BAB 44

5.4K 323 23
                                    

TERIMA KASIH SEMUA!!

ENJOY~

*******************

Mark menyarung kasut kanvas miliknya ke kaki. Dia kemudian berdiri lantas beg sandang yang terisi dengan pakaiannya disangkut ke bahu. Airis pula membawa beg kamera miliknya lalu mereka berjalan beriringan menuju ke luar rumah. Pintu kereta dibuka lantas beg sandangnya diletakkan pada tempat duduk belakang. Airis menghulurkan pula beg kameranya. Beg tersebut diletakkan sekali di situ. Pintu kereta kembali ditutup.

Mark memusing tubuh menghadap Airis. Isterinya itu kelihatan sedikit muram. Dia sembunyi senyum.

"Hey, what's wrong? Haritu macam tak kesah je saya nak pergi, siap galakkan lagi. Harini muram pulak" sengaja Mark menyoal.

Makin memuncung wajah Airis dibuatnya. Melihatkan itu, Mark tidak dapat lagi mengawal tawanya dari meletus.

"Orang sedih ni...dia boleh gelak-gelak pulak" rungut Airis sedikit tidak puas hati.

Entah kenapa, dia rasa berat hati pula nak benarkan Mark pergi ke Terengganu. Haritu dia okay je...sekarang lain pula yang dia rasa.

"Okay...sorry, sorry" balas Mark bersama tawa yang masih tersisa. Dia terus menarik tubuh Airis agar rapat dengannya. Tangan isterinya itu digenggam lembut. "Kalau awak tak nak saya pergi, saya boleh je batalkan job ni" selamba dia menutur kata. Wajah Airis dipandang lunak.

Airis menggeleng. "Saya okay la...sedih sikit je. Saja nak mengada-ngada dengan awak" balas Airis bersahaja. Wajahnya sudah kembali ceria. Dia menayang sengih nakal.

Mark ketawa kecil. Dia kemudian memeluk tubuh Airis erat. Airis membalas dengan melingkarkan tangannya pada pinggang Mark. Pantas Mark mengucup lembut kepala Airis yang berlapik tudung itu. Selepas beberapa saat, pelukan mereka terlerai.

"Aww...so sweet" kedengaran suara seseorang menegur. Pantas Airis dan Mark menoleh ke arah yang sama.

Kelihatan Yvonne sedang tersengih-sengih nakal memandang mereka berdua. Terus memerah wajah Airis. Mark pula hanya beriak selamba, siap senyum manis lagi memandang Yvonne.

"Bila kau sampai? Tak dengar pun bunyi kereta kau" Airis menegur sahabatnya itu.

"Mana nak dengar...orang tengah dilamun cinta, mana nak perasan benda yang ada dekat sekeliling" balas Yvonne sambil ketawa mengusik. Airis pantas memukul lengan sahabatnya itu. Wajahnya masih berbahang menahan malu. Yvonne langsung tidak terkesan, malah makin kuat gadis itu ketawa. Airis bertambah geram apabila dia lihat Mark turut sama menghambur tawa. Sabar je lah...

Setelah tawanya reda, Mark mula bersuara. "Okaylah, Yvonne pun dah sampai ni. Saya gerak dulu...nanti tertinggal flight pulak"

"Yelah...awak bawak kereta hati-hati. Nanti dah sampai Terengganu call saya" pesan Airis.

"Alright...awak jaga diri. Kalau ada apa-apa call saya, okay?" pesan Mark pula.

Airis hanya menggangguk. Pantas tangan Mark diraih lalu dicium penuh kasih.

Mark beralih pula memandang Yvonne. "Thanks Yvonne, sudi teman Airis. Please look after her for me" pinta Mark.

"Nah...no problem. I will" balas Yvonne sambil tersenyum. Sempat dia mengerling nakal ke arah Airis. Airis hanya menjulingkan matanya ke atas. Confirm lepas ni dia kena sakat habis-habisan dengan minah ni.

Beberapa minit kemudian, kereta Mark mula bergerak keluar dari halaman rumah sebelum kereta tersebut meluncur di atas jalan raya, dan hilang dari pandangan, menuju ke destinasinya.

**********

"Airis, kau tunggu aku dekat kereta. Aku nak pergi toilet sekejap" pesan Yvonne ketika mereka sama-sama melangkah keluar dari kedai buku tempat mereka bekerja. Kebetulan hari ini mereka sama-sama bekerja shift pagi, jadi Airis hanya menumpang kereta Yvonne untuk datang ke tempat kerja.

"Okay" balas Airis tanpa bantahan. Kunci kereta yang dihulur oleh Yvonne diambil.

Mereka berpecah haluan. Yvonne ke tandas di tingkat tiga manakala Airis menuju ke parking lot di ground floor.

Sambil berjalan, fikiran Airis terkenangkan Mark yang sudah dua hari berada di Terengganu. Setiap malam, mereka akan bersembang di telefon, saling bertanya khabar dan melepas rindu. Mengenangkan suaminya itu, serta-merta bibirnya menguntum dengan senyuman. Tak sabar nak tunggu Mark balik esok, desis hati kecilnya riang.

Sampai sahaja di tingkat bawah, Airis lihat kawasan parking lot tersebut lengang. Biasalah, nama pun parking lot, siapa je yang nak lepak dekat sini. Baik lepak dekat dalam shopping mall.

Airis mula tercari-cari dimana Yvonne meletak kenderaannya pagi tadi. Dia ingat-ingat lupa je ni. Sedang dia leka mencari, tanpa Airis sedari ada seseorang sedang sabar menanti kehadirannya di situ.

Luqman tersengih melihat susuk tubuh Airis di hadapan matanya. Gotcha, desis hatinya riang. Perlahan-lahan, dia menghampiri gadis tersebut sambil matanya melilau memerhati keadaan di sekeliling.

Kosong dan sunyi. Perfect.

Setelah beberapa saat mencari, Airis perasan kereta Yvonne yang diparkir berhampiran sudut kanan bangunan tersebut. Jumpa pun, bisik hatinya lega.

Namun, belum sempat dia melangkah, mulutnya tiba-tiba ditekup kuat dengan kain dari belakang. Terus terjatuh kunci kereta yang dipegang. Airis cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Kudratnya tidak dapat menandingi kudrat penyerangnya itu. Tiba-tiba, Airis merasakan bahawa lengannya ditusuk dengan sesuatu yang tajam. Perlahan-lahan, kepalanya mula rasa pening. Bau chloroform yang menyengat hidungnya menambah lagi rasa pening yang dirasai. Penglihatannya mulai kabur. Lama-kelamaan rontaannya menjadi lemah sebelum perlahan-lahan, pandangannya menjadi gelap.

Luqman tersenyum puas melihat jasad Airis yang sudah terkulai layu ditangannya. Kain yang dicelup dengan chloroform itu disimpan kembali ke dalam poket seluar jeansnya. Syringe yang digunakan untuk menyuntik cecair anesthetic ke dalam tubuh Airis pula disimpan ke dalam poket jaket yang dipakai. Dia tidak mahu meninggalkan sebarang bukti di tempat kejadian. Dia kemudian mencempung tubuh Airis.

Ketika dia hendak menuju ke keretanya, tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang.

"Encik? Kenapa tu encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal seorang pengawal keselamatan yang kebetulan meronda di situ.

"Oh, thank God. Actually wife saya pengsan, dari tadi lagi dia mengadu sakit kepala. Encik boleh tolong saya bukakan pintu kereta? Saya nak bawa dia pergi hospital" ujar Luqman buat-buat cemas.

Mendengar cerita rekaan Luqman itu, dengan senang hati pengawal tersebut menghulurkan bantuan. Pengawal itu membukakan pintu kereta Luqman setelah lelaki itu menunjukkan dimana dia meletakkan kenderaannya. Dalam diam, Luqman mengukir senyum sinis.

Selesai meletakkan Airis di tempat duduk penumpang hadapan, Luqman terus mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan itu. Dia turut menghulurkan beberapa keping duit 50 ringgit sebagai ucapan terima kasih. Walaupun berkali-kali pengawal itu menolak, Luqman tetap memaksa menyebabkan pangawal tersebut terpaksa menerimanya.

"Saya harap isteri encik tak apa-apa" ucap pengawal tersebut ramah.

"Terima kasih sekali lagi encik. Saya pergi dulu ya" Luqman meminta diri sopan, masih dalam mood lakonannya sebagai suami mithali.

Dengan tangkas, dia memandu keretanya keluar dari parking lot tersebut. Perlahan-lahan, tawa kecil meletus dari bibirnya. Well, that was unexpected, but it's not a big deal. Setakat perlu mengorbankan beberapa keping duit 50 ringgit bukanlah hal yang besar baginya asalkan segala rancangan yang telah diatur terlaksana dengan jayanya.

Luqman mengerling sekilas Airis yang tidak sedarkan diri di sebelahnya. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum puas.

First step, completed.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now