BAB 42

6.1K 340 26
                                        

Pagi itu, buat pertama kalinya, solat Subuh Airis diimamkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Tiada kata yang mampu dia ungkapkan bagi menggambarkan perasaannya ketika itu. Sewaktu Mark menitipkan doa buat kedua-dua arwah orang tuanya, air mata Airis menitis. Dia terharu.

Selesai berdoa, Mark memusing tubuh menghadap Airis. Dia menghadiahkan sebuah senyuman manis buat isterinya itu. Senyumannya berbalas. Apabila dia merenung mata Airis, dia perasan mata isterinya itu berair.

"Laa...kenapa nangis ni?" soal Mark lembut.

"Takde apa-apa la...saya cuma terharu dengar awak baca doa tadi..." balas Airis sambil tersengih malu. Dia rasa dia dah kesat habis tadi air mata dia tu, tapi Mark boleh perasan pulak. Observant betul suami dia ni.

Tawa kecil meletus dari bibir Mark. Airis, Airis....comel je dia tengok perangai isterinya itu. Kedua-dua tangannya terus mencubit kedua-dua belah pipi Airis. Mengaduh isterinya itu dibuatnya.

"Sakit la awak. Ish, suka tarik pipi orang, nanti gelebeh la pipi saya ni..." rungut Airis tak puas hati. Kedua-dua belah pipinya digosok. Confirm merah ni.

Mark hanya ketawa. "Takpe, walau pipi awak menggelebeh sekalipun, saya tetap sayang awak" ucap Mark selamba. Terus memerah wajah Airis.

"Aik? Saya baru cakap macam tu dah merah macam tomato muka awak. Ni belum saya bagi pickup line lagi, confirm awak jatuh tergolek nanti" sambung Mark bersama sengihan nakal. Tak habis-habis lagi mengusik.

"Mark Aidan!" Airis bersuara geram. Dia mencekak pinggang.

Mark ketawa melihat reaksi Airis. Sampai senak perut dia kerana asyik ketawa. Hai...bahagia betul dia rasa sekarang.

"Dah la, malas nak layan awak. Baik saya pergi buat sarapan lagi bagus" ujar Airis lantas berdiri. Telekung yang dipakai ditanggal dan disangkut pada penyangkut. Tudung sarung dicapai.

Mark pula sudah berhenti ketawa. Dia hanya tersenyum memandang isterinya yang sedang memakai tudung. Mark bangun dari duduknya. Sejadah yang terhampar diambil dan disangkut pada penyangkut. Songkok yang dipakai ditanggal dan diletakkan di atas meja di tepi katil. Mark sedar yang Airis sedang memerhatikan tingkah lakunya dari sebalik cermin. Dia sembunyi senyum. Timbul idea untuk menyakat Airis. Dengan sengaja, dia membuka butang baju melayu yang dipakai lantas baju tersebut ditanggal.

Mark hampir-hampir ketawa melihat mata Airis yang membuntang. Perlahan-lahan, dia melangkah menghampiri Airis.

"A...awak buat apa ni?" soal Airis sedikit gugup. Dia memusing badan menghadap Mark yang sedang menghampirinya. Matanya sedaya-upaya cuba difokuskan kepada wajah Mark. Badan tegap Mark yang tidak berbaju itu menggugat imannya. Someone help me!!

"What? Saya buat apa?" sengaja Mark buat-buat blur. Dia masih lagi melangkah menghampiri Airis. Selangkah dia ke hadapan, dua langkah isterinya itu berundur ke belakang. Dalam hati, Mark sudah ketawa berdekah-dekah.

Airis terus mengundur, cuba mencipta jarak antara dia dengan Mark.

Tiba-tiba, dia terasa badannya terlanggar almari baju. Airis menelan air liur. Haih, cliche betul la...asal ada situasi macam ni je, mesti terlanggar dinding la, almari la, pintu la...Airis membebel-bebel di dalam hati. Marah pada siapa pun dia tak tahu. Dia lihat Mark sudah tersenyum kemenangan.

Kini, tubuh Mark hanya berjarak lebih kurang seinci sahaja dari Airis. Dapat dirasa hembusan nafas Airis menampar tubuhnya yang terdedah.

Airis pula sudah memejamkan matanya rapat. Tidak sanggup rasanya ingin melihat badan Mark yang tidak berbaju. Rugi la kau Airis...benda halal tu, bisik satu suara halus dalam fikirannya. Ish, diamlah! marah Airis kepada suara tersebut.

PERTEMUAN ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang