Kepada yang sudi baca, sudi vote, sudi komen dan layan perangai gila2 author haha
Terima kasih banyak-banyak
Keep support Pertemuan till the end guys :)
***********************
Mark mahupun Thaqeef, masing-masing hanya mendiamkan diri. Mark sedaya upaya cuba mengawal diri agar tidak mengamuk di situ juga. Dia tahu lelaki itu cuba membuat provokasi keatas dirinya. Oleh itu, dia tidak boleh hilang sabar, dia mesti bertenang. Dia takkan biarkan lelaki itu menang. Sekarang, dia harus fikirkan cara bagaimana untuk menjejak lelaki tersebut.
Telefon bimbit di dalam poket seluar dikeluarkan. Nombor sepupunya didail. Selepas beberapa deringan, panggilannya bersambut.
"Hey Carl, it's me" sapa Mark memulakan perbualan.
"Hey, what's up Mark?" balas Carl.
"I need your help. I need you to trace a phone number" Mark berterus-terang.
"Wow, wow...wait a minute. What's wrong dude? You sound...different...is everything okay there?" Carl menyoal. Nada suara Mark tidak seperti biasa menyebabkan dia rasa sedikit curiga. Terdengar keluhan berat keluar dari bibir Mark.
"Okay, look. I will tell you everything, but you have to promise me that you won't tell my parents...deal?"
Dahi Carl sedikit berkerut mendengar syarat Mark itu. Macam serius je benda ni. Selepas beberapa saat berfikir, dia pun bersetuju.
"Okay, I won't. Now tell me, what is going on?"
Mark mula menceritakan segala-galanya yang berlaku kepada sepupunya itu. Carl hanya tekun mendengar. Tidak sekali pun dia menyampuk.
"Sebab tu aku perlukan pertolongan kau sekarang. Aku nak kau jejak nombor telefon penculik ni. Tolong aku Carl...isteri aku dalam bahaya" Mark merayu selesai sahaja dia menceritakan segalanya.
Carl terdiam buat beberapa saat. Dia masih terkejut. Airis kena culik? Mafia? Lelaki psycho? Info yang baru sahaja bertubi-tubi masuk ke dalam kepalanya itu cuba dicerna satu-persatu. Setelah beberapa saat, barulah dia bersuara.
"You okay Mark?" soalan itu yang pertama keluar dari bibir Carl.
Mark tersenyum nipis. "Tipu la kalau aku cakap aku okay...tapi aku tak boleh la nak meratap je tanpa buat apa-apa kan? That's why I call you...can you do that Carl? Please help me..."
"Of course! Of course I will help you. Just tell me the number, I will try to detect the owner and his location" laju Carl membalas. Dia sudah bersedia membuka laptop miliknya. Kerja meng-hacking ini memang kepakaran dia.
Mark tersenyum lega mendengar persetujuan sepupunya itu. "Thanks Carl" ucapnya.
"No problem dude. I will call you back when I'm done. Just give me...erm...about ten minutes? Is that okay?"
"Yeah, that's fine. I will wait" balas Mark tenang. Harap-harap, ada petunjuk yang bakal dia terima nanti.
**********
Airis cuba membuka mata, namun kepala yang terasa berdenyut memaksa dia untuk kembali memejamkan matanya. Sekali lagi dia mencuba. Perlahan-lahan, kelopak mata yang terasa berat cuba dibuka. Samar-samar cahaya lampu menerobos masuk ke dalam anak mata. Selepas beberapa saat, pandangan yang tadi kabur mula beransur-ansur jelas. Sakit yang mencucuk kepala mula berkurangan.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...