"Airis!" Qidran menjerit apabila terlihat kelibat Airis keluar dari kedai buku. Airis menoleh lantas tersenyum melihatnya. Dia pantas berlari anak menghampiri gadis tersebut.
"Awak dah nak balik ke?"
"Haah, nak balik. Shift saya dah habis. Awak buat apa kat sini?" soal Airis ramah.
"Saja nak jumpa awak. Ingat nak ajak pergi minum-minum dekat foodcourt sana" ujar Qidran sambil tersenyum.
"Err...harini rasanya tak boleh la Qidran, saya nak pergi hospital ni" balas Airis serba-salah.
"Kenapa? Awak sakit ke?" tanya Qidran. Nadanya kedengaran risau.
"Taklah, saya nak melawat kawan saya. Awak ingat tak Mark? Yang saya kenalkan dengan awak haritu..."
"Oh Mark...ingat-ingat. Dia sakit apa?" soal Qidran prihatin.
"Dia...cedera sikit" Airis membalas perlahan. Dia tidak tahu jawapan apa yang wajar dia berikan kepada Qidran. Takkan nak cakap Mark kena tikam kot...mahu terkejut beruk mamat ni nanti. Yelah, kena tikam bukan perkara biasa macam kena sakit jantung ataupun kencing manis.
Qidran hanya mengangguk tanpa menyoal lebih lanjut. Mungkin dia perasan riak wajah Airis kelihatan agak tidak selesa apabila dia bertanyakan soalan tadi.
"Ni awak nak pergi naik apa?" dia menyoal Airis.
"Naik teksi kot. Cepat sikit sampai. Kalau tunggu bas agaknya esok baru sampai" jawab Airis diiringi ketawa kecil.
"Kalau macam tu, jom saya hantarkan. Alang-alang tu boleh saya melawat dia sekali" Qidran mempelawa.
"Err, takpelah awak, menyusahkan awak je" segan Airis ingin menerima pelawaan tersebut.
"It's okay la...lagipun saya tengah lapang sekarang. Apa lah sangat kalau setakat nak teman awak pergi hospital tu, tak susah pun. Jom?" Qidran cuba memujuk.
Setelah berfikir buat seketika, Airis memutuskan untuk menerima ajakkan tersebut. Mereka pun berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta yang berada di tingkat atas.
Tok, tok, tok.
Sedang Mark dan Khai rancak berborak, kedengaran bunyi ketukan pada pintu wad. Khai adalah kawan merangkap pembantu Mark di galerinya. Seketika kemudian pintu terbuka dari luar. Kelihatan Airis melangkah masuk bersama senyuman lebar di bibir. Mark membalas senyuman tersebut sebelum matanya menangkap kelibat seseorang di belakang Airis.
Macam kenal...dia berfikir sejenak. Lelaki tersebut tersenyum memandangnya.
"Assalamualaikum..." ucap Airis kepada Mark dan Khai. Serentak mereka berdua menjawab salam Airis itu.
"Dah lama ke sampai Khai?" Airis bertanya ramah. Dia sudah mengenali Khai tiga hari lepas sewaktu Khai datang melawat Mark. Dia senang berborak dengan lelaki itu dek kerana sikapnya yang peramah.
"Lama jugak la...nak dekat sejam melepak dekat sini. Teman orang sakit ni, sunyi katanya sebab Airis tak datang" Khai membalas sambil tergelak-gelak. Sengaja menyakat Mark. Dia mengelak apabila Mark cuba menumbuk lengannya.
"Tengok tu, sakit-sakit pun nak belasah orang lagi" dia ketawa melihat wajah tidak puas hati Mark. Airis hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
"Dah, dah. Korang ni kalau berjumpa tak sah kalau tak gaduh" Airis cuba menenangkan suasana.
"Ala...gaduh-gaduh manja gitu" Khai berkata sambil menjongket-jongketkan keningnya kepada Airis. Airis tertawa kecil mendengarnya. Mark pula hanya buat tidak tahu, malas ingin melayan kepala gila si Khai.
"Eh lupa pulak, kenalkan ni Qidran" Airis memperkenalkan Qidran kepada Khai. Mereka berjabat tangan sambil bertukar-tukar senyuman.
"Mark, ingat lagi tak dekat Qidran? Kita jumpa dia masa pergi jogging haritu"
"Yup. I remember" kata Mark sambil tersenyum. Mereka berjabat tangan.
"Ni aku ada bawak buah tangan sikit..." kata Qidran ramah sambil meletakkan sebakul buah-buahan di atas meja di sisi katil.
"Susah-susah je...anyway thanks" ucap Mark.
"Dah lama ke warded? Sakit apa?" Qidran menyoal, cuba mencipta perbualan.
"Tak lama sangat, baru tiga hari. Perut aku luka sikit, terkena pisau" Mark menjawab selamba. Tiba-tiba kedengaran tawa Khai bergema di dalam wad tersebut. Dia rasa jawapan Mark tadi kelakar. Yang lain memandangnya pelik.
"Kau ni dah kenapa Khai?" soal Mark pelik.
"Apa la kau ni Mark, cara kau cakap macam kau tengah main pisau, pastu kau tak sengaja tercucuk perut sendiri" mengekek dia ketawa sebelum menyambung. "Kalau kau nak tau Qid, si Mark ni kena tikam. Haritu ada perompak pecah masuk galeri dia" terangnya kepada Qidran.
"Ohhh..." Qidran terangguk-angguk. Barulah dia faham kenapa beria-ria Khai ketawa. Dia tersenyum sambil menggeleng-geleng melihat gelagat Khai yang sempoi.
Airis yang mendengar kata-kata Khai tadi hanya mengulum bibir. Cuba menahan ketawa dari meletus. Khai masih tak sudah-sudah ketawa. Mark mula rasa bengang. Mamat ni...ada yang kena luku kejap lagi kang, dia berbicara dalam hati.
"Diamlah kau. Suka hati aku lah nak bagi ayat macam-mana pun" dia membalas geram. Khai mengangkat kedua-dua tangannya lagak orang mengalah, namun tawanya masih tersisa. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi yang didudukinya. Dia tersengih memandang Mark.
"Okaylah, tak nak kacau kau dah. Nanti naik pulak darah tinggi kau tu, ye dak?" dia berkata sambil tersengih.
"Kurang asam. Aku takde darah tinggi eh, suka hati kau je" Mark membalas.
"Yelah..." Khai menjawab. Suaranya sengaja dileretkan. Dia terus menghulur tangan ke arah Mark. Mereka bersalaman sebelum Khai menepuk-nepuk bahu Mark.
"Kau rehat je kat hospital ni. Pasal galeri, kau tak payah risau. Taulah aku handle semua. Kau takyah bebankan otak kau dengan masalah kat galeri tu, nanti apa-apa aku inform kau, jangan risau" panjang Khai memberi pesanan. Mark hanya mengangkat ibu jari sebagai jawapan. Walaupun perangai Khai ni gila-gila, Mark tahu rakannya ini boleh diharap.
"Saya balik dulu la Airis. Awak ambil alih la jaga budak ni pulak" sempat lagi dia mengenakan Mark. Airis tertawa kecil. "Aku balik dulu la Qid, jumpa lagi" dia berjabat tangan pula dengan Qidran. Qidran hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
Setelah Khai beredar, Mark dan Qidran pula berbual-bual sesama mereka. Airis hanya duduk di sofa yang tersedia di dalam wad tersebut sambil membaca majalah yang diletakkan di atas meja kopi berhadapan sofa. Dia tidak mahu masuk campur dalam perbualan mereka. Biarlah mereka saling berkenalan.
"Teruk ke galeri kau kena rompak?" Qidran bertanya. Curious.
Mark terdiam beberapa saat. Memang sengaja dia beritahu Khai yang galerinya dirompak, bukan diserang oleh kumpulan FrygtlØs itu . Pihak polis menyuruhnya supaya merahsiakan perkara tersebut kerana kes masih dalam siasatan. Pihak media pun hanya melaporkan berita ini sebagai satu rompakan. Yang tahu cerita sebenar hanyalah dia, Airis dan pihak polis.
"Teruk jugak ah...habis rosak gambar-gambar customer aku. Terpaksalah aku bayar ganti rugi" ujar Mark. Ada nada marah dalam suaranya. Mereka terus berbual sampai tak sedar waktu melawat hampir tamat. Itupun Airis yang ingatkan mereka. Airis dan Qidran meminta diri untuk pulang.
"Awak jangan lupa makan nasi, makan ubat. Pastu ni...saya letak botol air mineral ni dekat sini. Nanti senang awak nak capai, tak payah bangun-bangun. Luka awak tu belum sembuh lagi, jangan nak lasak-lasak pulak. Kalau nak apa-apa panggil nurse" panjang pesanan yang Airis berikan, kalah Khai. Mark hanya tersenyum mendengar pesanan Airis.
"Yelah nurse..." jawab Mark dalam nada bergurau. Airis menjulingkan matanya ke atas. Orang serious dia main-main pulak, omel Airis dalam hati.
"Thanks bro, datang melawat" ucap Mark ketika bersalaman dengan Qidran.
"Takde hal la" balas Qidran bersahaja.
Mark dan Airis saling berpandangan dan berbalas senyuman sebelum kelibat Airis dan Qidran hilang di sebalik pintu wad.

ANDA SEDANG MEMBACA
PERTEMUAN ✅
RomantizmAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...