41| Our Memories

3.8K 291 5
                                    

"Zein,kamu okay?" Tersentak Zein apabila dia ditegur. Terhenti lamunannya dan kini Atlas di depan mata.

"Kamu masih teringatkan dia?" Soal Atlas lagi lalu mengambil tempat di sebelah Zein.

"Tak salah nak bersedih tapi kamu tak kesiankan kawan kamu ke?" Tambahnya lagi. Melihat Zein yang hanya mendiamkan diri,dia berlalu pergi.

"Bukan kamu sorang je yang rasa kehilangan tapi mereka pun sama." Pesan Atlas kali terakhir sebelum kelibatnya mula hilang.

Zein menekup mukanya dengan kedua lututnya yang dirapatkan dengan dada.

Pelbagai memorinya bersama Ai menerjah mindanya. Ketika di campfire,di denda berdiri luar kelas,duduk di dorm yang sama bersama Ash,memegang title sword player dan banyak lagi kenangan bersama Ai.

Agak lama juga dia termenung.Tapi kata kata Atlas menjengah mindanya.

"Diorang tak tau macam mana serba salahnya aku,Ai kena bunuh sebab aku." Ujar Zein seorang diri sebelum menghelah nafas berat.

"Kitaorang rasa apa yang kau tengah rasa,Zein." Celah Sya yang muncul secara tiba tiba. Lantas dia mengambil tempat disebelah Zein.

"Ibu bapa Ellin kena bunuh sebab nak selamatkan dia. Aku hilang ingatan dan membesar tanpa kasih sayang ibu bapa dan bila aku dapat ingatan aku...ibu bapa aku dah mati. Hadiah terakhir keluarga Airin untuk dia ialah Jumi and sekarang Jumi tengah sakit."

"Bukan kau sorang je yang rasa benda tu Zein." Tambah Sya lagi. Terdiam Zein dibuatnya.

"A-Aku tak tau... Aku rasa serba salah sangat sampai aku tak boleh nak teruskan hidup." Ujar Zein dengan sayu.

Sya menepuk nepuk bahu Zein tanda dia faham.

"Kau masih belum hilang semuanya Zein,kau masih ada keluarga kau."

"Hargai apa yang kau ada sebelum semuanya pergi. Jangan masa mereka semua dah pergi baru kau nak menghargai... Masa tu dah lambat Zein." Ujar Sya lalu berura ura untuk pergi tapi sempat tangannya ditahan oleh Zein.

"Aku mintak maaf." Ujar Zein dengan sayu lalu berdiri betul betul di depan Sya.

Dia menarik Sya lalu memeluknya erat,Sya tidak menolak malah memeluknya kembali.

"Hye korang." Sapa Zein dengan kekok kepada rakannya yang sedang rancak berborak.

"Zein!!" Mereka semua menjerit teruja lalu bersama sama memeluk Zein.

Sya menuju ke arah Raisya lalu membuat hi five sambil tersenyum. Bangga dia dapat sedarkan Zein.

Malam tu mereka menghabiskan masa dengan berborak di dalam Dark Forest yang kini telah pun menjadi Light Forest.

"Okay okay,apa benda yang pakai dia segi tiga tapi kalau bukak dia berguling?" Soal Ash setelah ketawanya reda.

"Hah,spender!!" Ujar Zein dengan teruja.

Terdiam mereka semua cuba menghdama maksud teka teki tu. Tetiba sesuatu yang tidak elok menerjah fikiran.

"Euww,otak aku mula kotor!!" Ujar Ellin dengan geli sambil memukul Ash. Tergelak mereka semua.

Macam macam cerita dan teka teki dikongsi bersama,gelak tawa kembali memeriahkan suasana. Usik mengusik,bermasam muka dan gelak tawa mengisi masa mereka. Alangkah indahnya kalau Ai ada bersama.

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now