BAB 49

6.6K 395 63
                                        

Masuk sahaja ke dalam bilik melawat, mata Heidi terus menangkap susuk tubuh Inspektor Kevin sedang duduk bersandar pada kerusi yang tersedia di dalam bilik tersebut. Lelaki itu kelihatan leka membaca fail ditangannya.

Menyedari kehadiran Heidi, Inspektor Kevin mengangkat wajah memandang gadis itu. Buat beberapa saat, mata mereka saling bertentang.

Heidi berdeham perlahan. Entah kenapa, renungan Inspektor Kevin itu membuatkan dia rasa gugup dan...malu? Tiba-tiba dia rasa malu pula apabila lelaki ini melihat keadaannya sekarang. Dengan baju penjara yang tersarung di tubuh dan tangan yang bergari, dia rasa sangat-sangat rendah diri.

"Hey, what a suprise!" Heidi menegur. Rasa gugupnya cuba dikawal agar tidak terzahir pada suara. Dia cuba beriak selamba. Dengan tangan yang masih bergari, dia menarik kerusi yang tersedia dihadapan Inspektor Kevin lalu melabuhkan duduk di situ.

Pegawai polis yang mengiringi Heidi pantas membukakan gari yang melekap pada pergelangan tangan gadis itu.

"Terima kasih" ucap Inspektor Kevin dan Heidi serentak kepada pegawai tersebut. Pegawai wanita itu hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu dari situ.

Kini, perhatian Inspektor Kevin beralih kepada Heidi semula. Gadis itu nampak selamba. Macam tak insaf langsung walaupun dah masuk penjara.

"So...ada apa-apa yang penting ke sampai Tuan Inspektor sanggup 'mencemar duli' datang jumpa saya dekat penjara ni?" Heidi menyoal. Nada suaranya seakan-akan memerli.

Inspektor Kevin tidak menjawab. Dia membuka salah sebuah fail yang dibawanya. Matanya melirik ke arah Heidi sambil tangan kanannya menolak sekeping gambar ke hadapan gadis itu.

Dahi Heidi berkerut. Pandangannya jatuh pada gambar tersebut. Melihat sahaja imej pada gambar itu, wajah Heidi serta-merta berubah pucat. Tangannya sedikit menggeletar.

Inspektor Kevin hanya berdiam diri. Matanya tidak lepas merenung Heidi. Dia ingin melihat reaksi gadis itu. Dan, seperti yang diduga, dia dapat melihat reaksi yang dia inginkan.

"Awak kenal siapa wanita dalam gambar tu?" sengaja Inspektor Kevin menyoal.

Soalan tiba-tiba dari Inspektor Kevin itu menyebabkan Heidi sedikit tersentak. "Hah? Err...no...I don't know her" balasnya gugup. Shoot! Apasal aku gagap pulak ni! Confirm mamat ni tahu ada yang tak kena. Stupid! Heidi mengutuk diri sendiri. Wajahnya diangkat memandang Inspektor Kevin. Lelaki itu sedang tersenyum sinis memandangnya. Damn! I'm dead.

Tanpa sebarang kata, Inspektor Kevin membuka pula lagi sebuah fail dan sekeping gambar lain dikeluarkan dari fail tersebut. Gambar itu juga ditolak ke arah Heidi.

Heidi berdebar-debar. Kali ini dia tidak terus melihat gambar tersebut. Matanya tidak lepas memandang Inspektor Kevin. Oh my god! Please, bukan apa yang aku fikirkan. Tak mungkin pihak polis tahu...aku dah buang semua bukti yang boleh kaitkan aku dengan dia. Mustahil polis dapat cari! hati kecilnya saling membantah. Sudah hampir dua minit berlalu, namun Heidi masih tidak berani untuk memandang gambar dihadapannya itu.

Sekali lagi, Inspektor Kevin mengukir senyum sinis. Dia tergelak kecil melihat reaksi Heidi yang nyata ketakutan. Gadis itu kelihatan tidak senang duduk. Dia tahu sekarang bukan masanya untuk ketawa tetapi dia tidak dapat mengawal diri. Perlahan, dia berdeham sebelum bersuara.

"Hey, take a look at that picture" ujarnya bersahaja. Heidi masih lagi kaku. Matanya tidak mengerling langsung pada gambar tersebut. "Tak payah la asyik tenung muka saya je...saya tau saya handsome" sambung Inspektor Kevin selamba.

Mendengarkan itu, serta-merta wajah Heidi berubah rona. Entah kenapa, dia rasa segan tiba-tiba. Woi Heidi! Sekarang bukan masa nak blushing bagai, stupid! Kalau betul pihak polis dapat kaitkan kau dengan dia, hukuman kau akan bertambah, tahu?! Kau nak ke meringkuk dalam penjara sampai tua?! kata hati Heidi cuba menariknya kembali ke alam realiti.

PERTEMUAN ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang