Yvonne melangkah keluar dari tandas dan tanpa melengah terus menuju ke parking lot di tingkat bawah. Dia tidak mahu membuat Airis tertunggu-tunggu. Sampai sahaja di ground floor, dia terus menuju ke arah dimana keretanya diparkir.
"Eh, mana pulak Airis ni pergi?" omel Yvonne sendiri.
Matanya meliar memandang sekeliling, mencari kelibat sahabatnya itu. Tiada. Tanpa membuang masa, dia terus mendail nombor Airis. Malang sekali, panggilannya langsung tidak berjawab. Beberapa kali dia mencuba, namun hasilnya tetap sama.
Yvonne mula rasa tidak sedap hati. Dia termanggu-manggu di sisi keretanya, cuba memikirkan apa yang harus dia lakukan sekarang. Sedang dia berfikir, dia lihat seorang pengawal keselamatan sedang meronda tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Tanpa membuang masa, Yvonne terus melangkah mendekati pengawal tersebut.
"Err...encik, tumpang tanya boleh?" tegur Yvonne teragak-agak.
"Ya cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" ramah pengawal itu menyoal.
"Encik ada nampak tak seorang perempuan muda lalu dekat sini? Pakai tudung hitam dengan baju warna merah, macam baju saya ni?" kalut Yvonne bertanya.
"Takde pulak cik. Yang saya jumpa setakat ni cuma sorang lelaki tua dengan dua orang lelaki india" balas pengawal tersebut.
"Oh, yeke...takpe la kalau macam tu. Terima kasih encik" ucap Yvonne sedikit kecewa. Dia baru sahaja ingin beredar dari situ sebelum suara pengawal tersebut mematikan langkahnya.
"Saya baru teringat, kalau ciri-ciri perempuan yang cik cakap tadi, saya ada nampak tapi dia dengan suami dia" maklum pengawal itu. "Masa saya jumpa diorang, isteri lelaki tu pengsan, jadi saya tolong dia bukakan pintu kereta" sambung pengawal itu lagi.
Yvonne mula rasa gelisah. Takkan tu Airis pulak...pengawal ni cakap perempuan tu dengan suami dia, mustahillah tu Airis, bisik hati kecilnya sedikit ragu-ragu.
"Takpe la encik, terima kasih banyak-banyak untuk info tu. Rasanya tu bukan kawan saya. Mungkin kawan saya pergi tempat lain dulu kot. Apa-apa pun terima kasih, maaf mengganggu" ucap Yvonne sopan.
"Sama-sama" balas pengawal itu sambil tersenyum sebelum dia beredar untuk menyambung kembali tugasnya.
Yvonne mengeluh perlahan. Mana pulak Airis ni...tadi takde pulak dia cakap nak singgah mana-mana, bebel Yvonne dalam hati. Entah kenapa, dia rasa tidak sedap hati mendengar apa yang diberitahu oleh pengawal keselamatan tadi.
Yvonne mula melangkah tanpa arah tujuan. Tiba-tiba, matanya terpandang satu objek di atas lantai, sedikit terlindung di sebalik tembok yang terdapat di parking lot itu. Terus dia mendekati objek tersebut.
Kunci kereta.
Macam kenal...bisik hati kecilnya. Dia terus mengutip kunci tersebut. Pada kunci itu, terdapat satu sticker smiley berwarna kuning dilekatkan di situ. Terus tubuh Yvonne menggeletar. Ini kunci kereta dia!
Saat ini, dia yakin sesuatu yang buruk telah menimpa sahabatnya itu. Dengan tangan yang menggigil, dia terus mendail satu nombor yang terlintas di fikirannya.
**********
Khai memerhatikan tindak-tanduk sahabatnya yang jelas nampak gelisah. Lelaki itu kelihatan hilang fokus. Tidak tahan melihat tingkah Mark, dia terus menegur lelaki itu.
"Mark, what's wrong? Dari tadi aku tengok kau gelisah semacam, apasal? Kejap lagi nak shoot ni, kau okay tak?" bertubi-tubi Khai menyoal.
"Aku...aku tak tau la nak cakap macam mana. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati" adu Mark. Dia mengeluh perlahan. Ya Allah...kenapa aku rasa macam ada benda yang tak kena ni...hati kecilnya berbisik perlahan. Fikiranya serta-merta teringatkan Airis.

ANDA SEDANG MEMBACA
PERTEMUAN ✅
RomansaAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...