BAB 28

6.1K 344 20
                                    

Kepada readers yang beragama Islam

Selamat Hari Raya!! :D

******************


Airis sedang bersarapan apabila pintu bilik wadnya diketuk dari luar sebelum dibuka. Kelihatan Farah melangkah masuk ke dalam wad diikuti oleh seorang wanita dan seorang lelaki yang berpakaian seragam polis.

Farah tersenyum memandangnya. "Assalamualaikum Airis"

"Waalaikumussalam Farah!" balas Airis teruja.

Farah lantas mengambil tempat duduk di sisi katil Airis manakala dua orang pegawai polis itu berdiri di belakang Farah.

"Macam mana keadaan awak sekarang? Dah okay?" soal Farah prihatin.

"Alhamdulillah...dah okay sikit. Cuma kadang-kadang kepala ni rasa berdenyut-denyut"

"InshaAllah lama-lama okay la tu. Yang penting awak jaga makan minum semua. Jangan skip makan ubat" pesan Farah. "Ni saya ada bawak buah epal" ujarnya sambil meletakkan bekas berisi buah epal hijau yang sudah siap dipotong di atas meja di hadapan Airis.

"Buat susah-susah je, dah siap potong pulak tu. Anyway, thanks" ucap Airis sambil tersenyum.

"Tak susah pun" ujar Farah turut tersenyum. "Sebenarnya saya datang ni sebab nak ambil keterangan awak. Awak betul ni dah okay?" soal Farah inginkan kepastian. Dia tidak mahu Airis rasa tertekan. Gadis ini pun masih dalam proses untuk sembuh.

"Saya okay. Setakat nak bagi keterangan tu saya masih mampu" balas Airis cuba menyakinkan Farah.

"Okaylah. Ni saya kenalkan, Sarjan Nisa dan Sarjan Fahmi. Mereka berdua yang akan ambil keterangan awak sekejap lagi" Farah memperkenalkan dua orang pegawai polis itu kepada Airis.

Airis bersalaman dengan Sarjan Nisa dan dia berbalas senyuman dengan Sarjan Fahmi tanda perkenalan.

"Baiklah. Awak berdua boleh mulakan tugas. Saya nak pergi jumpa dengan doktor yang merawat Airis sekejap untuk ambil keterangan" ujar Farah kepada anak-anak buahnya.

"Baik puan"

"Airis, awak jawab je soalan diorang dengan tenang. Jangan stress kan diri tu, okay?" sempat Farah menitip pesan.

"Okay. Awak jangan risau la" ujar Airis tenang. Beberapa saat kemudian, kelibat Farah hilang disebalik pintu masuk wad tersebut.





"Macam mana tadi? Dapat apa-apa maklumat penting?" soal Farah kepada Sarjan Nisa. Farah dan anak-anak buahnya sedang dalam perjalanan pulang ke balai selepas mengambil keterangan dari Airis dan Doktor Khadijah.

"Okay. Menurut cik Airis, suspek yang menyerang dia tu lelaki, dan merupakan orang yang sama yang pernah telefon dia berhubung dengan kes pecah masuk galeri di Damansara Jaya dulu" balas Sarjan Nisa.

"Hurm...okay. Lagi?

"Cik Airis juga kata dia tak dapat cam muka suspek sebab lelaki tu pakai mask tapi dia cakap lelaki tu tinggi, mungkin dalam lingkungan 180 cm. Hah, cik Airis juga cakap yang lelaki tu ada kecederaan di bahu kirinya sebab terkena pasu yang dia baling"

"Tu je?" soal Farah lagi.

"Yup, that's all"

Farah terdiam. Tak banyak maklumat yang berjaya mereka perolehi setakat ini. Hasil siasatan di tempat kejadian juga kurang memuaskan. Lelaki yang menyerang Airis ini bukan calang-calang orang. Berdasarkan siasatan, dia dapat rumuskan bahawa lelaki ini seorang yang licik dan berwaspada. Buktinya, langsung tiada kesan cap jari asing di tempat kejadian kecuali cap jari Airis. Menurut Airis, lelaki itu tercedera namun langsung tiada kesan darahnya yang tertinggal di tempat kejadian.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now