Enjoy guys~
"Buat apa tu?" soal Khai sambil meletakkan dua biji mug berisi air kopi di atas meja. Dia lantas melabuhkan duduk di kerusi yang terletak berhadapan dengan tempat duduk Mark.
"Ni ha...tengah tunggu mama aku on skype. Rindu nak tengok muka aku katanya" balas Mark sambil matanya menatap skrin laptop di atas meja di hadapannya.
"Mana tak rindu...kau kan dah lama tak balik sana. Dah la kau tu anak tunggal, tinggal pulak jauh dari diorang. Eh, kau tak rasa nak balik sana ke?" soal Khai tiba-tiba.
Mark terdiam buat beberapa ketika. "Bukan aku tak nak balik, tapi aku kena selesaikan dulu hal-hal dekat sini..." perlahan Mark menjawab.
"Hal apa pulak? Kalau pasal kerja kau serah je dekat aku, pandai la aku uruskan. Ke kau tak percaya dekat aku?" Khai menyoal lagi.
"Bukan hal kerja la...hal lain" jawab Mark bersahaja.
"Hal lain? Hal apa?"
Mark tidak membalas. Takkan dia nak bagitau hal yang dia perlu selesaikan itu adalah hal yang melibatkan mafia. Terkejut beruk pulak mamat ni nanti. Tak semena-mena, notifikasi pada aplikasi skype di laptopnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Hah, mama aku dah call ni" sengaja Mark menukar topik. Tidak mahu Khai terus-terusan menyoal. Invitation video call dari mamanya diterima. Beberapa saat kemudian muncul wajah mama pada skrin laptop. Terus melebar senyuman Mark.
"Assalamualaikum Mama" Mark memulakan perbualan.
"Waalaikumussalam...Aidan. Ya Allah, I miss you so much dear..." Suara mamanya kedengaran sebak.
Mark tersenyum manis memandang wajah mamanya. "I miss you too Ma...mama sihat? Papa mana?"
"Mama sihat alhamdulillah. Papa dekat toilet. Sekejap lagi dia keluar la tu. How are you doing there?"
"I'm good. Sihat walafiat" balas Mark.
"Aidan dekat mana tu? Rumah?"
"Aidan dekat galeri Ma, ada tempahan nak kena siapkan harini"
"Galeri? Malaysia sekarang dah malam kan? Aidan duduk galeri sorang-sorang? Aidan ni tak serik ke kena haritu?" mamanya sudah mula membebel.
Mark tersenyum. "Chill Ma...Aidan dengan Khai ni. Tengok" ujar Mark sambil menghalakan skrin laptop ke arah Khai yang sedang duduk di hadapannya. Khai pantas melambai ke arah mamanya. "See?" skrin laptop kembali ditatap.
"I thought you were alone, tu sebab mama risau. Aidan tu duduk jauh dari mama, kalau jadi apa-apa lagi, mama susah hati tahu"
"Jangan la risau...pandai-pandailah Aidan jaga diri, okay? I'm 25 Ma...bukan lima tahun..." Mark cuba memujuk hati mamanya.
"Entah awak ni...budak tu dah besar panjang, taulah dia jaga diri" tiba-tiba kedengaran suara papanya menyampuk. Beberapa saat kemudian muncul wajah papanya pada skrin laptop.
"Macam mana saya tak risau? He's our one and only son. Dekat dia je la saya nak curahkan kasih sayang" balas mama tidak puas hati.
"Ala...dekat saya pun awak boleh curahkan kasih sayang. Bukan setakat curah, awak nak simbah saya dengan kasih sayang pun boleh" seloroh papa.
Mark dan Khai yang mendengar sudah ketawa terbahak-bahak. Mama pula sudah masam mencuka wajahnya.
Mark tersenyum memandang wajah papa yang dirinduinya. "Assalamualaikum papa...sihat?"
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
Любовные романыAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...