"I leave Hydrangeas as memories." -Sya
Perang telah pun tamat, ramai rakyat Alanstia yang terkorban. Bahagian istana dan tumbuhan juga musnah. Senang cerita, Alanstia sekarang tidak sama seperti Alanstia yang dulu.Ramai fairy yang telah cedera teruk di bahagian sayap. Ada yang kehilangan sayapnya dan ada juga yang sayapnya koyak.
Kaum mermaid tidak kurang juga yang menimpa nasib yang sama seperti kaum fairy.
Seperti yang dijangkakan, keadaan sekarang betul betul sama seperti yang diramal. Ramai yang telah terkorban.
Ramai keluarga yang sedang meratapi kematian salah seorang dari mereka. Berharap agar dia dapat dihidupkan kembali.
Sebak Sya melihatnya. The greatest warrior langsung tidak cedera parah tapi tidak bagi rakannya yang lain.
Ellin masih tidak sedarkan diri. Peluangnya untuk hidup juga hanya lima puluh peratus saja.
Ibunya telah pun mati. Tikaman tu tepat tepat di bahagian jantung malah disertakan dengan racun. Hazel sendiri tidak dapat heal kannya.
Sya memejamkan matanya. Air matanya mengalir mendengar rintihan sayu rakyat Alanstia.
Hazel mengambil tempat di sebelah Sya. Niat asalnya ingin memujuk Sya.
"Kak...akak janganlah sedih. Akak tak gemuk lah macam Vold tu. Kalau akak still tak yakin. Amik ni." Lancar Hazel berkata lalu meletakkan satu kotak kecil ubat kurus. Hazel kembali ke dalam khemah bagi merawat yang lain.
Satu saat...dua saat...tiga saat... Dia masih tidak dapat menghadam apa yang Hazel maksudkan. Tapi dalam masa yang sama dia terhibur melihat Hazel yang innocent itu.
"Sya kau--" Terhenti kata kata Airin. Dia melihat Sya yang sedang tertunduk itu bercahaya. Lantas dia memanggil rakan rakannya yang lain.
"Kak Rai, apa yang jadi dengan Sya?" Soal Airin bimbang. Cukuplah dia kehilangan rakannya yang lain. Dia tidak mahu benda yang sama terjadi kepada Sya juga.
"Sya!!" Ujar Raisya kuat. Dia berlari menuju ke arah Sya.
"Sya, please jangan buat macam ni!!" Raisya cuba untuk menyentuh Sya tetiba seperti ada aliran elektrik yang menghalang.
Dia akhirnya hanya mampu mematung di situ. Memandang Sya dengan ditemani air mata.
Cahaya di badannya semakin lama semakin terang. Seluruh Alanstia diterangi oleh cahaya itu.
Langit yang gelap berubah terang. Rumah rumah yang terbakar kembali seperti sedia kala. Tumbuhan mula menghijau kembali. Yang penting, mereka yang telah mati dihidupkan semula.
Sedikit demi sedikit tubuh Sya mula halang. Dia hanya tersenyum manis memandang Raisya walaupun air matanya jatuh ke pipi.
Kini tubuh Sya hilang sepenuhnya dibawa angin. Kelopak bunga hydrangeas memenuhi tanah dengan warna warni.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...