Sedang Thaqeef leka memeriksa pistol di tangan, kedengaran pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar.
"Masuk" katanya sambil meletakkan pistol yang dipegang di atas meja.
Beberapa saat kemudian, pintu pejabatnya terkuak dari luar. Terjengul kepala Farah di sebalik pintu bersama senyuman manis di bibir.
Serta-merta bibir Thaqeef mengorak senyum lebar. Isterinya itu melangkah masuk ke dalam ruang pejabat lalu mengambil tempat duduk di hadapannya.
"Nah, barang-barang yang awak minta tadi" kata Farah sambil meletakkan bulletproof vest dan kotak kecil yang berisi peluru di hadapan Thaqeef.
"Thanks sayang"
"No problem"
"So, you ready for today?" soal Thaqeef merujuk kepada operasi yang bakal Farah jalankan pada tengah hari nanti. Sementara dia dan pasukannya ditugaskan untuk menyelamatkan Airis, Farah dan Inspektor Kevin pula telah ditugaskan untuk menyerbu LQ Architecture setelah waran berjaya diperolehi.
Farah hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan. Dia pandang wajah suaminya yang sedang menyarung bulletproof vest pada tubuh. Wajahnya mula berubah riak. Sejujurnya, dia rasa risau. Setiap kali Thaqeef terlibat dengan operasi sebegini, hatinya pasti risau memikirkan keselamatan suaminya. Tambahan pula, dia tidak ikut serta dalam operasi kali ini, maka rasa risaunya makin tidak dapat dibendung.
Thaqeef yang perasan akan perubahan sikap isterinya sudah dapat mengagak apa yang sedang bermain di minda wanita itu. Dia tersenyum memandang wajah isterinya yang sudah bertukar mendung.
Perlahan-lahan dia berdiri. Langkah kakinya dihala menuju ke arah Farah. Dia berdiri di sebelah Farah sambil menyandarkan tubuhnya pada meja kerja. Dia memeluk tubuh.
"Hey...what's wrong? Risau?" soalnya lembut.
Farah hanya mendiamkan diri. Lambat-lambat, dia mengangguk, mengiakan. Wajah suaminya di sebelah dipandang. Thaqeef sedang tersenyum memandangnya.
"Come here" ujar Thaqeef sambil mendepangkan tangannya.
Tanpa membuang masa Farah terus bangun dari duduk lantas mendakap tubuh suaminya. Wajahnya disembamkan pada dada bidang lelaki itu. Thaqeef membalas pelukan Farah. Tubuh isterinya itu diusap lembut, cuba menyalurkan ketenangan melalui sentuhan.
"Everything gonna be alright. Janganlah risau sangat" pujuk Thaqeef.
Farah mengeratkan lagi pelukannya, seakan tidak mahu melepaskan suaminya pergi.
"I hope you're right..." bisiknya perlahan.
"Inspektor Farah!"
Lamunan Farah terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Dia pantas berpaling melihat gerangan orang yang memanggilnya.
"You okay?" soal Inspektor Kevin.
"Yeah...I'm fine" balasnya sambil mengorak senyum nipis.
Suasana sepi buat beberapa saat.
"I'm sure they will be alright, especially when they got Thaqeef as their leader. Jangan risaulah. Have faith on him"
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...