BAB 11

7.8K 366 1
                                    

Luqman sedang enak menikmati sarapan pagi apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Nama Han muncul pada skrin telefon bimbitnya. Dia mendengus. Pantang betul dia apabila ada orang kacau semasa dia sedang makan. Panggilan itu disambut dengan rasa jengkel.

"Hello bos! Sorry kacau bos pagi-pagi. There's a bit problem dekat 'storage room'" ucap Han sebaik sahaja panggilannya disambut. Suaranya sedikit risau. Dia arif benar akan pantang-lantang bosnya apabila bekerja. Bukan sehari-dua dia jadi orang kanan lelaki itu. Namun hari ini dia terpaksa melanggar larangan tersebut.

"It's better be something important or else, you're dead" balas Luqman senada.

Han menelan air liurnya yang terasa perit sebelum menyambung kata.

"Ada seorang perempuan ni cuba nak lari bos. Dia..." Han terdiam untuk beberapa saat. Dia tahu kalau Luqman dengar apa yang bakal dia sampaikan ini, bosnya pasti mengamuk.

"Dia what?" soal Luqman. Nadanya masih sama. Dingin.

"Dia berjaya jadikan salah seorang budak kita sebagai tebusan. Now dia ada dalam bilik kurungan dengan budak tu. And she got a gun. She...demand to be released" panjang lebar Han menerangkan. Suasana jadi sepi seketika.

Tak semena-mena Luqman ketawa. Bunyi tawanya begitu dingin. Beberapa saat kemudian tawanya mati. Dia mula bersuara.

"Are you kidding me? Budak kita jadi tebusan seorang perempuan? What bullshit is this?" suaranya naik satu oktaf. Darahnya mula mendidih "Seorang perempuan pun korang tak boleh nak handle ke?!" tak semena-mena dia menengking. Terkejut bukan kepalang Han dibuatnya.

"Sorry bos" balas Han sedikit gugup. 

Talian sunyi buat seketika. Yang kedengaran hanyalah hembusan nafas Luqman yang mendesah. Beberapa minit kemudian, barulah kedengaran suara bosnya di hujung talian.

"I'm on my way. Pastikan perempuan tu dengan budak suruhan tak guna tu tak mati. Aku nak settle kan diorang berdua dengan tangan aku sendiri" dingin dia bersuara.

Han menelan air liur lantas membalas.

"Baik bos"



Sampai sahaja Luqman di bangunan pejabatnya, dia terus melangkah ke arah lif yang terletak agak tersorok di bahagian basement bangunan tersebut. Masuk sahaja ke dalam lif, terus butang berwarna ungu ditekan. Lif membawanya terus ke bawah tanah.

Salah-satu sebab mengapa pihak polis gagal mengesan aktiviti kumpulannya adalah disebabkan kebijaksanaan dia menyembunyikan lokasi penyimpanan 'barang-barang' dagangan. Siapa sangka bangunan yang nampak gah ini menyimpan satu rahsia gelap yang besar di bawahnya.

Sampai sahaja di bawah, pintu lif pun terbuka. Kelihatan Han sudah pun sedia menunggu di situ bersama beberapa lagi orang suruhannya yang lain. Melihatkan kehadirannya, masing-masing terus menunduk hormat. Wajahnya seperti biasa, dingin tanpa riak.

"Where?" soalnya senada kepada Han.

Han terus membawanya ke arah salah satu bilik kurungan yang biasanya menempatkan orang-orang tahanan yang akan dijual. Disebalik jeriji besi itu, dia lihat seorang perempuan yang agak comot sedang mencekik leher seorang lelaki menggunakan lengannya dari arah belakang. Di tangannya terdapat sepucuk pistol yang dihalakan ke arah kepala lelaki tersebut.

Melihatkan kehadiran Luqman, perempuan itu terus menjerit dalam bahasa Thailand. Luqman hanya tersengih mendengar kata-kata perempuan itu. Faham benar apa yang perempuan itu katakan. Dia seronok melihat keadaan perempuan itu yang nampak ketakutan namun masih berani mahu mengugutnya. What an interesting lady, fikirnya.

"Let me out or this guy will die!" ugut perempuan itu. Mata pistol ditekan pada kepala orang suruhan Luqman yang menjadi tebusan. Luqman hanya berdiri tenang di hadapan perempuan tersebut. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Sengihan masih tak lekang dari bibirnya. Setelah puas memerhati, barulah dia bersuara.

"Listen here young lady" katanya sambil melangkah beberapa tapak ke hadapan. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata perempuan itu melalui celahan jeriji besi di hadapan. Renungannya tajam. Tiada lagi sengihan pada bibirnya. Suaranya cukup dingin, mampu menghantar rasa gentar pada telinga yang mendengar.

Tak semena-mena perempuan itu berasa seram sejuk. Bulu tengkuknya meremang. Walaupun wajah lelaki di hadapannya ini agak tampan, namun ada sesuatu yang mengerikan di sebalik renungan lelaki ini. Dia rasa dia sudah tersilap bermain api. Tangannya mula menggigil namun dia kuatkan juga semangat. Dia harus keluar dari sini! Pegangan pada pistol dieratkan.

"I don't give a damn about what you want to do. You just wasting my time young lady. So...I think I will end this shit now". Habis sahaja dia berkata-kata, pistol Glock 17 miliknya dikeluarkan dari poket kot. Muncung pistol diusap-usap perlahan. Lagaknya cukup bersahaja.

"Oh! Before I forgot..." Luqman tersenyum memandang perempuan itu. "It's nice meeting you". Serentak dengan kata-katanya, bunyi tembakan bergema dalam ruangan tersebut. Pergerakannya yang pantas menyebabkan perempuan itu tidak sempat berbuat apa-apa.

Dua jasad terus terkulai layu di dalam bilik kurungan itu. Darah mengalir keluar dari kepala yang berlubang ditembusi peluru dan membasahi jasad mereka. Setiap yang melihat kejadian itu hanya terdiam kaku. Masing-masing tergamam. Luqman hanya merenung kosong jasad-jasad di sebalik jeriji besi di hadapannya. Pistol kembali dimasukkan ke dalam poket kot.

Matanya menjeling wajah-wajah orang suruhannya. Masing-masing tertunduk. Tidak berani menatap wajahnya. Dia tersenyum sinis sebelum mula bersuara.

"Ini yang akan jadi kalau korang tak reti buat kerja. Perempuan sorang pun nak suruh aku yang handle. Lagi sekali benda ni jadi...aku takkan teragak-agak buat yang lagi teruk" dingin suaranya berbicara. "Ingat, aku tak suka kumpul sampah dalam kumpulan aku" sambungnya tegas.

Dia menghalakan pandangannya ke arah Han lalu arahan diberikan.

"Clean all this mess and then report back to me as soon as possible. Aku ada kerja lain nak suruh kau buat" kata Luqman.

"Alright bos" balas Han.

"Sambung kerja" katanya kepada orang-orang suruhannya sambil melangkah pergi.

"Baik bos!" balas mereka serentak.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now