Di dalam kereta menuju ke balai, tiba-tiba telefon bimbit Thaqeef berbunyi. Melihat nama si pemanggil, terus sahaja dia mengangkat panggilan tersebut.
"Ya Mark" sahut Thaqeef selepas salam dijawab.
"Airis Qeef, Airis macam mana? Tolong cakap dengan aku yang Yvonne silap. Dia tak apa-apa kan?" kalut Mark menyoal. Suara lelaki itu kedengaran bergetar.
Thaqeef menelan air liur sebelum bersuara.
"Mark, aku harap kau bertenang lepas dengar apa yang aku nak cakap ni"
Suasana sunyi. Hanya hembusan nafas Mark yang kedengaran.
Thaqeef menyambung kembali kata-katanya.
"Airis...dia disahkan diculik..."
Jantung Mark seakan direntap sekali lagi setelah mendengar pengesahan dari Thaqeef itu. Matanya mula memerah menahan tangis. Bibir diketap kuat, menahan rasa yang membuku di dada. Lidahnya semerta menjadi kelu.
"Rakaman CCTV dekat parking lot jadi bukti..." maklum Thaqeef lagi.
Mark masih berdiam diri di hujung talian. Thaqeef melepas keluhan berat sebelum kembali berbicara.
"Mark, pihak polis akan lakukan segala yang termampu untuk jejak Airis. Lagipun aku berjaya dapat nombor plat kereta tu dan sekarang aku on the way balik balai. Jadi aku harap kau bertabah"
"Nombor plat? Kau tahu nombor plat kereta tu?" barulah kedengaran suara Mark menyoal.
"Yup. CCTV sempat rakam imej nombor plat kereta tu walaupun muka si penculik tak kelihatan" ujar Thaqeef.
Dahi Mark berkerut mendengar penerangan Thaqeef itu. Dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Mark?" panggil Thaqeef apabila lelaki itu tidak bersuara.
"Aku...aku tak tau kenapa aku rasa macam ni. Aku rasa macam ada benda yang tak kena..." perlahan Mark menutur kata.
Kali ini dahi Thaqeef pula yang berkerut. "Apa maksud kau?"
Mark menghembus nafas perlahan. "Kau tak rasa pelik ke? Dia sedaya-upaya cuba sorok muka dia dari dirakam tapi nombor plat kereta boleh pulak cuai sampai tertangkap dekat CCTV. Kau tak rasa macam... something wrong somewhere ke?"
Thaqeef terdiam. Otaknya ligat berfikir kebenaran disebalik kata-kata Mark itu. Betul jugak...macam tak logik pula bila difikirkan balik. Jangan-jangan, tu nombor plat palsu, bisik hati kecil Thaqeef curiga.
"Kalau nombor plat tu palsu macam mana Qeef? Kalau mamat gila tu ada rancangan lain ke? Mana kita nak cari Airis?" Mark menyoal bertubi-tubi. Suaranya kembali bergetar.
"Aku...aku tak patut tinggalkan dia sorang-sorang...aku tak patut terima job tu..." Mark mula merintih perlahan.
Thaqeef mengeluh. "Mark...jangan menyesali takdir, tak baik" nasihatnya lembut.
Mark terkedu. Tersentap dia mendengar nasihat dari Thaqeef itu. Wajahnya diraup dengan telapak tangan. Ya Allah, apa yang aku cakap ni...pantas dia beristighfar dalam hati.
Memandangkan Mark hanya berdiam diri di hujung talian, Thaqeef kembali menyambung kata.
"Sekarang ni kita tak pasti lagi nombor plat tu betul ke palsu, tapi yang penting kita usaha dulu cari kereta tu. Palsu ke tak tu belakang kira, janji kita berusaha. InshaAllah...Allah bantu"
Mendengar kata-kata sahabatnya itu, sedikit-sebanyak hati Mark menjadi tenang walaupun rasa resah dan bimbang masih menebal dalam dada.
"Ni kau ada dekat mana ni?" Thaqeef menyoal.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomansaAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...