"Apa yang kita nak buat sekarang?" Soal Airin. Masing masing mendiamkan diri, memikir cara untuk melintasi jalan itu.
"Heh, just see." Ujar Ash angkuh lalu berdiri di hadapan kami semua menghadap trapped way.
Tanpa banyak kata, dia mengelak laser laser yang muncul dengan gerakkan seperti spy di dalam cerita tu.
Terlopong mereka semua melihat kelebihan Ash itu. Selesai saja melalui jalan berlaser. Dia melihat jalan yang seterusnya lama. Sampai nak tembus jalan tu dibuatnya.
Agak lama juga dia memerhatikan jalan itu sebelum bergerak dengan langkah besar. Pergerakannya juga seperti mempunyai corak.
Dan setibanya di jalan terakhir, dia bersedia untuk mengunakkan elementnya kerana pelbagai jenis senjata muncul.
Di Alanstia World, senjata api merupakan alatan terlarang sebab kat sini dah semua penduduk mampu mengawal element masing masing. Jadi senjata api tidak berguna.
Pelbagai serangan Ash mengelak,walaupun ada senjata api yang dimusnahkan tapi dia tetap muncul balik.
Selepas beberapa minit, Ash tiba di hujung jalan dengan senyuman kemenangan.
"Urm Ellin, kau tengok cite boboiboy ak?" Soal Lena dengan perlahan. Tidak mahu didengari oleh rakan rakannya yang lain.
"Tengok...asal?"
"Yang masa boboiboy dengan member dia kena tembak dengan pistol emosi apa benda tah en--"
"Hah, jadi kenapa?" Sampuk Ellin tanpa sempat mendengar sehingga habis.
"Ish kau ni,aku tak habis cakap lagi." Marah Lena.
"Hehe, sambung sambung." Tersengih Ellin apabila dimarahi.
"Kan dia ada pergi markas rahsia kepala kotak--"
"Adudu lah."
"Arh apa apa je lah, kan masa dekat markas tu ada perangkap tapi bila yang Yaya dengan selamba jalan pastu sampai hujung semua perangkap tu berhenti tapi kenapa kat sini tak?" Panjang lebar Lena terangkan.
"Jap, sekarang kau nak samakan cite boboiboy dengan benda ni?"
"Haah."
Ellin menepuk dahinya. Boleh jadi gila kalau terus dengan Lena ni.
"Lena,boboiboy tu cuma sekadar kartun dan fatamorgana semata mata--"
"Kau tau ke fatamorgana tu apa?" Sampuk Airin. Tak sangka rupanya Airin memasang telinga mendengar perbualan mereka.
"Tak tapi boboiboy tu hanya kartun monsta yang telah meracun pemikiran kamu wahai anak muda!!" Ujar Ellin dengan dramatik sambil mengoncangkan bahu Lena.
"Jangan cakap orang, haritu kau bakar buku aku sebab aku sorokkan remote tv je pun and sebab tu kau tak dapat tengok boboiboy." Selamba Airin membuka sejarah memalukan Ellin.
Zein dan Ash sudah menekup mulut menahan tawa. Tak sangka budak sepandai Ellin masih obses dengan kartun.
"Woi, korang nak jalan ke tak?" Laung Ash kuat dari arah bertentangan. Mereka semua memandang antara satu sama lain sebelum mengambil giliran untuk melalui trapped way.
Pening Ash nak berikan warning kepada mereka.
"Airin tangan kau!!"
"Sya laser tu bukan mainan lah!"
"Ellin bukan situ!"
"Riana depan kau!"
"Ai jangan jadi katak!"
"Lena laser tu bukan untuk potong buah kau!"
"Zein dalam lubang tu tak de air kau nak rendam kaki!!"
Macam macam lagi benda yang jadi. Boleh pengsan Ash menyuruh mereka untuk elak. Dah lah kena jerit jerit, hilang anak tekak nanti.
"Ash kau okay ak?" Soal Sya prihatin. Dia mencangkung di tepi Ash yang sedang berbaring keletihan sambil memejam mata.
Terkedu Ash melihat Sya ditepinya. Sya nampak comel dengan sikap prihatinnya. Hatinya sudah menjerit ingin memeluk Sya.
Dia memandang ke arah Raisya pula, hanya senyuman tipis dihadiahkan dengan sayu. Itu pun hampir tidak kelihatan.
Dia faham maksud di sebalik senyuman tu. Dia perlu bersabar sehingga lah semuanya terbongkar.
"Aku okay."
"Jom gerak ke Ilusion Forest!!" Ujar Riana dengan ceria. Dia seakan akan perasan akan suasana suram yang ditimbulkan Ash dan Raisya. Pelbagai soalan bermain di mindanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/155045415-288-k771404.jpg)
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...