Thaqeef sedang sibuk meneliti fail-fail kes berkaitan kumpulan mafia yang memburu Airis di dalam bilik pejabatnya. Perkara yang baru sahaja diberitahu oleh Dr. Hamdan kepadanya berkenaan dengan dua mayat yang dijumpai dua hari lepas begitu mengganggu fikiran. Disebabkan itu dia berada di sini, ingin mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran.
Fail yang pertama bertarikh 24 Februari 2016 dibuka dan diteliti. Kes mengenai penemuan mayat seorang lelaki di dasar sungai. Mayat dijumpai oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan dimana mayat tersebut tersangkut pada jala yang ditebarnya. Berdasarkan maklumat post-mortem, lelaki tersebut mati disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat ditembak. Identiti mangsa berjaya dikenalpasti dan keluarga mangsa turut dihubungi. Menurut adik lelaki mangsa, abangnya ada terlibat dengan satu kumpulan mafia yang dikenali sebagai 'FrygtlØs'.
Fail seterusnya diambil. Kes yang bertarikh 5 November 2016 melaporkan tentang penemuan mayat seorang wanita di kawasan jirat cina. Mayat dijumpai tanpa seurat benang pada tubuhnya oleh penjaga jirat tersebut. Menurut laporan post-mortem, terdapat kecederaan teruk pada bahagian faraj mangsa namun kematian disahkan kerana pendarahan di kepala akibat ditembak. Mangsa berkemungkinan dirogol sebelum dibunuh. Malangnya, tiada kesan air mani mahupun DNA asing yang berjaya diperolehi pada badan mangsa. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui, namun hasil siasatan mendapati wanita tersebut adalah warganegara Kemboja. Sehingga sekarang siasatan masih dijalankan.
Thaqeef bersandar ke kepala kerusi, cuba menghadam info-info yang baru dibacanya ke dalam otak. Beberapa catatan turut dibuat di dalam buku nota. Selepas beberapa minit, dia menyambung kembali pembacaannya.
Kali ini fail bertarikh 18 Jun 2017 diteliti. Penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di tempat pelupusan sampah. Mayat ditemui dalam keadaan yang amat tragis berbanding dengan dua mayat sebelumnya, dimana mayat tersebut tidak mempunyai organ dalaman. Jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang mangsa disahkan hilang. Di kepalanya turut terdapat kesan tembakan. Namun menurut laporan post-mortem, mangsa sudah mati ketika kepalanya ditembak.
Dia berfikir sejenak. Apa motif kepala budak ni ditembak kalau dia dah pun mati sebelum itu? Dan apa jadi dengan organ-organ dia yang hilang? Adakah budak ni salah seorang mangsa aktiviti penjualan organ? Banyak tanda tanya bermain di benaknya. Dia biarkan dahulu persoalan-persoalan itu tanpa jawapan dan kembali meneruskan pembacaan.
Fail yang terakhir diambil. Kes terbaru yang bertarikh 4 Januari 2018 dimana Airis terlibat sebagai saksi. Mayat lelaki yang dikenal pasti sebagai salah seorang ahli kumpulan mafia dijumpai di belakang deretan kedai. Mangsa pernah datang ke balai untuk memberi maklumat beberapa hari sebelum dia dibunuh. Menurut Airis, mangsa dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang memakai kot hitam. Sayangnya, dia tidak nampak wajah lelaki yang menembak mangsa dan sehingga sekarang siasatan masih dijalankan.
Fail ditutup. Thaqeef menghela nafas panjang. Berdasarkan pembacaannya tadi, dia dapat mengenal pasti dua persamaan antara keempat-empat mangsa dengan dua mayat yang baru dijumpai kelmarin.
Pertama, semua mangsa mesti ditembak di kepala. Tiada seorang pun yang ditembak di bahagian lain. Baginya ini suatu kebetulan yang aneh. Dia yakin keenam-enam mangsa dibunuh oleh penjenayah yang sama. Persamaan kedua yang wujud menguatkan lagi tekaannya.
Berdasarkan laporan post-mortem keenam-enam mayat, kesemua mangsa disahkan tidak mempunyai lidah. Menurut Dr. Hamdan yang menjalankan pemeriksaan ke atas keenam-enam mayat, lidah mereka telah dipotong sebelum mereka ditembak.
Suara hati Thaqeef kuat mengatakan bahawa ini semua kerja kumpulan mafia tersebut. Dia teliti semula catatan di dalam buku notanya. Hanya sedikit maklumat yang diperoleh mengenai kumpulan tersebut. Hanya nama mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...