"Seronok tak?" tanya Farah ketika mereka sedang enak menjamu selera di salah sebuah restoran yang terdapat di Genting Highland Theme Park.
"Seronok! Memang betul la boleh released stress. Puas tadi dapat jerit kuat-kuat masa naik roller-coaster" balas Airis sambil tersenyum ceria.
Farah turut tersenyum. Memang sengaja dia bawa Airis ke sini. Dia mahu Airis lupakan seketika segala masalah yang sedang membelenggu hidupnya. Lega hatinya melihat wajah ceria Airis.
"Lepas solat Maghrib kita gerak eh...nanti lambat pulak sampai rumah" cadang Farah. Dia lihat jam di tangan. Sekarang dah pukul 6.30 petang. Sempat la sampai sebelum tengah malam, monolognya dalam hati.
"Okay" balas Airis. Dia menyedut sedikit air lemon tea. "Terima kasih Farah, bawak Airis datang sini" ucapnya ikhlas.
"Takde hal la. Nanti kita pergi jalan-jalan tempat lain pulak" cadang Farah.
"Airis on je" balasnya sambil tersengih. Mereka kembali menjamu selera, menghabiskan makanan yang masih berbaki separuh.
Lebih kurang jam 8.15 malam, Farah dan Airis bergerak keluar dari Genting Highland. Sepanjang perjalanan, mereka hanya berbual-bual kosong. Sepanjang perbualan mereka, Airis perasan yang mata Farah asyik menjeling cermin pandang belakang. Dia mula rasa pelik.
"Farah, everything okay? Dari tadi saya tengok awak asyik pandang belakang, kenapa?" soalnya sedikit risau.
Farah mengerling Airis sekilas. Dia tak sangka pula Airis perasan apa yang dia lakukan. Nafas dihembus perlahan. Nak bagitau ke tak nak?, fikirannya berbelah bahagi. Setelah beberapa saat berfikir, dia memutuskan untuk berterus terang.
"Actually, it's not okay. Saya rasa kereta dekat belakang ni follow kita" balas Farah. Wajahnya serius.
"Kenapa awak rasa macam tu? Mungkin dia memang satu jalan dengan kita?" soal Airis ragu-ragu.
"Sejak dekat Genting lagi kereta tu ada dekat belakang kita. Saya cuba slow down tadi, saja nak bagi dia potong tapi dia tak potong pun. Lepastu ingat tak tadi kita berhenti isi minyak? Kereta tu pun berhenti jugak. Walaupun dia park jauh dari kita tapi saya cam kereta and plate number" terang Farah panjang lebar.
Airis mula cuak. Dia turut mengerling ke arah cermin pandang belakang. Kelihatan ada sebuah kereta berwarna hitam sedang mengekori dari jarak yang agak jauh, namun dia masih boleh nampak kelibat kereta itu.
"Kita nak buat apa ni Farah?" soal Airis cemas.
"Takpe. Relax, jangan panik. Buat macam biasa je" balas Farah tenang. Dia sudah biasa berhadapan dengan perkara-perkara sebegini. Tugasnya sebagai anggota polis menjadikan dia lebih tenang apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.
Airis hanya duduk membisu di sebelah Farah. Dia cuba untuk bertenang. Ketika itu juga kereta mereka memasuki jalan yang agak sunyi. Hanya terdapat pokok-pokok getah di kiri dan kanan jalan. Farah mula menambah sedikit kelajuan. Ingin segera beredar dari situ.
Tiba-tiba kereta yang mengekori mereka mula memotong dan melepasi kereta mereka. Farah memperlahankan sedikit kelajuan kenderaannya. Kereta itu terus memecut laju meninggalkan mereka di belakang.
Airis dan Farah saling berpandangan. Beberapa saat kemudian mereka sama-sama menghembus nafas lega.
"Maybe I was too paranoid" ucap Farah sambil tersenyum kecil.
Namun kelegaan Airis dan Farah hanya bertahan untuk seketika sahaja.
Beberapa meter di hadapan mereka, kelihatan sebuah kereta diparkir melintang, sekaligus menghalang laluan mereka. Farah terpaksa memberhentikan kenderaan. Airis dan Farah memerhati kereta itu. Mata mereka membuntang.

ANDA SEDANG MEMBACA
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...