"Shuu okay tak?" Soal Airin dengan risau.
"Jangan risau, dia okay je." Ujar Shuri lalu tersenyum manis. Mereka semua menarik nafas lega.
Maira memandang ke arah Elly. Elly menggelengkan kepalanya. Kesal dengan Maira.
Dengan tiba tiba, Elly mengeluarkan busur pemanah dan dihalakan ke arah atas bukit yang berhampiran.
Terkejut yang lain dibuatnya. Mereka langsung tidak nampak apa yang dihalakan Elly setelah Elly melepaskan panahnya.
Tiba tiba Elly hilang dari pandangan dan muncul bersama seorang perempuan yang telah mati dibunuh Elly.
Buktinya, terpacak anak panah milik Elly di dahi perempuan itu hingga menembusi kepalanya.
"Perempuan ni..."
"Kau kenal ke dia ni?" Soal Maira sambil meneliti perempuan itu.
"Dia ni antara salah seorang yang serang istana haritu." Terang Ellin.
Elly mencabut anak panahnya dengan kasar sebelum merantai mayat perempuan itu di kerusi bagi mengelakkan dia daripada terlepas.
"Hazel."
Hazel melangkah ke arah perempuan itu dengan ceria sebelum mengeluarkan jantungnya dengan hanya menggunakan tangan kosong. Darah membuak buak keluar.
Ngeri Zein dibuatnya. Tak sangka Hazel berbuat demikian. Tak padan dengan muka comel.
Hazel mengalirkan cecair hijau ke dalam jantung itu lalu memasukkan kembali ke tempatnya. Tragiknya, keadaannya kembali seperti biasa. Tiada langsung bekas panahan Elly ataupun lubang di bahagian jantungnya.
Selepas beberapa saat, perempuan tadi terbatuk batuk. Dia kembali hidup. Bertambah seram Zein jadinya.
"Kenapa kau kat sini?" Soal Maira dingin.
Perempuan itu langsung tidak menjawab malah hanya tertawa.
Shuri tersenyum. Dia meletakkan jarinya di dada perempuan itu hingga perempuan itu memuntahkan darah.
"Kenapa kau kat sini?" Maira masih dengan soalannya.
"Jawab atau kena lagi." Tambah Shuri pula sambil menunjukkan jarinya.
"Pewaris Advelyst dah munculkan diri...Perang!!" Ujar perempuan itu lalu tertawa jahat. Tergeleng geleng Shuri dibuatnya. Pening betul.
Dia meletakkan jari telunjuknya di dahi perempuan itu. Serta merta kepala kepalanya pecah.
Hazel menghentakkan kakinya lalu muncul sebuah lubang besar di bawah perempuan itu dan perempuan itu kini hilang dari pandangan.
"Korang okay tak?" Soal Maira dengan pelik.
"K-Korang lagi ngeri dari Sya." Ujar Zein tergagap gagap. Terhambur ketawa mereka semua.
"Aku ada terlepas sesuatu ke?" Sampuk Shuu yang baru tiba.
"Haah."
"Apa dia?"
"Ada perempuan datang. Pastu buat macam biasa. Diorang kata ngeri." Terang Shuri.
"Perempuan tu kata apa?" Soal Shuu lagi.
"Pewaris Advelyst dah muncul and akan perang."
"Ouh..." Sepatah saja yang dibalas Shuu tanpa tertawa walaupun sikit.
"Eyh Shuu, baru kena sikit terus lain macam dah?" Ujar Maira dengan nada bergurau.
"Diam ah kau, aku boleh mati tau tak." Ujar Shuu dengan nak tak nak sahaja.
Terdiam Maira dibuatnya sebelum menyoal Airin dan rakan rakannya.
"Siapa Sya."
"Dia dah kata kan, dia bukan siapa siapa." Jawab Airin tenang.
"Jom ke istana. Kita kena atur serangan." Cadang Shuri apabila menyedari keadaan semakin awkward.
Last chapter untuk hari ni ❤
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...