BAB 5

10.1K 511 0
                                        

Mark dan Airis memutuskan untuk makan tengah hari di The Chicken Rice Shop. Pelanggan agak ramai pada ketika itu. Maklumlah dah masuk waktu lunch. Mereka memilih untuk duduk di meja yang terletak di sudut kiri restoran tersebut. Beberapa ketika kemudian pelayan datang untuk mengambil pesanan.

Sementara menunggu makanan sampai, mereka berbual-bual mengenai diri masing-masing. Rupanya-rupanya Mark merupakan seorang photographer. Dia juga memiliki galeri sendiri. Airis sedikit kagum mendengarnya. 

Aku ni kerja kedai buku je mampu, kata Airis dalam hati.

Sepanjang perbualan mereka, banyak juga soalan yang Airis utarakan kepada Mark. Dia seronok mendengar kisah hidup Mark yang baginya cukup sempurna. Ada keluarga yang besar, kerja yang bagus...jika hendak dibandingkan dengan hidupnya yang biasa-biasa sahaja, dia lebih suka menjadi pendengar daripada bercerita mengenai hidupnya.

"Asyik awak je yang tanya saya soalan, saya pulak nak tanya awak boleh?" tiba-tiba Mark menyoal. Dia juga ingin tahu serba-sedikit mengenai Airis.

"Hehe...sorry. Erm...awak tanya la apa yang awak nak tau, tapi saya ni biasa-biasa je, takde la gempak-gempak macam awak" Airis merendah diri.

Mark tersenyum.

"Okay...firstly, umur awak berapa ye? Sorry kalau awak tak selesa dengan soalan saya ni. I'm just...curious, because you look too young" ujar Mark serba-salah.

"Oh, don't worry. I don't mind" Airis mengukir senyum "Erm...saya dah nak masuk 23 tahun dah" balas Airis. Bangga pulak bila orang cakap dia nampak muda haha.

"Oh...tak jauh beza la umur kita, I'm 25 this year" Mark memberitahu.

Wah...muda-muda dah ada galeri sendiri, kagum Airis dengan lelaki di hadapannya ini.

Dalam mereka berbual-bual, makanan pun sampai. Mark dan Airis mula menjamu selera. Perut pun dah berkeroncong. Selesai makan tengah hari, Mark terus memandu ke alamat yang Airis berikan untuk menghantarnya pulang. Dalam 20 minit perjalanan, kereta Mark berhenti betul-betul di hadapan rumah sewa Airis.

"Terima kasih Mark sebab banyak tolong saya. Kalau awak tak tolong saya semalam, tak tau la apa yang akan jadi dekat saya. Terima kasih banyak-banyak" kata Airis sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Takde apelah...saya ikhlas. Selagi saya mampu saya tolong" balas Mark. Dari semalam dia dengar Airis mengucapkan terima kasih kepadanya. Tak penat agaknya asyik cakap benda yang sama. Dia pulak yang penat dengar perkataan tu keluar dari mulut Airis.

"Nah" Mark menghulurkan sehelai kertas kepada Airis. Dalam kebingungan, Airis mengambil juga kertas tersebut. Terdapat dua baris nombor yang tercatat pada kertas tersebut.

"Yang atas tu nombor saya, bawah tu pulak nombor Farah. Dia suruh saya bagi awak. If you need help, call je kitorang...okay?" Mark menerangkan. 

Airis terkelu. Terharu dia dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh mereka.

"Terima kasih..." katanya perlahan. Hanya itu yang mampu dia katakan saat ini.

Tengok, dia cakap lagi perkataan tu, kata Mark dalam hati. Dia rasa nak ketawa namun ditahan.

"Sama-sama" Mark membalas sambil tersenyum.

Airis sudah membuka pintu kereta dan bersedia untuk melangkah keluar apabila Mark tiba-tiba memanggilnya.

"Airis! Take care...jumpa lagi" ucap Mark. Sebuah senyuman terukir di bibirnya.

Airis menganggukkan kepalanya lantas membalas senyuman Mark. 

Setelah memastikan Airis selamat masuk ke dalam rumah, barulah Mark beredar dari situ.



Setelah mengunci gril dan pintu rumah, Airis melangkah ke arah sofa di ruang tamu. Dia melepaskan lelah di situ. Baru sekarang dia terasa badannya penat. Jam yang tergantung di dinding dikerling. Dah pukul 2.30 petang. Dia memutuskan untuk mandi dan menunaikan solat Zohor.

Sebelum melangkah ke bilik mandi, Airis memastikan pintu rumahnya telah dikunci. Selepas apa yang dilaluinya semalam, dia jadi sedikit paranoid. Macam-macam perkara negatif muncul di benaknya lebih-lebih lagi dia tinggal seorang diri.

Kira-kira jam 5.45 petang, Airis terjaga. Rupa-rupanya dia terlelap selepas solat Zohor tadi. Matanya terpisat-pisat cuba membuang rasa mengantuk yang masih tersisa. "Nasib baik tak terlajak sampai Maghrib" kata Airis pada diri sendiri setelah melihat waktu pada jam dinding. Dia pantas bangun untuk mencuci muka dan berwuduk.

Selesai solat Asar, Airis menuju ke dapur. Dia membancuh secawan nescafe buat dirinya. Kemudian dia membuka peti sejuk. Bahan-bahan masakan dikeluarkan. Bersedia untuk memasak makan malam.

Berkumandang sahaja azan maghrib, Airis telah selesai memasak. Sepinggan ayam goreng, sambal tumis dan sayur campur siap terhidang di atas meja makan. "Cukuplah untuk malam ni" kata Airis sendiri sambil tersenyum puas. Dia terus ke bilik untuk solat Maghrib.

Ketika dia bersedia untuk makan malam, terdengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Dia terus bergegas menuju ke pintu hadapan. Sempat dia meninjau di sebalik tingkap untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya malam-malam begini. Perasaannya sedikit cuak.

Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di luar pagar rumahnya. Aduh...siapa pulak ni, Airis sedikit cemas. Setelah menarik nafas dalam-dalam, dia memberanikan diri untuk membuka pintu. Dari muka pintu Airis menjerit.

"Cari siapa ya?" Tak berani dia hendak mendekati dua orang lelaki tersebut.

Salah seorang daripada mereka berkata "Kami dari Balai Polis Damansara, ni rumah cik Airis Rawdha ke?"

"Ya...saya Airis Rawdha" balas Airis masih curiga.

"Kami ditugaskan untuk mengawasi rumah cik Airis mulai malam ni" balas lelaki yang sama. Lencana polis dikeluarkan sebagai bukti.

"Ohh...maaf, saya terlupa. Memang saya ada dimaklumkan tadi" Airis berkata sambil menuju ke arah pintu pagar.

"Eh takpe cik, kami faham. Kami datang ni cuma nak beritahu kalau nampak apa-apa yang mencurigakan, cik boleh maklumkan kepada kami" kata pegawai tersebut.

"Baiklah, terima kasih encik" Airis ucapkan kepada mereka berdua.

"Sama-sama" balas mereka sebelum meminta diri untuk melaksanakan tugas.

Alhamdulillah...tenang sikit tidur aku malam ni, fikir Airis lega.

PERTEMUAN ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang