BAB 54

5.1K 297 19
                                    

Keadaan di ruang tamu itu tidak seperti yang Airis bayangkan. Tiada mayat bergelimpangan di hadapannya, hanya ruang tamu yang berselerak kesan dari aksi tembak-menembak tadi. Dan yang paling penting, tiada jasad Thaqeef yang terbaring kaku di situ.

Dia menoleh ke kiri. Tanpa dia duga, kelihatan Thaqeef dan beberapa orang anggota polis sedang berlindung di sebalik sofa kulit tebal yang sudah rosak ditembusi butir-butir peluru. Lelaki itu sedang mengacu muncung senjatanya ke arah rak buku tempat dimana Luqman bersembunyi.

Thaqeef membalas renungannya. Lelaki itu menutur kata secara perlahan kepadanya.

Hang on.

Tanpa sedar, Airis menghembus nafas lega yang tanpa disedari ditahannya. Dia lega melihat Thaqeef selamat.

Airis berpaling pula ke arah rak buku tersebut. Kelihatan buku-buku dan kertas-kertas berselerakan akibat terkena tujahan peluru-peluru. Dia tidak nampak kelibat Luqman di situ.

Apakah lelaki itu telah tumbang?

Jantung Airis kembali berdetak kencang. Suasana yang tiba-tiba sunyi sepi itu menyeramkannya. Matanya tidak lepas dari merenung rak buku tersebut. Air liur ditelan. Terasa perit tekaknya.

"Luqman!!"

Kedengaran suara garau Thaqeef menyeru garang.

Tanpa diduga, Luqman muncul disebalik celahan rak buku sambil tersenyum menyeringai disebalik toping muka yang entah bila disarungnya.

"Surprise~"

Serentak dengan kata-katanya, Luqman membaling sesuatu ke arah Thaqeef dan pasukannya.

Mata Thaqeef membuntang.

"Damn it! Get out!" jerit Thaqeef lantang apabila dia menyedari objek sebenar yang dibaling oleh Luqman itu.

Belum sempat Thaqeef dan pasukannya bertindak, gas pemedih mata yang dibaling Luqman mula tersebar ke segenap kawasan ruang tamu banglo itu.

Airis terkaku. Tiba-tiba matanya terasa pedih dan berair. Dia pantas memejam mata, cuba mengurangkan kepedihan yang dirasai. Anak tekaknya pula mula terasa perit dan hidungnya juga mula mengeluarkan cecair. Dia mula terbatuk-batuk.

Apa yang dah berlaku ni?

Tak semena-mena, lengan Airis terasa dicengkam kuat oleh seseorang.

"Bangun!"

Suara dingin Luqman menampar gegendang telinga Airis. Tubuhnya ditarik kasar oleh lelaki itu. Terasa ikatan di kakinya terlerai sebelum dia ditarik agar mengikut langkah kaki Luqman. Airis cuba membuka matanya namun kepedihan yang dirasai menyukarkannya untuk melihat. Pandangannya juga kabur. Dia tidak tahu kemana Luqman ingin membawanya pergi.

Airis cuba melawan. Kakinya sedaya-upaya cuba dipasak kuat ke lantai untuk menyukarkan Luqman bergerak.

Luqman berdecit marah.

"Kalau you tak nak I bunuh polis-polis tu, baik you ikut I sekarang!" Luqman mengugut. Suaranya yang keras menggetarkan Airis.

Tiada pilihan, Airis terpaksa merelakan dirinya ditarik Luqman keluar dari banglo tersebut. Hampir-hampir dia tersungkur dek kerana ingin mengikut jejak langkah kaki Luqman yang terlalu laju. Dengan matanya yang masih pedih, dia tidak dapat melihat dengan jelas keadaan Thaqeef dan pasukannya, lebih-lebih lagi kawasan ruang tamu itu telah dilitupi dengan asap tebal.

Saat itu, dia hanya mampu berdoa agar mereka semua selamat.





"Tuan! Apa yang dah berlaku?" kedengaran suara cemas Sub Inspektor Zafran menyoal melalui earpiece yang dipakai.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now