"Oh My Jumi!" Ujar Airin dengan kuat lalu berlari ke arah kudanya. Kudanya yang seakan akan tahu namanya disebut, mengangkat sebelah kakinya.
"Jumi? Kenapa kau tak namakan kuda kau jumanji je." Kutuk Ellin. Haih lah, macam anjing dengan kucing je. Asyik nak gaduh.
"Hek eleh kau, tau lah kau jealous en." Ujar Airin lalu mengusap kudanya. Ellin yang mendengar hanya membuat muka menyampah.
"Aku nak jealous? Dalam mimpi lah. Aku ada Friera lah!!" Ellin mula berlagak. Dia menyeru Friera nya agar memunculkan diri.
Friera? Okay, ni makhluk yang menyerupai seekor serigala yang sesuai dijadikan tungangan darat.
"Hek eleh setakat friera jek! Hah aku ada Tyler!" Lagak Zein pulak.
Apa pulak Tyler? Tyler adalah sejenis Naga kecil. Ianya tidak berbahaya dan sangat sesuai. Di Alanstia World, selain naga Uncontrobler Power, Tyler merupakan antara tungangan udara yang sangat pantas.
"Arh tak de tak de, Jumi aku lagi best!"
"Demam eyh? Friera aku mampu pecut lagi laju au."
"Hahahah! Korang cakap lah banyak mana, tak de sape dapat kalahkan Tyler."
Buk!
Buk!
Buk!
"Aduh..." Serentak mereka bertiga mengaduh apabila ada makhluk yang terlalu baik mengetuk kepala mereka.
"What the ikan hah? What the ikan kembung ni?!!" Protes Airin sambil menggosok tempat yang diketuk tadi.
"Ikan kembung tak ikan kembung. Benda ni pun nak gaduh ke apa." Marah Raisya sambil bercekak pinggang. Dari tadi asyik memerhati gelagat budak budak mereka.
Buk!
Jumi, kuda Airin jatuh dengan tiba tiba. Bahagian kakinya terdapat kesan hitam yang merebak dengan cepat.
"Jumi, what happen to you?" Ujar Airim cemas dan risau. Mana tak nya, tadi elok je kuda dia. Sihat je and sekarang tetiba jatuh tanpa sebab.
"Airin kaki dia..." Ujar Sya yang merupakan orang pertama sedar hal itu.
"Oh god, what is this?! Kenapa laju sangat merebak." Ujar Airin dengan cemas. Hampir saja dia menggugurkan air matanya. Jumi merupakan hadiah terakhir arwah ibu bapanya. Tentu dia sedih jika Jumi turut meninggalkannya.
Buk!
Buk!
"Friera!"
"Tyler!"
Serentak mereka menjerit memanggil haiwan masing masing.
"Hey dear, what wrong??" Sama seperti Airin, Ellin turut risau dengan keadaan serigalanya.
"Ellin, Zein... Bahagian kaki." Ujar Sya perlahan.
"Sya! Kita nak buat apa ni?!" Ujar Airin dengan kolam air mata yang bergenang. Bila bila masa saja ianya boleh tumpah.
Sya buntu. Dia tak tau apa lagi yang boleh buat. Dia sendiri tidak tahu apa apa.
Sya memejamkan mata sebelum mengeluh berat.
"Andai aku kata, penawar nya ada di gunung Hylt, sanggup ke korang pergi ke sana?" Soal Sya dengan tiba tiba.
Kesemua mata kini tertumpu ke arah Sya dengan seribu tanda tanya.
"Apa maksud kau?" Soal Ellin.
"Kalau penawar untuk racun yang menyerang diorang tu ada di gunung Hylt, sanggup ke korang pergi ke sana." Ulangnya lagi.
Mereka semua terdiam seribu bahasa. Ianya melibatkan soal hidup dan mati. Untuk pergi ke gunung Hylt bukan satu benda yang boleh dibawa main.
"Aku sanggup." Airin mula bersuara.
"Aku pun." Diikuti dengan Ellin pula.
"Dan aku jugak." Zein menambah.
"Tapi, racun ni merebak dengan cepat. Tak mungkin kita sempat." Ujar Lena risau dan ianya menghampakan harapan mereka semua untuk menyembuhkan haiwan masing masing.
"Aku boleh tolong lambatkan." Ujar Sya. Raisya dan Ash terkedu. Ini bermaksud..
"Apa maksud kau?" Soal Airin pelik. Setahunya, Sya tiada ability healer.
"Sya Adriana Advelyst. Nama penuh aku. Aku pewaris Advelyst. Aku ada Uncontrobler Power." Ujar Sya dengan lantang. Terbuntang mata mereka semua.
Sya mendedahkan identiti sebenar dia dengan sengaja.
"Maksudnya, kak Rai..." Semua mata tertumpu ke arah Raisya pula.
"Antara pewaris Advelyst." Ujar Raisya perlahan sambil menundukkan wajahnya. Airin, Zein dan Ai masih lagi terkejut. Tak sangka, pewaris Advelyst selama ni ada di depan mata diorang.
Tanpa berkata apa apa, Sya memejamkan matanya dan menyentuh tanah.
Cahaya hijau yang terang muncul menyebabkan mereka terpaksa menutup mata. Selepas beberapa minit, cahaya tadi hilang.
"Ability healer level 6." Ujar Zein dengan terkejut. Airin melihat kudanya dan racun tadi mula merebak dengan perlahan.
"Jadi, kita akan ke gunung Hylt sekarang."
Hye guys,Mika is here!!
So Mika nak tanya,korang boleh agak tak macam mana racun tu boleh ada??
Apa sebenarnya tujuan utama Raisya nak ke gunung Hylt?
And apa yang jadi lepas ni??
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...