BAB 34

6K 330 27
                                    


P/S: Sorry, TERpanjang pulak bab kali ni. Tulis sampai tak sedar diri la katakan :P


***********************


"Dah siap kemas?" kedengaran suara Yvonne menyoal dari muka pintu bilik wad yang sudah menjadi tempat tinggalnya selama hampir dua minggu.

"Dah. Tinggal nak tukar baju je" balas Airis. Beg pakaiannya yang sudah siap dikemas diletakkan di atas katil.

Yvonne melangkah ke arahnya. Gadis itu terus melabuhkan duduk di atas kerusi plastik di sisi katil. "Wei. Mark tak datang ke?" soalnya tiba-tiba.

"Tak. Aku tak bagi dia datang" selamba Airis menjawab.

"La...kenapa? Korang gaduh eh?" tuduh Yvonne.

"Mana ada la. Sengaja aku tak bagi dia datang. Aku tau dia sibuk, tak nak lah aku menyusahkan dia lagi. Lagipun aku kesiankan dia, nampak penat..." ujar Airis. Dia teringat wajah Mark semalam ketika datang melawatnya. Wajah lelaki itu jelas keletihan namun bibir lelaki itu tidak pernah lekang dengan senyuman. Bila teringatkan Mark, serta-merta bibirnya tersenyum sendiri.

"Hoi! Senyum sorang-sorang. Tahulah orang tu tengah bahagia. Aku ni je yang forever alone, takde orang nak...sedih la macam ni" rajuk Yvonne. Wajahnya sengaja dimasamkan. Airis tersengih melihat sahabatnya itu.

"Kau tu bukannya takde orang nak...berbaris kot yang tunggu kau. Kau tu je yang cerewet" ujar Airis selamba. Gadis itu hanya tersengih mendengar kata-katanya. Dia kenal sangat dengan Yvonne, gadis cina itu sedikit cerewet dalam memilih pasangan. Dah ramai lelaki cuba untuk menakluk hati gadis itu, maklumlah orangnya cantik, tapi semua ditolaknya. Bila Airis bertanya apa ciri-ciri lelaki idamannya, ini jawapan yang diberikan : "aku kalau boleh nak cari yang rupa dia ada iras-iras Liam Hemsworth tu..." Tengok! Demand bukan main minah ni. Sekarang nak merungut forever alone la apa la...sabar je lah.

"Dengar tak ni Airis? Hello~ aku tengah bercakap dengan dinding ke?" suara Yvonne yang sedikit kuat menyentak lamunan Airis. Aisehh, sempat pulak dia mengutuk sahabatnya itu dalam hati.

Airis hanya mampu tersengih memandang Yvonne. "Sorry la...aku tengah syok kutuk kau dalam hati tadi, tu pasal tak dengar apa yang kau cakap. Kau cakap apa tadi?" selamba dia berkata.

"Ish, kurang asam betul. Sempat lagi kau eh...aku tinggalkan dekat sini baru tahu" ugut Yvonne. Airis hanya ketawa mendengar ugutan sahabatnya itu. Langsung tak takut.

"Sorry la beb. Gurau je..." pujuk Airis.

"Yelah...ni aku tanya tadi, kau nak balik rumah kau ke, kau nak tumpang rumah aku dulu? Yelah...mana tau kau still trauma ke nak balik rumah kau, kau boleh je tumpang rumah aku. Lagipun aku duduk sensorang"

Airis berfikir sejenak. Trauma? Tipulah kalau dia kata dia tak trauma. Masih jelas lagi diingatannya detik-detik sewaktu kejadian itu berlaku. Tapi...dia tidak mahu menyusahkan Yvonne.

"Kau tinggal la dulu dengan aku...sampai kau dah betul-betul sedia, barulah kau balik rumah kau. Okay?" cadang Yvonne.

Airis masih diam membisu. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus dia berikan kepada Yvonne.

"Jomlah wei...tinggal dengan aku. Ada jugak aku kawan nak bersembang malam-malam. Jomlah..." Yvonne sudah mula merayu. Sengaja dia buat muka kesian, berharap Airis termakan dengan pujukannya.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now