"Apa semua ni?" Soal Sya lalu memunculkan diri. Tak tahan dirinya berdiri di situ dengan penuh tanda tanya.
"Sya!!" Ujar wanita itu dengan teruja lalu memeluk Sya dengan erat.
"Sya..." Ujar Angie dengan terkejut. Walaupun dia spell witch,dia tetap tak perasan tentang kehadiran orang lain.
"Angie terangkan kat aku!!" Ujar Sya keras. Dia syak,tiada siapa tahu semua ni.
"Duduk sini,biar ibu yang terangkan." Pelawa wanita tadi. Angie turut duduk di kerusi yang diserunya.
"Sebenarnya tuanku ni,ibu kau Sya." Kata kata Angie memberi hentaman yang kuat kepada Sya.
"Sebenarnya,Sya dihantar ke bumi masa umur Sya enam tahun lagi. Bukan lah masa bayi." Wanita tadi memulakan ceritanya.
"Sepatutnya Ibu dah lama mati lepas perang tu tapi ada sesuatu yang menghalang."
Sya dan Angie masih tekun mendengar. Mereka betul betul ingin tau apa yang sebenarnya terjadi.
"Tangisan ikhlas Uncontrobler Power."
"Hah?" Ujar Sya dengan pelik. Memang dia ada dengar macam macam tentang Uncontrobler Power tapi tiada pula pasal tangisan ni.
"Tangisan ni jarang untuk berlaku sebab dia sesuatu yang sangat bermakna. Tangisan ikhlas ni mampu memberhentikan umur seseorang dan menghalang seseorang itu untuk mati sehinggalah pada yang sepatutnya."
"Memang Ibu nak sangat berjumpa Sya tapi darkness dah kurung ibu. Semua kuasa ibu telah diserap. Ibu tak boleh nak keluar dari sini." Wanita tadi mula sebak. Sya bagaikan terkena renjatan elektrik. Terkejut dengan semua yang terjadi.
"Seminggu selepas ibu dikurung. Angie ditangkap. Ibu bapanya telah terbunuh. Ibu dibenarkan bebas di dalam istana ni jadi ibu tolong Angie. Ada sesuatu yang istimewa tentang dia."
Sya memandang Angie. Walaupun perkara dah terjadi lama tapi Angie masih tak dapat terima sepenuhnya. Jelas kelihatan matanya yang berkaca.
"Ibu betul. Angie antara salah sorang yang terpilih. Dia menjadi salah seorang pahlawan terhebat Alanstia.
"Lama kelamaan,ibu suruh dia tengokkan kamu pula Sya. Dari dulu,semua tentang kamu diberitahunya."
"Tapi,kenapa Angie panggil ibu tuanku?" Soal Sya. Lama kelamaan dia mula menerima apa yang terjadi. Apa logiknya juga apa yang diceritakan ibunya.
"Kalau kau nak tau,tuanku merupakan pemerintah bagi kaum witch dan wizard. Sepatutnya dah ada orang lain ganti tapi aku ada terdengar ahli peramal kata yang tuanku akan pulang." Terang Angie.
Sungguh Sya tak sangka. Angie yang dia sangka ada udang di sebalik batu telah banyak membantunya. Ibu yang dia sangkakan telah meninggalkannya masih hidup.
Walaupun ni semua berat untum Sya terima,dia tetap cuba.
Bunyi tapak kaki mengalihkan pandangan mereka.
"Angie." panggil Ibu Sya.
Angie yang faham dengan isyarat itu mula membaca spell yang tidak difahami Sya.
"Sleep!!" Itulah kata kata terakhir yang dia dengar sebelum dia memejamkan mata.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...