"Ash,kau cedera!!" Kata kata Sya menarik tumpuan rakan rakannya yang lain. Lantas Ash di tarik Sya menjauhi rakyat Alanstia yang lain.
Sya melekapkan tapak tangannya pada lengan Ash lalu menyembuhkannya menggunakan ability healer.
"Thanks Sya." Ujar Ash setelah kecederaannya beransur pulih.
"Welcome!!" Ujar Sya pula dengan gembira. Gembira kerana dapat menolong rakan rakannya yang lain.
"Sya,kaki kau!!" Ujar Airin dengan terkejut lalu menekup mulut dengan tangannya. Mereka beralih pula pada kaki Sya seperti yang dikatakan Airin tadi.
Jelas kelihatan hirisan yang panjang dan agak dalam sehingga menampakkan daging. Darah juga keluar membuak buak.
Sya tersenyum lemah sebelum jatuh pengsan.
"Sya...baguslah kau dah sedar." Lena menarik nafas lega. Riana yang berada di situ juga turut tersenyum.
"Yang lain okay kan?" Soal Sya. Mati senyuman Riana begitu juga dengan Lena.
"Diorang okay." Ujar Riana dengan mendatar.
"Korang okay ke tak?" Soal Sya kepada mereka berdua pula.
"Sya,boleh tak kau tengok diri kau dulu? Tanya diri kau dulu?" Soal Riana dengan geram. Sya tersenyum.
"Tengok keadaan kau. Ni diorang baru bagi amaran,belum lagi perang besar Sya!!" Sambung Riana lagi dan Sya masih tersenyum.
"Kau kena lari Sya!!" Lena menyampuk pula.
"Ini tanggungjawab aku..." Ujar Sya dengan senyuman yang lemah.
"Ini bukan soal tanggungjawab,Sya!!" Riana mula meninggikan suaranya. Tidak puas hati dengan Sya.
"Dan ini bukan soal pentingkan diri!!" Sya turut membalas dengan suara yang tinggi. Terdiam mereka berdua dibuatnya.
"Sya..." Kehadiran Ash di depan pintu langsung tidak disedari mereka bertiga.
Riana melangkah ingin keluar bilik,dia tak terasa nak bebual dengan sesiapa saat ini. Tetapi lengannya sempat ditahan Ash.
"Masuk,aku nak cakap sesuatu." Ujar Ash dengan mendatar. Mereka berdua masuk ke dalam bilik yang diduduki Sya. Seorang demi seorang mula masuk me dalam. Atlas dan Raisya turut berada di situ.
"Apa yang kau nak cakap?" Ellin memecahkan suasana yang sunyi itu. Sungguh dia rasa tak selesa dengan situasi yang dingin itu.
Ash bangun dari tempat duduknya sebelum berubah menjadi seorang jejaka yang tinggi. Wajahnya betul betul berubah. Ash juga mengenakan baju pahlawan.
Tergamam Sya dibuatnya. Dia masih tak dapat percaya dengan apa yang jadi.
"Jadi,Ash ni sebenarnya abang Sya?" Soal Lena bagaikan tidak percaya.
Hanya anggukan saja diberikan. Raisya mula menitiskan air mata.
"Keluar..." Ujar Sya dengan perlahan dan tanpa nada.
"Sya?"
"Aku kata keluar!!" Ujar Sya dengan kuat dan suara yang keras. Terkejut mereka semua. Bagai ada sesuatu yang merasuk Sya kerana Sya betul betu berbeza dari Sya yang mereka kenal.
Tak nak burukkan keadaan,mereka semua bergegas keluar dan menutup pintu. Membiarkan Sya bersendirian.
Dari luar kedengaran Sya menangis dengan teresak esak. Lena,Riana dan Ellin turut mengalirkan air mata. Selama mereka kenal Sya,Sya tak pernah mengalirkan air mata sebab kesengsaraan dia.
Melihat Sya yang menangis sangat sakit buat mereka.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...