Wargh bosannya!! Sya memandang ke arah Lena dan Riana. Mereka berdua sedang berlumba menyalin nota yang diberikan.
Sya mengeluarkan correction tapenya apabila menyedari tiada seorang pun diantara mereka yang mengeluarkannya.
Sekelip mata, correction tape milik lesap diambil Riana. Laju saja Riana menggunakannya dan mencampak begitu saja.
Terbuntang mata Sya melihat correction tapenya diperlakukan sebegitu. Lantas dia menyambutnya sebelum ianya sempat mencium lantai.
Baru saja dia meletakkannya semula di atas meja, tangan Lena pula yang menyambar. Perkara yang sama turut berlaku.
Akibat takut correction tapenya menjadi mangsa lagi, dia terus menyimpannya.
Sya menghentak hentakkan pen ke atas meja apabila notanya telah siap. Riana dan Lena mengetap gigi apabila Sya sengaja menganggu kerja mereka.
"Sya, kau boleh diam sikit tak?" Soal Riana dengan marah yang tertahan tahan.
Sya tertawa kecil lalu menyimpan segala peralatannya di dalam pencil case unicorn miliknya.
Zass!!
Sya memandang belakang bila terasa sesuatu melintasinya. Namun, tiada sebarang kelibat kelihatan.
"Perasaan aku je kot." Guman Sya perlahan lalu menyambung mengemas peralatannya.
"Jangan pandang, abaikan." Bisik Lena. Dia mula menulis dengan perlahan. Pertandingan antara Lena dan Riana pula terhenti.
Riana memegang tangan Sya cuba mencari kekuatan, mukanya berpeluh peluh.
"Kau kenapa berpeluh? Kipas tak cukup kuat ke?" Tegur Wina yang muncul dengan tiba tiba.
"Wargh!!" Riana membuat gaya ultraman menembak musuhnya.
Sekali lagi Sya tertawa "Haish kau ni Wina, suka sangat terjah orang macam tu je."
Wina hanya mengangkat bahunya dan kembali pada tempat duduknya.
"Terkejut aku." Riana menarik nafas lega sambil mengurut dadanya.
Terimbas kenangan yang lalu. Masa itu, mereka baru saja berumur 7 tahun. Element yang dimilki mereka tidaklah berapa kuat. Meraka diserang oleh bayang bayang hitam. Dengan kekuatan dan kerjasama yang meraka ada, mereka berjaya meghalau bayang bayang hitam yang datang. Namun, mereka mengalami kecederaan yang parah. Nasib baik Lena merupakan healer. Tidak sia sia Sya memaksanya berlatih kuasanya itu.
Paling teruk, kucing kesayangan Riana mati akibat ingin melindungi tuannya. Terbahak bahak Lena gelak semasa Riana berkabung atas kematian kucingnya itu. Itu juga menjadi memori hitam Riana kerana menghadapi kematian dan nyaris terbunuh.
"Rilek Riana, benda tu tidak akan berulang." Kata kata penyedap diberikan kepada Riana.
Sya memandang syiling kerana kebosanan, dia melihat bayang bayang hitam berkeliaran di situ. Fikirannya melesat menyangka bayang bayang hitam tadi hanya muncul sekejap saja.
Terus dia memandang kedepan. Pegangan tangan Riana semakin kuat. Sya memandang ke arah Lena pulak. Dia memang pandai berlakon. Seakan akan tiada apa apa yang berlaku. Sya tidak boleh biarkan sesiapa pun nampak kecuali mereka bertiga.
Sya memandang ke seluruh kelas untuk melihat bayang bayang hitam tadi. Mika pula berura ura ingin memandang ke atas.
Melihat botol berisi air di atas mejanya menimbulkan idea untuk mengahalang Mika.
Sya memberi isyarat kepada Riana untuk melonggarkan penutup botol itu.
"Lœwets." Langsung tiada bantahan, Riana lantas melakukannya.
"Tolak guna angin." Arah Sya lagi.
"Pųshlue" Serta merta, botol air itu terjatuh dan mengena buku Mika dan lantai. Kelas menjadi kecoh dan menganggap itu berpunca daripada kecuaian Mika.
Sebaik saja dia menimbulkan kekecohan itu, Sya mengambil kesempatan untuk menghalau bayang bayang hitam itu mengguna kan ais secara sennyap senyap dan usahanya berjaya, kesemua bayang bayang hitam itu bertempiaran melarikan diri.
Mahupun begitu, minda Sya tetap tertanya tanya. Kenapa mereka datang lagi setelah lama tidak memunculkan diri.
Setelah kejadian itu, Lena dan Riana tidak lagi fokus dalam kelas. Kalau Sya, dia memang dah lama tidak fokus. Dengan kuasa yang Lena miliki, mereka menikmati buah buahan yang segar dalam kelas.
Riana mahir dalam bab cover line. So memang tiada masalah untuk mereka buat apa apa pun.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasiaMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...