Terima kasih kepada semua yang read and vote!!
Korang memang terbaiklah!! <3
**********************
Inspektor Kevin melangkah menuju ke bilik soal siasat. Pintu bilik yang tertulis 'interrogation room' itu dibuka. Kelihatan seorang wanita berusia dalam lingkungan akhir 20-an sedang duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di dalam bilik tersebut.
Dia memandang wanita itu sekilas sebelum mengambil tempat di hadapan wanita tersebut. Fail yang dibawa bersama diletakkan di atas meja di hadapannya lalu dibuka. Isi kandungan fail tersebut dibaca.
"Nama, Heidi Wong. Umur, 28 tahun. Race, Chinese-Indian. Merupakan anak tunggal kepada pasangan James Wong dan Samantha Devi" Inspektor Kevin berhenti berkata-kata. Matanya dihala ke wajah Heidi. Wanita itu kelihatan tenang-tenang sahaja.
Dia kembali menyambung kata. "TheParadise merupakan kelab malam yang ditubuhkan oleh ayah awak, betul ke Cik Heidi?"
"Yeah..."jawab Heidi malas. Dia langsung tidak memandang wajah Inspektor Kevin. Matanya sejak dari tadi asyik membelek kuku.
"So, disebabkan awak anak tunggal, kelab tersebut menjadi milik awak selepas ibu-bapa awak meninggal akibat kemalangan, betul?"
Wanita itu ketawa halus. "Wow...impressive" Heidi sudah mula menunjukkan minat. "Apa lagi yang Tuan Inspektor tahu pasal saya?" soalnya seakan menyindir.
Inspektor Kevin tersenyum nipis. "Well...saya tahu yang awak memulakan kegiatan pelacuran di kelab tersebut semasa usia awak 24 tahun. Dan saya juga tahu yang awak buat semua tu sebenarnya untuk balas dendam...kan?" dia memulakan provokasi.
Riak wajah Heidi sedikit berubah. Dia merenung wajah Inspektor Kevin. "I don't understand what you were talking about" jawabnya cuba beriak selamba, sedangkan dadanya sudah mula berdebar. Tak mungkin lelaki ni tahu...aku dah simpan kemas-kemas sejarah silam aku tu, mustahil ada yang tahu, hatinya berbisik resah.
Inspektor Kevin mengukir senyum sinis. Terasa kelakar melihat wajah kepura-puraan Heidi itu. "Really?" soalnya sambil ketawa kecil. "I guess I will have to explain it to you then" sambungnya dengan lagak bersahaja.
Heidi sudah mula tidak senang duduk. Inspektor Kevin pula kelihatan santai bersandar di kepala kerusi sambil memeluk tubuh. Dia hanya diam memerhatikan tindak-tanduk wanita di hadapannya itu.
"You were raped when you were 22 years old...by your own boyfriend..." perlahan Inspektor Kevin bersuara setelah hampir dua minit mendiamkan diri. Heidi tersentak. Matanya membuntang memandang Inspektor Kevin.
"You want me to continue?" soal Inspektor Kevin.
Heidi tidak membalas. Dia hanya diam membisu. Masih terkejut dengan apa yang baru sahaja didengarinya dari mulut lelaki itu. Macam mana dia boleh tahu? Heidi bingung.
Melihat kebisuan Heidi, Inspektor Kevin memilih untuk meneruskan kata.
"What make it even worse...your friends were there when it happened, but they do nothing to stop that bastard...am I right?" perlahan dia bertanya, meminta kepastian.
Heidi masih membisu. Badannya sedikit bergetar menahan rasa. Jiwanya berkecamuk saat ini. Dia rasa marah, malu, jijik, sedih...semua rasa itu bercampur menjadi satu perasaan yang dia sendiri tidak pasti.
"Sebab tu awak buka pusat pelacuran, sebab awak nak balas dendam. Awak rasa setiap perempuan dekat luar sana patut rasa apa yang awak rasa, kan? Awak rasa puas bila lihat perempuan lain menderita macam mana awak menderita dulu, kan?" bertubi-tubi Inspektor Kevin menyoal.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...