1 | Ice Power

10.1K 612 20
                                    

"Sya, mama dengar Sya ada tumbuk orang dekat sekolah?" Mama mengutarakan soalan itu kepada Sya dengan muka yang selamba. Suasana di meja itu serta merta sunyi.

Wajah Sya ditundukkan, aktiviti mencedok lauk tetap diteruskan. Dia sudah bersedia untuk dimarahi atau disindir oleh bapanya.

"Kak,mama tanya kan tu. Jawab lah." Erlyn yang merupakan adik bongsu Sya menyampuk dan meneruskan suapannya.

"Sya tu kan perempuan, tidak elok macam tu." Nasihat mama dengan lembut. Berharap agar Sya menghadam kata katanya.

"Tidak kisah lah apa pun sebabnya, Sya tak boleh tumbuk orang sesuka hati."

"Tidak kisah sebab apa? Mama tak tahu ke dia hampir nak raba anak mama ni. Yang mama tahu cuma nak backup yang lain dan adik je." Rungut Sya di dalam hati.

"Kakak." Tegur Erlyn yang menyedari Sya hanya mendiamkan diri. Sya memandang Erlyn lama sebelum tersenyum sinis. Sudah dia agak, Erlyn yang report kegiatannya di sekolah kepada mama.

"Kau diam sebelum aku stapler mulut kau." Ujar Sya dengan sinis. Pandangan mata yang tajam diberikan kepada Erlyn. Permukaan bawah meja kini mula membeku apabila Sya menyentuhnya.

"Sya Adriana, jaga sikit bahasa tu. Kenapa nak kurang ajar sangat?" Marah papa dengan suara naik seoktah.

Terkejut Sya dibuatnya apabila mendengar suara papanya. Papanya mana pernah suka pada Sya. Bagi papanya,Sya ni bukanlah sesiapa di mata mereka. Tarafnya setanding orang orang asing bagi keluarga mereka.

Element Sya semakin kuat, permukaan bawah meja semakin sejuk. Elementnya akan bertambah kuat seiring dengan tahap kemarahan, sedih dan terasa hatinya.

"Mama,adik sejuk." Adu Erlyn. Tangannya digosok gosok bagi menghasilkan haba.

Papa yang turut terasa sejuknya bergerak untuk menaikkan suhu aircond. Muncul pula idea nakal di kepala Sya.

Secara senyap senyap Sya membuat ais di bawah kaki papa dan membuatnya tergelincir. Sya tersenyum sinis tetapi langsung tidak kelihatan.

Tanpa berkata apa apa Sya menolak kerusinya ke belakang dan berlalu mencuci tangan. Lantas kakinya di bawa mendaki tangga dan menuju ke bilik.

Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci untuk mengelakkan sesiapa masuk. Sya tersandar di belakang pintu lalu memejamkan mata.

"Huh,satu lagi element baru." Ujar Sya dengan perlahan lalu terduduk.

Dia memandang tapak tangannya dengan pandangan kosong. Selepas beberapa minit, Sya bergerak ke laci mejanya, sarung tangan dikeluarkan bagi mengelakkan elementnya keluar dengan tiba tiba.

Kadang kadang dia terfikir, adakah ini sumpahan atau anugerah? Selama 15 tahun dia sembunyikan semua ni.

Dia menyibukkan dirinya dengan belajar daripada memikirkan hal ni. Tidak sangka pulak dia boleh dapat pelbagai anugerah dan menjadi pelajar top 1 di sekolah.

Perbuatannya yang menyarungkan sarung tangan itu terhenti. Dia tersenyum lalu tangan dihala ke arah lantai.

"Eź Còreza." Spell itu disebut perlahan. Element aisnya keluar dan mengenai lantai menjadikan nya seakan akan tempat meluncur.

Sya mencapai stokin dan menyarungkannya. Kakinya mula melangkah ke arah ais itu dan

Buk!!

"Adoii." Sya menggosok punggungnya yang pedih akibat terjatuh. Maklumlah, tak pernah meluncur. Itu yang jatuh pada cubaan pertama.

Sepanjang malam itu, Sya bermain bersama element barunya. Dia juga seakan akan bayi yang baru belajar berjalan. Sering terjatuh apabila meluncur.

Snowman ala ala cerita Frozen juga dibina. Hampir demam dia kerana bermain sehingga lewat malam tanpa mengena kan baju sejuk.

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now