BAB 24

6.3K 341 1
                                        

Airis menilik penampilannya di hadapan cermin. Dia mengenakan sepasang blouse berwarna ungu bersama seluar jeans biru gelap, dipadankan dengan shawl berwarna hitam. Okay kot...dia bermonolog sendiri.

Dia duduk di sofa di ruang tamu, menunggu kehadiran Mark. Jam yang tergantung di dinding dikerling. Lagi lima minit sebelum pukul lapan malam. Tiba-tiba dia rasa berdebar. Jari-jemarinya diramas perlahan, cuba menghilangkan rasa gementar.

"Assalamualaikum!"

Kedengaran suara seseorang memberi salam dari luar rumah. Airis tersentak. Dia pantas berdiri dan menuju ke muka pintu.

"Waalaikumussalam..." perlahan dia menjawab.

Kelihatan susuk tubuh Mark sedang berdiri di luar pagar. Pantas Airis menyarung kasut. Pintu rumah dikunci dan dimangga. Dia mengatur langkah menuju ke arah Mark. Lelaki itu tersenyum manis memandangnya. Semakin berdebar Airis dibuatnya. Senyuman Mark dibalas.

Mark terpaku melihat penampilan Airis malam itu. Jantungnya berdetak kencang melihat senyuman Airis.

"You look beautiful..." tanpa sedar Mark menutur pujian.

Terus memerah muka gadis itu. Dia ketawa kecil melihat reaksi Airis, dalam masa yang sama cuba untuk menutup rasa hatinya. Dia berdeham perlahan, cuba menghilangkan rasa gugup. Belakang tengkuknya diurut perlahan.

"Erm...ready to go?" dia menyoal.

"Yes.." balas Airis perlahan. Rasa malunya masih menebal.

"Alright, let's go"




Sampai sahaja di panggung wayang, mereka terus menuju ke kaunter menjual makanan. Tiket wayang sudah siap dibeli oleh Mark secara online.

"Awak nak order apa?" tanya Mark kepada Airis yang berdiri di sisinya.

"Err...awak beli je la apa-apa, saya tak kisah" balas Airis sambil tersenyum.

Mark berfikir sejenak sebelum membuat pesanan. Dia memesan satu bekas popcorn saiz besar dan dua cawan air pepsi. Popcorn dihulurkan kepada Airis dan mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam panggung wayang.

Selepas hampir dua jam, mereka keluar dari panggung wayang. Masing-masing berpuas hati dengan cerita yang baru sahaja mereka tonton. Mark kemudian membawa Airis ke sebuah restoran untuk makan malam.

"Awak nak makan apa?" tanya Mark.

"Erm..." Airis teragak-agak. Dia agak terkejut melihat harga makanan yang tertera di dalam menu yang dipegangnya. Mahal-mahal belaka. Cukup ke tak duit aku ni...dia gelisah.

Mark yang sedar akan reaksi Airis lantas mengukir senyuman. Dia mendekatkan sedikit wajah kepada Airis yang duduk di hadapannya.

"Don't worry...my treat" bisiknya sambil tersenyum.

"Eh, takpe la awak. Wayang tadi pun awak yang belanja. Saya tak nak la pakai duit awak lagi..." tolak Airis perlahan. Dia segan sebenarnya. Selama ini bila mereka keluar makan bersama, Mark juga yang membayar semua makanannya walaupun dia puas menolak.

"It's okay Airis...lagipun saya yang ajak awak keluar kan? Jadi wajar rasanya kalau saya yang bayar semuanya. Anggap je la ni sebagai penghargaan dari saya sebab awak sudi keluar dating dengan saya" selamba Mark berkata-kata.

"Da...dating?" tergagap-gagap Airis menutur kata. Mulalah mukanya memerah dan berbahang menahan malu.

"Yelah...kita tengah dating la ni" ujar Mark selamba. Sengaja dia mengenyitkan matanya ke arah Airis. Makin memerah muka gadis itu dibuatnya. Pantas Airis mengangkat menu tinggi untuk menutup wajahnya dari dilihat oleh Mark.

PERTEMUAN ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang