Sedang dia leka membuat kerja, pintu bilik pejabatnya tiba-tiba diketuk dari luar.
"Come in" dia bersuara. Matanya masih fokus meneliti dokumen dihadapannya.
Pintu terkuak. Kelihatan Han, orang kanannya melangkah masuk ke ruang pejabat. Pada tangan kirinya terdapat satu dokumen yang agak nipis.
"Good news or bad news?" terus dia menyoal pembantunya itu. Wajahnya langsung tidak mempamerkan sebarang reaksi.
"Good news bos" jawab Han sambil meletakkan fail di tangannya ke atas meja.
Dia capai fail tersebut dan isi kandungannya diteliti. Terdapat biodata seorang lelaki yang disertakan dengan gambar. Dengan sekali imbas dia membaca biodata tersebut. Selepas beberapa saat dia menyoal.
"So...dia ni ke orangnya?" Matanya yang hitam pekat tajam menikam wajah Han "I thought it was a girl" sambungnya lagi.
"Sebenarnya...bukan dia bos, but I think dia ada kaitan dengan perempuan yang kita tengah cari ni. Masa budak-budak kita kejar perempuan tu, lelaki ni ada dekat laluan yang perempuan tu lalu sebelum dia lesap. There's no one else. Jadi saya syak mungkin dia tolong perempuan tu sembunyi. Buat masa sekarang saya suruh Ravi siasat gerak-geri dia untuk dapatkan lebih banyak petunjuk" panjang lebar Han menerangkan.
Suasana sunyi buat beberapa saat.
"Mark Aidan huh..." dia membaca nama pada biodata tersebut sambil tersenyum sinis. Badan disandarkan kepada kerusi kulit yang didudukinya. Mata dipejamkan.
Selepas beberapa saat, dia bersuara kembali.
"Dapatkan maklumat pasal perempuan tu secepat mungkin sekali dengan orang-orang yang tolong dia. Jangan lepaskan sorang pun, faham?"
"Okay bos" balas Han.
"Anything else?" soalnya kepada Han.
"Malam ni ada supplier nak jumpa dekat tempat biasa. Ada barang baru sampai"
"Hmm" balasnya pendek. "Kalau takde apa-apa lagi you may go"
"Baik bos, saya keluar dulu" kata Han sambil menunduk hormat sebelum beredar dari situ.
Tiba-tiba interkom di atas mejanya berbunyi.
"Encik Luqman, the meeting will be starting in 10 minutes" kedengaran suara halus pembantu peribadinya di hujung talian.
"Okay, I'm coming" balasnya senada.
Airis menyusun stok buku-buku baru ke atas rak. Hari ini sudah genap seminggu berlalu sejak kejadian pembunuhan itu berlaku. Hampir seminggu juga berlalu sejak kali terakhir dia bertemu Mark. Dia ada menghubungi Farah untuk mengucapkan terima kasih. Mereka juga kerap berbual melalui telefon. Namun untuk menghubungi Mark, dia rasa segan. Dia juga takut kalau-kalau dia menganggu sekiranya dia menghubungi lelaki itu.
Sedang dia mengangkat kotak yang mengandungi stok buku baru, fikirannya menerawang.
Apa khabarlah Mark sekarang ye? Dia ingat aku lagi tak? fikir Airis.
Tanpa diduga, dia terlanggar seseorang yang berada di hadapannya. Disebabkan kotak yang dipegangnya agak besar, maka dia tidak perasan ada pelanggan yang sedang memilih buku pada rak di hadapan. Kotak itu terjatuh lalu menghempap kaki Airis.
"Aduh!" serta-merta dia mengaduh sambil tertunduk.
"Are you okay?" kedengaran suara seseorang menyoal.
Apabila Airis mengangkat kepala, kelihatan seorang lelaki sedang tercegat berdiri di hadapannya sambil memegang sebuah buku.
"Aaa...saya okay, saya okay. Maaf sangat-sangat sebab terlanggar encik" balas Airis sedikit gugup.
"Are you sure? Let me see your feet" kata lelaki itu sambil cuba melutut di hadapannya.
"Eh eh encik, takpe saya memang okay" kata Airis cuba menahan lelaki tersebut dari meneruskan niatnya "Jangan buat drama encik melutut dekat sini...nanti orang fikir bukan-bukan pulak" balas Airis lagi. Ni pun orang dah mula pandang-pandang. Dia rasa muka dia dah merah macam udang bakar.
"Fikir bukan-bukan? Maksud awak?" soal lelaki itu kebingungan. Tak jadi dia hendak melutut.
"Nanti orang ingat encik nak propose saya pulak sampai melutut bagai" terang Airis sedikit berbisik. Namun apabila dia sedar apa yang telah dia katakan kepada lelaki itu tadi, dia jadi malu sendiri.
Apa benda aku merepek ni?! Bengong kau ni Airis, suara hatinya mengutuk diri sendiri. Dia rasa nak ketuk-ketuk kepalanya sendiri.
Tak semena-mena, lelaki itu ketawa kuat. Makin berbahanglah muka Airis dibuatnya. Amboi...sakannya gelak, omel Airis dalam hati. Bengang pulak dia rasa.
Dalam tawa yang masih tersisa, lelaki itu berkata " Awak ni lawaklah...sampai ke situ awak fikir" dia tersenyum memandang Airis.
Airis berdeham. Tanpa berkata apa-apa, dia tunduk untuk mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai. Melihatkan Airis seperti tidak mahu melayannya, lelaki tersebut turut membantu mengutip buku yang jatuh berhampiran kakinya.
"Here you go..." katanya sambil menghulurkan buku-buku tersebut kepada Airis.
"Terima kasih" balas Airis perlahan. Rasa malunya masih berbaki.
"Most welcome" ucap lelaki itu sambil tersenyum manis.
"Lagi sekali saya minta maaf sebab terlanggar encik" Airis tunduk sedikit dan bersedia untuk beredar menyambung kerjanya yang tergendala.
"Eh eh tunggu sekejap" lelaki itu menghalang laluan Airis.
Aduh mamat ni nak apa lagi...takkan kena bayar ganti rugi kot, omel Airis dalam hati.
"Disebabkan awak dah langgar saya tadi, awak kena tolong saya buat sesuatu" lelaki itu bersuara.
Airis tenung muka lelaki itu dalam-dalam. Dia ni serious ke main-main? Dia nak suruh aku buat apa pulak ni? Tiba-tiba Airis rasa seram. Buatnya mamat ni suruh dia buat benda pelik-pelik, tak ke naya?
Lelaki tersebut hanya tersengih memandangnya sebelum menyambung kata.
"Saya nak awakk...." sengaja dia meleretkan ayatnya sebelum menyambung "tolong carikan saya buku ni" sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tajuk beberapa buah buku kepada Airis.
Airis menarik nafas lega setelah mendengar permintaan lelaki itu.
"La...cakaplah nak suruh tolong carikan buku, saje nak buat orang saspen" omel Airis perlahan namun masih dapat didengari oleh lelaki tersebut.
"Apa awak cakap?" sengaja dia menyoal Airis.
"Hah? Tak...takda apa-apa" balas Airis. "Encik tunggu sekejap, saya pergi check ada tak dalam stok simpanan"
Lelaki itu hanya mengangguk.
Setelah hampir 10 minit, Airis muncul semula dengan buku-buku yang diminta. "Ni buku-bukunya. Encik boleh bayar dekat kaunter sana" kata Airis sambil menunjuk ke arah kaunter di hadapan.
"Okay. Thanks, Airis" balas lelaki tersebut sambil tersenyum manis dan terus beredar dari situ.
Airis bingung sekejap. Dia kenal aku ke? Mana dia tau nama aku? Soalnya di dalam hati.
Selepas beberapa saat barulah dia tersedar. Aku kan pakai name tag, no wonder la dia tau nama aku...katanya dalam hati.
"Ah, apa-apa je lah" omel Airis. Dia terus menyambung kembali kerjanya yang tergendala.
YOU ARE READING
PERTEMUAN ✅
RomanceAiris dan Mark. Dua insan yang berbeza latar belakang. Namun takdir menemukan mereka dalam satu tragedi yang tidak disangka-sangka. Tragedi yang mengubah hidup mereka 180 darjah. Nyawa menjadi taruhan. Ketenangan hidup mereka tergugat hanya kerana...