48 | Her Pain

3.8K 298 9
                                    

Sya masih lagi tidak ingin membuka pintu biliknya. Untuk pengetahuan korang,Sya dan yang lain tinggal di istana atas jasa baik Raisya dan Sya yang telah menyelamatkan raja dan permaisuri.

"Sya..." Raisya memanggil dengan penuh kelembutan.

"Go away.." Halau Sya yang masih di bawah selimut.

Hanya keluhan berat saja yang mampu dilepaskan Raisya sebelum meneleport kembali ke luar bilik Sya.

Sebaik saja Raisya pergi,Sya keluar dari terus berselubung di bawah selimut. Dia duduk di atas katil denagn merapatkan lutut di dada.

Tanpa dipinta,air matanya kembali mengalirkan di pipi.

"Aku tak mintak kau jadi anak aku lah!!" Kata kata yang dilemparkan oleh ayahnya membuatkan Sya terdiam. Dia pun tak mintak untuk dilahirkan

"Kau ni memang bawak malang je lah!" Ibunya pula yang bersuara,ditunjal tunjal kepala Sya. Tetapi Sya masih tersenyum. Hatinya bagai tidak membenarkannya untuk menangis.

"Aku harap kau bukan kakak aku." Ujar Erlyn dengan angkuh.

Arghh

Mengingati memori lama hanya menambah tekanan Sya sahaja. Walau begitu,dia masih lagi rasa sakit dengan apa yang terjadi.

Terlalu lama memendam,takut nanti dia tak boleh jadi orang yang sama. Tapi apakah daya,selain memendam. Apa yang lagi yang boleh dia buat?

"Sya...your past is a sweet memories but haunted by a darkness..." Suara Ellin jelas kedengaran dari luar pintu. Mengembalikan Sya kepada realiti. Walaupun Sya tau,Ellin sedang menangis.

"A little touch of light,erase your dark memories..." Ujar Ellin dengan sebak lalu bersandar di pintu bilik Sya dari luar. Air matanya turut mengalir tanpa dipinta.

Terkedu Sya mendengarnya. Dia pening. Dia buntu dengan apa yang terjadi. Semua yang terjadi tanpa dia pinta. Susah untuk dia terima hakikat ni. Emosinya juga tidak stabil.

Sya menyembamkan mukanya di lututnya dan kembali menangis.

"Menangislah harini sepuasnya,esok bila kau bangun...jangan menangis untuk sebab yang sama." Ujar Ellin untuk kali terakhir sebelum pergi meninggalkan Sya.

Dia takut Sya tenggelam dalam kesedihannya. Bukan dia tak pernah alami apa yang Sya pernah rasa dan dia juga hampir hilang arah tuju.

Tapi pertemuan dia dengan Airin mengubah segala galanya. Dari situ dia sedar,kepedihan dalam hidup bukan lah selama lamanya.

"Sya macam mana?" Soal Lena dengan risau. Kalau lah dia tak cakap pasal tu dekat Sya. Mesti semua tak jadi macam ni.

"Dia tetap tak nak keluar bilik." Kata kata Ellin membuatkan semua disitu mengeluh berat.

"Apa kita nak buat sekarang?" Soal Airin memandangkan mereka semua hanya mendiamkan diri.

"Aku tak tau tapi ada satu benda yang aku yakin."

Kata kata Riana betul betul membuat mereka tertanya.

"Apa?" Ellin mula menunjukkan rasa minat ingin mengetahuinya.

"Dia Sya Adriana Advelyst..." Riana memandang ke arah Lena. Berharap agar Lena faham dan menyambung bicaranya.

"Tak kisah apa pun yang terjadi,dia tetap kuat. Andai esok dia keluar dari biliknya. Semua ni seakan akan tak pernah terjadi." Sambung Lena lalu tersenyum. Bangga mempunyai rakan seperti Sya.

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now