" pantas Farah menjawab.

"Hurm...kalau macam tu saya nak awak bekerjasama dengan Thaqeef dan Kevin dalam kes ni. Kalau boleh saya nak awak pastikan sekali keselamatan saksi terjamin. Kita tak cukup anggota untuk ditugaskan mengawasi saksi memandangkan sekarang tengah banyak kes yang perlu diselesaikan. Jadi saya terpaksa buat macam ni...is that okay with you?"

"Yeah, it's okay with me" Farah menjawab.

"Good" kata Superintendent Roziana sambil tersenyum nipis. Dia kemudian menyambung kata-katanya.

"Baiklah, sampai sini sahaja mesyuarat kita hari ini. Saya harap anda semua berjaya selesaikan kes masing-masing. Tapi ingat, jangan bertindak terburu-buru dalam penyiasatan. Jaga keselamatan masing-masing. Sebarang operasi yang ada potensi bahaya, sila rujuk kepada saya dulu sebelum buat keputusan, faham semua?" tegas Superintendent Roziana menyampaikan pesan. Matanya memandang satu-satu anggota bawahannya yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut.

"Baik puan" bergema suara anggota-anggota polis tersebut.

Mesyuarat pun bersurai.



"Ni je ke barang-barang kau? Takde yang tertinggal?" Thaqeef menyoal sambil mengangkat beg sandang yang mengandungi pakaian Mark.

"Ni je...lagipun barang aku memang tak banyak" balas Mark sambil menyarung hoodie hitamnya ke tubuh. Dia baru sahaja selesai mandi, dan sebentar lagi dia boleh pulang ke rumah setelah hampir seminggu duduk di hospital.

"Okay. Kau siap-siap la dulu, aku gi letak barang dekat kereta jap. Nanti aku datang balik, aku tolong kau check out" ucap Thaqeef. Mark menunjukkan isyarat 'ok' menggunakan jari sebagai balasan.

Selesai proses check out, Mark dan Thaqeef mula bergerak keluar dari perkarangan hospital. Baru beberapa minit perjalanan, telefon bimbit Mark berbunyi. Tertera nombor mamanya pada skrin. Pantas panggilan itu dijawab.

"Waalaikumusssalam, Ma" balasnya sambil tersenyum. Dia diam sebentar mendengar suara di hujung talian.

"Yup. Mark check out harini. Don't worry Ma, I'm fine now. Thaqeef tolong jemput, sekarang dalam kereta" panjang lebar dia membalas. Dia diam lagi.

"Don't worry okay... Papa dengan Mama sihat?" dia pula menyoal orang di hujung talian. Mendengar balasan mamanya, dia tersenyum lebar. Sungguh dia rindu pada kedua orang tuanya ini. Hampir enam bulan dia tidak pulang ke England melawat mereka. Komitmen kerja menyekat dia berbuat demikian. Nantilah, apabila semua ini sudah selesai, dia akan pulang melawat mereka.

Setelah hampir sepuluh minit berborak, panggilan pun ditamatkan. Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeans.

"Mama aku kirim salam kat kau. Dia cakap terima kasih sebab jaga aku" ujar Mark kepada Thaqeef sambil tertawa kecil.

Thaqeef turut tertawa kecil sebelum menjawab salam tersebut. "Mama dengan Papa kau sihat kat sana?" dia menyoal.

"Alhamdulillah, diorang sihat. Risau betul diorang pasal aku. Siap suruh aku balik England for good" Mark berkata sambil tersengih.

"Parents mana tak risau Mark. Dah lah kau satu-satunya anak diorang, duduk jauh pulak tu" Thaqeef membalas.

"Aku tau...tapi aku boleh jaga diri aku sendiri. Lagipun aku tak rasa nak balik England buat masa sekarang..." perlahan Mark bersuara.

"Aku faham. Hati kau terikat dekat sini kan?" Thaqeef membalas sambil tersengih. Sengaja nak menyakat Mark.

"Diamlah" balas Mark, namun bibirnya terukir senyum kecil. Thaqeef menggeleng melihat sahabatnya. Suka tapi tak nak mengaku, karang terlepas baru tau, monolog Thaqeef dalam hati.

"Oh ya, sebelum aku lupa. Anak buah aku dah cuba track nombor yang call Airis malam tu, tapi tak dapat. Nombor tu guna simkad pakai buang, so susah nak detect siapa owner nombor tu" panjang lebar Thaqeef memberi penerangan. Berkerut dahi Mark mendengar apa yang Thaqeef sampaikan kepadanya. Dia jadi sedikit bingung.

"Wait, what? Kau tengah cakap pasal apa ni? Siapa yang call Airis? Bila?" bertubi-tubi Mark menyoal. Thaqeef sudah menelan air liurnya yang tiba-tiba terasa kesat. Oh shoot! Mark tak tau, omelnya dalam hati. Disebabkan terlepas cakap, terpaksalah dia ceritakan segalanya kepada Mark.

"Err...Airis tak bagitau kau eh? Malam masa kau kena tikam tu, Airis dapat call dari seseorang. Dia cakap orang tu lelaki. Mula-mula dia ingat salah nombor, tapi bila lelaki tu sebut nama dia, dia dah rasa lain macam. Pastu lelaki tu sebut nama kau, dia bagi hint dekat Airis. Cakap ada sesuatu yang buruk dah jadi kat kau. Dia seolah-olah nak mempermainkan Airis la, lebih kurang macam tu. Airis pun try call kau tapi tak dapat. Lepastu dia call Farah, masa tu la dia tau kau kena tikam"

Mark hanya diam membisu. Otaknya ligat mencerna cerita yang baru Thaqeef sampaikan tadi. Rasa marahnya mula mencanak naik.

"Tak guna!" keras nada suaranya. Thaqeef menjeling sekilas ke arah Mark sebelum kembali memandang jalan raya.

"Sabar Mark. Marah-marah tak boleh selesaikan masalah. Yang penting sekarang ni kita kena kumpul bukti-bukti yang boleh jatuhkan diorang. Dalam masa yang sama, kita kena bersedia dengan apa jua serangan yang akan diorang lakukan lepas ni"

Mark menghembus nafas perlahan. Cuba meredakan sedikit kemarahannya. Betul juga apa yang Thaqeef katakan. Marah tak boleh selesaikan masalah. Dia kena bertindak secara rasional. Lagi pula musuh mereka ini bukan calang-calang orang. Dia kena bersedia dari segi mental dan fizikal.

Melihatkan Mark hanya membisu, Thaqeef menyambung lagi bicaranya. "Macam ni la, kau balik rumah, rehat cukup-cukup. Pastikan luka kau betul-betul sembuh. Kalau kau nak lawan diorang, kau kena sihat betul-betul dulu Mark. Kalau kita nak menang, we have to try avoid the worst case scenario, right?"

"Yeah right..." Mark membalas perlahan. Hatinya risaukan keselamatan Airis.

"Pasal Airis kau tak payah risau la, Farah dengan anak-anak buah dia akan awasi Airis. Lagipun ketua kitorang dah bagi arahan untuk lindungi saksi-saksi kejadian" Thaqeef memaklumkan apabila dia lihat muka Mark resah.

"Kalau macam tu okay-lah" Mark sedikit lega. At least Airis tak keseorangan.

"InshaAllah everything gonna be fine" ujar Thaqeef.

Mark hanya menghembus nafas perlahan.

"I hope so..."

PERTEMUAN ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang