Pintu bilik mesyuarat di Balai Polis Damansara terbuka dari luar. Kelihatan Inspektor Kevin melangkah masuk diikuti oleh Thaqeef dan juga Farah. Mereka bertiga berdiri di kepala meja yang terdapat di dalam bilik tersebut. Anak-anak buah mereka yang sudah sedia menunggu mula menumpukan perhatian kepada ketua-ketua mereka.
"Assalamualaikum semua dan selamat pagi" ucap Thaqeef sambil matanya memandang satu-satu wajah anak-anak buahnya. Serentak salamnya dijawab oleh mereka.
"Baiklah. Seperti yang kamu semua sedia maklum, mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan tentang operasi serbuan kita pada malam esok. Untuk makluman, kita telah berjaya mendapatkan waran untuk menggeledah TheParadise dan juga waran untuk menangkap ketua kelab malam tersebut untuk disoal siasat" ujar Thaqeef sambil tersenyum. Dia menunjukkan waran tersebut kepada anak-anak buahnya.
"Inspektor Kevin akan menerangkan pelan operasi kita pada malam ini. Saya harap kamu semua tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang bakal Inspektor Kevin terangkan sebentar lagi. Tolong jangan main-main. Be serious. Ini operasi penting dan saya takkan teragak-agak menyingkirkan sesiapa yang saya lihat incompetent dalam melaksanakan misi ini. Faham?!" sambung Thaqeef dengan nada tegas.
"Faham Tuan!" serentak anggota-anggota polis itu menjawab.
Thaqeef memandang Inspektor Kevin di sebelah. Lelaki itu sedang melakar pelan operasi mereka pada papan putih yang terdapat di situ. Dia dan Farah melabuhkan duduk di kerusi masing-masing sambil menunggu Inspektor Kevin memulakan mesyuarat.
Setelah berpuas hati dengan lakarannya, Inspektor Kevin pun memulakan penerangan tentang operasi yang bakal dijalankan pada malam esok. "Baiklah. Untuk operasi pada malam esok, kita akan berpecah kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan ada lapan orang anggota dan seorang ketua. Setakat ni boleh faham?" dia menyoal.
Anak-anak buahnya hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan.
Dia berhenti sebentar mengambil nafas sebelum kembali menyambung kata.
"Kumpulan pertama, Team Alpha, akan diketuai oleh saya sendiri. Kumpulan kedua pula, Team Beta, akan diketuai oleh Inspektor Thaqeef manakala kumpulan ketiga, Team Gamma pula akan diketuai oleh Inspektor Farah. Pada papan putih ni saya dah tuliskan nama-nama anggota bagi setiap kumpulan. Sila take note".
Inspektor Kevin menghulurkan peta lakaran kelab malam tersebut kepada semua yang ada di dalam bilik mesyuarat itu. "Okay, sila teliti peta lakaran masing-masing. Seperti yang dapat dilihat, kelab malam itu merupakan bangunan dua tingkat dimana tingkat atas merupakan tempat yang dikhaskan untuk pelanggan VVIP. Menurut informant kita, bilik ketua mereka yang dikenali sebagai...Lady Heidi, terletak di tingkat dua. Ingin saya ingatkan, objektif utama kita malam esok adalah menangkap Lady Heidi untuk mendapatkan maklumat mengenai kumpulan FrygtlØs. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Sarjan Fahmi, TheParadise dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dan mereka menjalankan urus niaga dengan FrygtlØs"
Bicara Inspektor Kevin terhenti apabila salah seorang anak buahnya mengangkat tangan, ingin menanyakan soalan.
"Yes?"
"Urus niaga yang Tuan maksudkan...adakah urusan jual beli...err...perempuan?" teragak-agak anak buahnya itu hendak menutur kata. "Maaf kalau saya bertanya...sebenarnya saya baru ditukarkan ke sini tiga hari lepas, jadi saya belum berkesempatan nak membaca fail siasatan mengenai kumpulan FrygtlØs ni. Maaf Tuan"
Inspektor Kevin hanya tersenyum."It's okay, I understand. Berbalik kepada soalan awak tadi. Yup. Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan selama tiga tahun ini, FrygtlØs disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia. Dan baru-baru ini kita mendapat maklumat yang TheParadise dan FrygtlØs saling berurusan sesama mereka. Oleh sebab itu, kita kena dapatkan maklumat dari Lady Heidi sekiranya kita ingin menangkap kumpulan mafia ini" terangnya panjang lebar.
"Hish, perempuan pun sanggup jual perempuan. I mean, diri dia sendiri perempuan, takkan langsung takde rasa bersalah buat benda tu?" tiba-tiba Sarjan Nisa bersuara, sedikit tidak puas hati.
"Manusia kalau dah bertuhankan duit, takkan wujud rasa bersalah dalam diri mereka lagi. Asalkan matlamat mereka tercapai, segala benda tak masuk akal pun mereka boleh buat" ujar Farah. Yang lain-lain hanya menganggukkan kepala, bersetuju.
"Baiklah, ada apa-apa soalan lagi?" soal Thaqeef pula. Hanya gelengan yang diterima sebagai jawapan.
"Kalau macam tu saya teruskan dengan pembahagian tugas untuk setiap team. First, Team Alpha. Team Alpha akan ditempatkan di pintu hadapan kelab. Kita akan masuk ke dalam kelab melalui pintu utama dan mengepung tingkat pertama. Pastikan jangan ada seorang pun yang keluar dari situ. Got it Team Alpha?"
"Yes sir" sahut anggota-anggota polis yang ditugaskan dalam Team Alpha.
"Good. Next is Team Beta yang diketuai oleh Inspektor Thaqeef. Team Beta akan masuk selepas Team Alpha dan terus menuju ke tingkat dua untuk mengepung Lady Heidi dan konco-konconya. Pastikan semua laluan untuk keluar dari kelab tersebut disekat. VVIP ke sesiapa pun la, jangan bagi muka"
"Okay Team Beta?" soal Thaqeef pula kepada anak-anak buahnya.
"Okay Tuan"
"Alright. Last sekali ialah Team Gamma. Inspektor Farah akan lead Team Gamma ke bahagian belakang kelab malam. Team Gamma akan mengepung laluan belakang kelab tersebut bagi mengelakkan target kita daripada terlepas. Kita kena pastikan tiada langsung jalan keluar yang terbuka untuk target kita melarikan diri" tegas Inspektor Kevin.
"No matter what, malam esok kita kena pastikan Lady Heidi berjaya diberkas untuk disoal-siasat. Tolong jangan lalai dalam menjalankan tugas masing-masing. Ikut arahan ketua-ketua kamu. Jangan sesekali lepaskan tembakan tanpa kebenaran dari ketua-ketua team masing-masing. Dan yang paling penting, fikirkan tentang keselamatan kamu sebelum ambil apa-apa tindakan. Macam mana keadaan kamu semasa pergi memulakan operasi, macam tu jugaklah saya nak kamu semua balik ke sini. Selagi kita boleh avoid the worst-case scenario, kita avoid, faham semua?" soal Thaqeef serius.
"Faham Tuan!" jawab anggota-anggota polis tersebut dengan semangat yang membara.
"Bagus. Sampai sini sahaja mesyuarat kita pada hari ini. Kalau ada apa-apa soalan, boleh terus bertanya saya, Inspektor Thaqeef atau Inspektor Farah. Pastikan kamu semua rehat secukupnya dan persiapkan diri untuk operasi malam esok. Baiklah, mesyuarat bersurai" ujar Inspektor Kevin.
Semua anggota polis yang berada di dalam bilik tersebut mula beredar ke tempat masing-masing untuk menyambung kembali tugas mereka yang belum selesai dan membuat persiapan untuk operasi malam esok.
***************************
Just a filler chapter~
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...