Telefon bimbitnya di atas meja kopi berdering. Airis yang sedang berada di dapur pantas berlari ke ruang tamu. Telefon dicapai. Kelihatan nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin. Tanpa berfikir panjang dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello..." ucap Airis.
"Hello sweetheart" kedengaran satu suara garau menyapa dari hujung talian. Berkerut dahi Airis mendengar sapaan tersebut. Siapa pulak bersweet-sweetheart dengan aku ni? Omelnya dalam hati.
"Err...saya rasa encik salah nombor ni" balas Airis perlahan. Kedengaran tawa kecil dari hujung talian. Airis mula rasa pelik. Dah kenapa orang ni?
"Takkan you dah tak ingat dekat I....cik Airis?" soal Luqman. Tersentak Airis mendengar lelaki itu menyebut namanya. Tangannya mula berpeluh.
"Si...siapa ni? soal Airis tergagap-gagap. Jantungnya mula berdebar. Kali ini kedengaran tawa yang kuat keluar dari mulut lelaki itu.
"Kenapa tergagap-gagap ni...you takut dengan I ke?" Luqman menyoal dengan suara yang lembut. Meremang bulu roma Airis dibuatnya. Seram sejuk dia mendengar suara lelaki itu.
"I harap you suka hadiah yang I bagi minggu lepas" Luqman berkata selamba. Dia dapat mengagak pasti wajah Airis sekarang pucat lesi. Dia rasa puas dengan hanya membayangkan ketakutan di mata Airis. Apatah lagi kalau dia mampu melihat dengan mata kepalanya sendiri, dia akan rasa lebih puas.
Airis menelan air liur yang terasa kesat. "A...apa kau nak?" soal Airis sedikit berani. Telefon di tangan digenggam kuat.
"Mark Aidan" sebut Luqman satu-satu. "Pernah dengar nama tu?" sengaja dia menyoal Airis.
Sekali lagi Airis tersentak. Jantungnya semakin tak keruan. Nafasnya mula tidak sekata. Dia cuba menenangkan diri sebelum membuka mulut menyoal.
"Apa yang kau cuba sampaikan ni? Kau jangan sesekali sentuh Mark!" sedikit lantang Airis bersuara. Keberaniannya tiba-tiba datang.
"Oops! Sorry honey, but it's too late now" balas Luqman selamba. Langsung tidak terkesan dengan suara Airis yang meninggi.
"Apa maksud kau?"
"Soon you will know..." Luqman membalas sambil ketawa kecil sebelum talian dimatikan, meninggalkan Airis terpinga-pinga dengan persoalan penuh di kepala.
Pintu bilik bedah tiba-tiba terbuka. Kelihatan seorang doktor lelaki keluar dari bilik tersebut. Thaqeef pantas melangkah ke arah doktor tersebut.
"Macam mana dengan kawan saya doktor?" Thaqeef bertanya, sedikit gementar.
"Alhamdulillah, dia selamat. Keadaannya stabil" balas doktor tersebut sambil tersenyum.
"Ya Allah syukur..." ucap Thaqeef sambil meraup kedua-dua tangan ke wajah.
"Pesakit bernasib baik sebab tikaman tersebut tidak mengenai mana-mana organ penting. Namun luka tikaman tu agak dalam, jadi mungkin ambil masa sikit untuk sembuh" terang doktor itu lagi. Thaqeef hanya terangguk-angguk mendengar penjelasan doktor tersebut.
"Maaf encik, tapi boleh saya tahu apa yang terjadi kepada pesakit? Saya kena maklumkan kepada pihak polis mengenai pesakit sebab...pesakit ditikam, ini dah dikira kerja pihak polis" jelas doktor itu lagi.
"Erm, pasal kes ni saya sendiri akan maklumkan pada pihak polis. Saya Inspektor Thaqeef dari Balai Polis Damansara" Thaqeef memperkenalkan diri sambil menunjukkan kad kuasanya.
"Oh! Kalau macam tu baiklah, saya serahkan kepada encik" balas doktor itu.
"Bila saya boleh tengok kawan saya ye?" Thaqeef menyoal.

ANDA SEDANG MEMBACA
PERTEMUAN ✅
RomansaAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...