BAB 50

6.2K 360 40
                                    

Telur mata yang sudah siap digoreng di dalam kuali leper diangkat lalu diletakkan di atas sekeping roti bakar. Piring roti bakar tersebut kemudian diletakkan di atas dulang bersama dengan sepiring sosej dan secawan kopi panas. Luqman tersenyum puas melihat sarapan yang dia sediakan untuk Airis itu.

Dulang tersebut kemudian diangkat dan dia terus berjalan menuju ke bilik dimana Airis dikurung. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik tersebut, Luqman segera menyeluk poket seluar slack yang dipakai. Kunci bilik dikeluarkan. Sambil sebelah tangan menatang dulang hidangan, sebelah lagi tangannya memulas tombol pintu bilik.

Pintu terbuka.

Luqman melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia terpaku. Senyuman di bibir mati serta-merta.

Airis tiada di dalam bilik!

Belum sempat Luqman berbuat apa-apa, tiba-tiba kepalanya dipukul dengan suatu objek yang keras menyebabkan dulang yang dipegang jatuh ke lantai. Kepalanya terasa berpinar.

Tanpa menunggu lama, Airis pantas berlari keluar dari bilik tersebut, meninggalkan Luqman yang sedang menahan sakit. Batang besi ampaian yang diambil dari dalam bilik mandi dilemparkan sahaja ke tepi.

Luqman sudah jatuh melutut di atas lantai. Pandangan matanya samar-samar melihat kelibat Airis yang berlari keluar dari bilik tersebut. Dia menyentuh belakang kepalanya yang terasa berdenyut. Telapak tangannya terasa basah. Dia lihat ada cecair merah mewarnai tangannya. Sah lah yang kepalanya berdarah.

Luqman mengetap gigi menahan marah. Siap kau Airis!


**************


"Aduh, apasal mamat tu tak pengsan ha? Keras betul kepala dia" dalam dia berlari, sempat Airis merungut sendiri. Langkah kakinya dibawa menjauh dari bilik yang menjadi tempat kurungannya sejak semalam. Sempat matanya melilau memerhati keadaan sekeliling. Nasibnya baik kerana dia langsung tidak nampak kelibat orang-orang suruhan Luqman dimana-mana.

Bagus! Harapan dia untuk melarikan diri nampaknya agak cerah.

Sampai di hujung koridor, Airis terus menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Namun, baru beberapa anak tangga dituruninya, Airis melihat kelibat dua orang anak buah Luqman sedang berdiri di hujung tangga. Dia terpaksa berhenti mengejut. Kedua-dua lelaki itu masih tidak menyedari kehadiran Airis di situ. Dengan langkah berhati-hati, Airis mengundur ke belakang.

Tanpa berfikir panjang, Airis teruskan langkah ke sebuah bilik yang terletak bertentangan dengan tangga. Dia tidak punya pilihan lain. Kalau dia berpatah balik, pasti dia akan bertembung dengan Luqman, jadi satu-satunya jalan yang ada hanyalah dengan memasuki bilik tersebut. Untung-untung, dia boleh keluar melalui tingkap bilik itu.

Tombol pintu dipulas dan Airis pantas melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Matanya meliar memandang sekeliling bilik itu. Dia menarik nafas lega kerana bilik itu kosong. Takut juga dia tadi sekiranya ada orang suruhan Luqman di dalam bilik ini.

"Yes! Ada tingkap" bisik Airis pada diri sendiri. Senyuman kecil terukir di bibir. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah tingkap tersebut lalu dibuka. Dia menelan air liur apabila matanya menangkap pemandangan di luar tingkap.

"Aduh, macam mana aku boleh lupa yang sekarang ni aku ada dekat tingkat 2, lembapnya aku ni" marah Airis pada diri sendiri.

Macam mana ni? Takkan aku nak lompat kot, tinggi ni...mau patah kaki aku nanti, monolog Airis dalam hati.

Dia mula mundar-mandir di hadapan tingkap itu. Wajahnya sudah basah dipenuhi peluh-peluh dingin. Berkali-kali matanya meliar ke arah pintu bilik, takut-takut Luqman berjaya mengesan dia di situ. Walaupun dia sudah mengunci pintu tersebut, tidak mustahil Luqman mampu membukanya. Inikan rumah lelaki itu. Mesti lelaki itu ada kunci pendua.

Tiba-tiba, terdengar derap tapak kaki melangkah menghampiri bilik tempat Airis bersembunyi. Airis sudah mula tidak keruan. Dia terus meluru ke arah almari pakaian dua pintu yang terdapat di dalam bilik tersebut. Pintu almari itu dibuka. Ruang di dalam almari itu hanya diisi dengan cadar katil dan juga toto. Tanpa membuang masa, Airis terus berbaring di bawah timbunan cadar dan toto tersebut. Pintu almari itu sempat ditutup untuk mengelakkan dirinya dari dikesan.

Saat itu juga, Airis mendengar bunyi tombol pintu dipulas dan pintu terbuka. Derap tapak kaki semakin jelas pada pendengarannya. Airis menekup mulutnya dengan tangan bagi mengelakkan terhasilnya sebarang bunyi yang tidak diingini.

"Airis~" terdengar suara dingin dan garau Luqman menyeru namanya. Badan Airis mula menggigil ketakutan.

"You want to play hide and seek with me, huh" Luqman berkata sinis. Terdengar tawa halus meletus dari bibir Luqman membuatkan bulu roma Airis meremang.

"Okay...I will play with you. But, don't let me catch you sweetheart, because you can't never imagine what I will do to you once I get you" tenang Luqman melontar amaran.

Airis semakin menggigil mendengar kata-kata Luqman itu. Air matanya mula merembes keluar. Ya Allah, tolong aku...rintihnya dalam hati.

Mark...saya takut...hati Airis merintih sayu. Air matanya semakin lebat menuruni pipi.

Matanya dipejam rapat. Cuba mengumpul kekuatan. Selepas beberapa minit, Airis kembali membuka matanya.

"Found you~"

Terpacul wajah Luqman yang sedang tersenyum menyeringai memandangnya.

Airis menjerit lantang.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now